Sekolah Agama Menengah Bestari
| Jenis | Sekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan |
|---|---|
| Kod sekolah | BFT8002 |
| Lokasi | |
| Laman web | http://www.sambest.my |
| Telefon | 60356377681 |
| Faks | 60356327519 |
Sekolah Agama Menengah Bestari atau nama ringkasnya SAM Bestari, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Jalan USJ 5/3A, Subang Jaya.
Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Bestari memiliki 334 pelajar lelaki dan 424 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 758 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Penubuhan Sekolah Agama Menengah Bestari yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan Dan Pembelajaran, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bertujuan memantapkan sistem pendidikan yang menawarkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima dalam jurusan Sains dan Teknik sebagai kurikulumnya. Kewujudan sekolah ini diharapkan dapat memenuhi Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekolah ini mula beroperasi mulai 29 Mei 1998 di kawasan seluas 37 hektar. Bermula dengan dua kelas pelajar Tingkatan Lima yang dipindahkan daripada Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ), Shah Alam, dan sepuluh kelas pelajar Tingkatan Empat yang dipilih daripada seluruh sekolah agama menengah (SAM) negeri Selangor. Jumlah guru dan kakitangan sokongan ketika itu adalah 38 orang. Pengetua yang pertama ialah Ustaz Sholehuddin Bin Kayat. Pada tahun 2000, sekolah ini mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan Satu sebanyak dua kelas atas permintaan masyarakat setempat.
Pencapaian [sunting]
Sekolah ini telah mencatat kecemerlangan dalam Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2001, 2002 dan 2003, dan menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang di Malaysia. Demikian juga dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2002 dan 2003 di mana sekolah menduduki tempat ke 13 di seluruh Malaysia. Pada tahun 2005 dan 2006 seorang pelajar Tingkatan Tiga mencipta nama menduduki tempat kedua keseluruhan PMR seluruh Malaysia.
99 % pelajar lepasan sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti di dalam dan luar negara dalam pelbagai jurusan terutama kedoktoran dan kejuruteraan.
Alamat [sunting]
- Sekolah Agama Menengah Bestari
- Jalan USJ 5/3A, Subang Jaya
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 60356377681
- Fax = 60356327519
Pautan luar [sunting]
Website Sekolah Agama Menengah Bestari Website PIBG SEkolah Agama Menengah Bestari Website Alumni Sekolah Agama Menengah Bestari Facebook Alumni Sekolah Agama Menengah Bestari