Sekolah Agama Menengah Bagan Terap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Agama Menengah Bagan Terap
Lokasi
 Malaysia Jalan Lubuk Pusing, Bagan Terap, SUNGAI BESAR, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah332161640
Kod sekolahBFT6002[1]
Pengerusi PIBGEn Mat Nor bin Sajat
PengetuaPuan Noor Haniah binti Wan Muhammad
GPK Pentadbiran dan AkademikTuan Haji Mustafa Kamal bin Adam @ Ahdani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hajah Bibi Melor bin Mohd Fakeh
Penolong Kanan KokurikulumTn Haji Abdul Alim bin Marjunid
Faks332165400
Laman sesawang


Sekolah Agama Menengah Bagan Terap atau nama ringkasnya SAM Bagan Terap, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Jalan Lubuk Pusing, Bagan Terap.

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Bagan Terap memiliki 173 pelajar lelaki dan 221 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 394 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 1960. Cadangan untuk menubuhkan sekolah ini dikemukakan oleh masyarakat setempat bagi mengelakkan kanak-kanak dari berkeliaran dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah pada sebelah petang. Pengasas utama sekolah ini ialah Penghulu Mukim Sungai Panjang, Encik Tajudin bin Chik dan Naib Pengerusinya Datuk Haji Mohd Ghazali bin Kantan (DPMS, SMS, AMN, PJK, JP) Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar.

Sekolah ini menggunakan nama Bagan Terap sempena nama kawasan di mana sekolah ini dibina (kawasan ini dipenuhi dengan sejenis pokok bernama pokok Terap). Sekolah ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Haji Harun bin Idris, selaku Menteri Besar Selangor pada penghujung tahun 1960.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah mendapat Johan dalam pertandingan surau imarah peringkat kebangsaan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Bagan Terap
Jalan Lubuk Pusing, Bagan Terap
Selangor, Malaysia
Telefon = 332161640
Fax = 332165400

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]