Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
SAM Bandar Baru Salak Tinggi
Moto Berilmu, Beramal, Bertaqwa
Dirasmikan 2004
Jenis Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Tuan Hj. Mohmad bin Sarip
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tuan Hj. Abdul Halim bin Mohd. Naam
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Mariam binti Adnan
Penolong Kanan Kokurikulum Tuan Hj. Zamri bin Tujan
Kod sekolah BFT9002
Lokasi Bandar Baru Salak TinggiSepang, Selangor,  Malaysia
Nama singkatan SAMBBST, STIS
Laman web http://sabkstis.bpi.edu.my
Telefon 03-87060455
Faks 03-87063191


Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi atau nama ringkasnya SAM BBST, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Bandar Baru memiliki 386 pelajar lelaki dan 455 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 841 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST) ialah sebuah sekolah menengah integrasi yang berteraskan sukatan arus perdana (KPM) dan Al-Azhari (JAIS). Penubuhan sekolah ini merupakan hasil inisiatif Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibawah naungan SUK dengan peruntukan dua puluh ekar tanah bagi merealisasikan hasrat ke arah menambahkan bilangan sekolah kombinasi arab akademik di negeri ini.

Pembinaan SAMBBST telah dimulakan pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada Disember 2004. Pembangunan SAMBBST merangkumi dua blok bangunan pentadbiran dan akademik, empat blok asrama, dua blok bengkel KHB, dewan besar, dewan makan, asrama, kantin dan surau.

Mulai 1 Januari 2005, SAMBBST berjaya dibuka dan beroperasi dibawah pentadbiran Tuan Pengetua, En. Mohd Latif b. Sadli bersama 400 orang pelajar dan 15 orang tenaga pengajar serta 3 orang kakitangan sokongan yang dibawa pindah dari SAM Sg. Merab Luar. Sebanyak tujuh belas kelas telah dibuka bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima untuk menampung seramai 680 orang pelajar.

Bermula tahun 2006, SAM Bandar Baru Salak Tinggi telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tanpa meminggirkan naungan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sehubungan dengan itu juga, semua guru dan kakitangan yang ada diserapkan ke dalam perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia secara berperingkat sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, Jabatan Agama Islam masih membekalkan guru-guru khas untuk membimbing mata pelajaran Al-Azhary.

Pada tahun 2008, atas usaha dan inisiatif JAIS, SAMBBST diarah menawarkan kelas aliran sains agama sesuai dengan penarafannya sebagai sebuah sekolah gred A. Sebanyak dua kelas tingkatan empat aliran sains dibuka bagi merealisasikan hasrat ini.

Sejajar dengan arus pendidikan masa kini, sekali lagi SAMBBST meluaskan penyebaran ilmu dan pendidikan dengan menawarkan tingkatan enam STAM bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat dan tinggal berhampiran daerah Sepang.

Sehingga ke hari ini, SAMBBST terus membangun bersama 63 orang warga pendidik, 14 orang kakitangan sokongan dan dua kumpulan perkhidmatan dan pembersihan persendirian bersesuaian dengan matlamat ke arah kecemerlangan akademik dan kerohanian menepati kehendak arus pendidikan sejaga.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. En. Mohd. Latiff bin Sadli (2005-2011)
  2. En. Arrifin bin Rabu (2011-2012)
  3. Tuan Hj. Mohamad Zaki bin Rajikin (2012-2014)
  4. Tuan Hj. Mohmad bin Sarip (2014-kini)

Sukan[sunting | sunting sumber]

  • Bola (SLIMS FOOT)
  • Badminton
  • Bola Tampar
  • Bola Jaring
  • Sepak Takraw
  • Bowling
  • Memanah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]