Sekolah Agama Kerajaan Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) merupakan sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. SAKJ diwujudkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di negeri Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa Melayu secara percuma bagi memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah. Kini, Sekolah Agama Johor telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walau pun di masa yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehingga tahun 2002 jumlah murid ialah 212,030 orang yang melibatkan 3,168 orang guru. Setakat Mei 2017, terdapat 578 buah sekolah agama di seluruh negeri Johor.[perlu rujukan]

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Mengenal, mempelajari, memahami, dan menghayati asas-asas aqidah dan ibadah serta sentiasa bersyukur kepada Allah.
  • Dapat membaca Al-Quran dengan baik dan bertajwid serta dapat memahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping boleh menghafaz surah-surah pilihan
  • Membentuk peribadi mulia, berfikiran positif, berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya tahan dan berdaya maju.
  • Dapat memupuk kemahiran menulis dan membaca jawi serta dapat mempertahankannya.
  • Mempelajari, memahami dan memupuk kemahiran berbahasa Arab sama ada secara lisan dan tulisan.
  • Dapat melakukan dan menghayati amalan-amalan fardhu ain, fardhu kifayah dan sunat dengan baik menerusi pelajaran amali.

Syarat-syarat Kemasukan[sunting | sunting sumber]

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Berumur 7 tahun pada tahun berkenaan

Pendaftaran dan Yuran[sunting | sunting sumber]

  • Pendaftaran masuk adalah percuma
  • Bayaran yuran RM1.00 sebulan (dahulunya 60 sen sebulan)
  • Pembayaran lain tertakluk kepada keperluan sekolah

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Umumnya, murid-murid Sekolah Agama Johor adalah murid-murid yang berdaftar dan belajar di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan. Sekolah Agama Johor pula berfungsi untuk menambah, melengkap dan memperkukuhkan lagi matapelajaran pendidikan Islam. Oleh itu, kurikulum yang disediakan oleh Sekolah Agama Johor hanya menumpukan kepada matapelajaran pendidikan agama sahaja.

Tahap I ( Darjah I, II, III ) Tahap II ( Darjah IV, V, VI )
  • Pendidikan Al-Quran & Tajwid
  • Pendidikan Tauhid
  • Pendidikan Ibadat I
    (Ibadah)
  • Pendidikan Ibadat II
    (Muamalat, Munakahat, Jenayat & Faraid)
  • Pendidikan Akhlak
  • Pendidikan Sirah
  • Pendidikan Bahasa Arab
  • Pendidikan Jawi
  • Pendidikan Amali

Ko-kurikulum[sunting | sunting sumber]

Kegiatan ko-kurikulum dijalankan secara berterusan sepanjang tahun di peringkat sekolah, zon, daerah dan negeri. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :

  • Perujian Tilawah Al-Quran murid-murid lelaki dan perempuan
  • Pertandingan syarahan Bahasa Arab
  • Pertandingan mentafsir ayat Al-Quran
  • Pertandingan membaca Barzanji
  • Pertandingan tahfiz Al-Quran
  • Pertandingan tarhim, azan dan iqamah
  • Perujian seni khat.

Struktur Pembelajaran[sunting | sunting sumber]

  • Hari persekolahan 5 hari seminggu [Ahad - Khamis]
  • Masa pembelajaran: 7.30 - 12.00 tengahari (sesi pagi) 2.00 - 6.30 petang (sesi petang)
  • Jam pertemuan: Tahap I - 1 jam 30 minit sehari Tahap II - 3 jam sehari
  • Tempoh pembelajaran: 6 tahun (7 tahun jika layak ke Darjah Khas)
  • Jumlah murid bagi setiap kelas: antara 20 - 39 orang.
  • Kedudukan umur, darjah dan masa belajar:
Tahap Darjah Umur Masa Belajar

1

I
7 tahun 10.30 –12.00 tgh / 2.00 – 3.30 petang
II
8 tahun 10.30 –12.00 tgh / 2.00 – 3.30 petang
III
9 tahun 10.30 –12.00 tgh / 2.00 – 3.30 petang
2
IV
10 tahun
V
11 tahun
VI
12 tahun
7.30 - 10.30 pagi / 3.30 – 6.30 petang

Halatuju Sekolah Agama Kerajaan Johor[sunting | sunting sumber]

  • Bagi yang lulus, mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Darjah Khas Agama di samping meneruskan pengajiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan
  • Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1, Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]