Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Institusi Pendidikan Agama (IPA) selain daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh Agama dan Kelas Aliran Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan.
Isi kandungan |
Pengenalan [sunting]
Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalan satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah - sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.
Konsep [sunting]
- Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
- Ditadbir oleh KPM
- Pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan
- Kurikulum agama negeri dikekalkan
- Menerima pelbagai kemudahan
Tujuan [sunting]
- Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran
- Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajarn
- Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia
- Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan
Kelebihan [sunting]
Kelebihan kepada sekolah [sunting]
- Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah.
- Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah.
- Menerima bantuan insentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani.
- Jawatan Hakiki diwujudkan.
- Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi.
- Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dikekalkan.
Kelebihan kepada guru dan kakitangan [sunting]
- Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan.
- Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan.
- Berpeluang mendapat kenaikan pangkat.
- Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan.
- Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas.
- Berpeluang melanjutkan pelajaran.
- Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM.
Kelebihan kepada pelajar [sunting]
- Berpeluang mendapat bantuan
- Berpeluang bersaing dengan pelajar-pelajar di sekolah aliran perdana.
- Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM
- Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik
- Berpeluang mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti.
Syarat permohonan [sunting]
- Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
- Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa.
- Menggunapakai dwi-kurikulum (Kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan)
- Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM.
- Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah.
- Mempunyai bangunan sendiri.
- Bangunannya dibina di atas tapak tanah yang berstatus wakaf.
- Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan.
- Bilangan muridnya melebihi 150 orang .
- Tidak menanggung hutang.
Prosedur permohonan [sunting]
- Menghantar surat permohonan dan salinan keputusan mesyuarat Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau pihak berkuasa agama negeri kepada Bahagian Pendidikan Islam, KPM.
- Menghantar profil sekolah, senarai nama Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan sijil pendaftaran sekolah yang disahkan.
- Menyemak dan mempersetujui draf MOU yang dikemukakan oleh KPM.
- Menghantar surat persetujuan terhadap draf MOU kepada KPM.
- Menandatangani dokumen MOU.
- Mengisi borang pendaftaran sekolah.