Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Agama Menengah Hisamuddin
Lokasi
Jalan Tepi Sungai, Sungai Bertih, KLANG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
MotoIlmu Itu Cahaya, Jahil Itu Kegelapan
Nombor sekolah333724120
Kod sekolahBFT0002[1]
Pengerusi PIBGEn Abdul Aziz Bin Badu
PengetuaTn Hj Mohd Yazid bin Sharif
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hjh Zawiyah binti Maamor
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Nahariah binti Omar
Penolong Kanan KokurikulumPn Sabariah binti Muhammad
Faks333724120
Laman sesawang


Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih atau nama ringkasnya SAMSHSB, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Jalan Tepi Sungai, Sungai Bertih.

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Hisamuddin memiliki 400 pelajar lelaki dan 493 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 893 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

TAHUN PERKARA / PERISTIWA

Awal Sejarah Sekolah Bermula Tahun 1940an hingga Tahun 1972

Sejarah Maahad Hisamuddin ini bermula apabila Pengetuanya yang pertama, Syeikh Mahmud al – Bukhari yang merupakan seorang tokoh agama yang tidak asing di negeri Selangor, datang ke Malaysia pada tahun 1940an atas jemputan al- Marhum Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Syeikh Mahmud berketurunan Bukhara dan berasal dari Mekah. Beliau pernah tinggal di Teluk Pulai Klang dan kemudian menetap di Kampung Kuantan Klang. Pengajian secara tidak formal selama 2 tahun iaitu pada tahun 1946 dan 1947 telah bermula di kediaman beliau di Kampung Kuantan, Klang Sekitar tahun 1948 hingga 1951, beberapa perubahan telah berlaku, pengajian pelajar Muslimin berhijrah pula ke dua tempat yang berlainan. Seramai 60 orang pelajar dipindahkan ke bangunan Faizin yang masih kekal hingga sekrang (berhampiran Yayasan Selangor sekarang) dan seramai 60 orang pelajar lagi ditempatkan di Surau al- Falah Teluk Pulai, Klang, manakala pelajar Muslimat di hijrahkan ke surau Kampung Jawa (sebelah kubur). Pada waktu ini, bangunan lama Maahad Hisamuddin Sungai Bertih dan bangunan lama Jama’atul Islamiah di Kampung Jawa sedang dalam proses pembinaan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sementara bangunan lama Maahad siap, pelajar pernah di tempatkan di Surau Sungai Bertih untuk tempoh beberapa bulan. Pengajian Formal di Sungai Bertih bertukar wajah dengan nama al-Maahad ad-Dinil Islami Hisamuddin (sempena nama al-Marhum Sultan Hisamuddin) pada tahun 1950 menampung pelajar-pelajar Muslimin sahaja, manakala pelajar Muslimat di bangunan lama al-Maahad Hisamuddin Kampung Jawa dengan mengekalkan nama asalnya iaitu Jama’atul Islamiyyah. . Maahad ini menawarkan kepada pelajarnya pengajian di Peringkat Ibtidaiyyah dan Peringkat Thanawi. Pada tahun 1956 seramai 8 orang pelajar telah menamatkan pengajian di peringkat 4 Thanawi tetapi hanya 3 orang sahaja yang menduduki peperiksaan Sijil Empat Thanawi dan telah lulus dengan jayanya, antaranya ialah Tuan Haji Ghazali bin Haji Siraj (Tuan Nazir Mesjid Sungai Udang sekarang), Dato’ Haji Hasan Azhari (ulamak al-Quran, pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah ) dan Tuan Haji Ahmad Muhid (imam Mesjid Negeri Selangor). Ustaz Jamek Duriat, Ustaz Said Husin, Ustaz Mohd. Amin Abdul Karim dan Ustaz Hambali Abdul Salam tetapi hanya 3 orang yang pertama sahaja telah menduduki peperiksaan Sijil Empat Thanawi dan telah lulus dengan jayanya. Selepas memperoleh Sijil Thanawi, ada di antara mereka yang melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam dan Mesir. Mereka adalah antara jenerasi Maahad Hisamuddin yang pertama di bawah mudir Syeikh Mahmud al-Bukhari. Pada akhir tahun 1960an hingga awal tahun 1970an sebanyak 10 kelas telah dibuka, 2 kelas di bahagian hadapan bangunan menempatkan Pejabat Bahagian Pendidikan Agama Islam Negeri Selangor, pengarahnya ketika itu ialah Tengku Ibrahim Shah dan Bahagian Pentadbiran ditempatkan di Maahad Jama’atul Islamiah Kampung Jawa, Tengku Nong sebagai pengarahnya. Sementara 8 kelas digunakan untuk pengajian. Salah seorang bekas pelajar tahun 1962 hingga 1969 iaitu Tuan Haji Mohd Noh bin Haji Ismail (sekarang bertugas sebagai Penolong Pendaftar Nikah Cerai) telah mengesahkan maklumat ini. Pakaian seragam Maahad Hisamuddin Sungai Bertih dari tahun 1950 hingga 1972 ialah baju melayu putih, sampan biru dan songkok hitam. Mata pelajaran yang ditawarkan pula ialah : Peringkat Ibtidaiyyah  : Tauhid, Feqah, Nahu, Sorof, Imlak, Insyak, Khot,

                                                 Mahfuzot(Syair) dan Muhawaroh.

Peringkat Empat Thanawi  : Tauhid, Feqah, Nahu, Sorof, Imlak, Insyak, Khot dan

                                                 Balaghah.

Tahun 1973 – 1979 Zaman pendidikan di Maahad Hisamuddin Sungai Bertih dan Maahad Jama’atul Islamiyyah di Kampung Jawa mengalami satu lagi perubahan di mana Jabatan Agama Islam Negeri Selangor telah membentuk satu sistem pendidikan menggabungkan mata pelajaran Arab dan Akedemik yang mula beroperasi pada tahun 1973 dengan jumlah pelajar seramai 40 orang, 20 orang pelajar lelaki dari Maahad Hisamuddin Sungai Bertih dan 20 orang pelajar (lelaki dan perempuan) dari Sekolah Rendah Agama daerah Klang tanpa mengira peringkat umur. Antara pelajar yang bertuah sebagai generasi pertama ini ialah Ustazah Siti Salmah binti Khalil, dan Ustazah Siti Rugaiyah binti Ismail sebagai pelajar tingkatan 1 tahun 1994. kedua-duanya sedang bertugas di Maahad ini. Pada peringkat awal, pelajar-pelajar tingkatan 1 pada tahun 1973 dan 1974 ditempatkan sementara di Maahad Jama’atul Islamiyyah di Kampung Jawa. Pada pertengahan tahun 1974, pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dipindahkankan ke Maahad Hisamuddin Sungai Bertih. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bermula pada tahun 1974, sebagai pusat. Mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut : 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Arab 3. Bahasa Inggeris 4. Agama Islam 5. Matematik 6. Sains Rampaian 7. Tawarikh (Sejarah) 8. Ilmu Alam (Geografi) Pelajar menyambung pelajaran ke tingkatan 4 hingga tingkatan 6 di Kampung Jawa. Apabila terbentuk sistem pendidikan JAIS yang baru, Maahad Hisamuddin di Sungai Bertih kekal dengan nama asalnya sebagai Sekolah Ugama Menengah Rendah (SUMR) dan Maahad Jama’atul Islamiyyah di Kampung Jawa telah ditukar kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin mulai 1977 dan peperiksaan SPM yang pertama pada tahun 1977 di Kolej Islam Klang. Sebanyak 2 kelas tingkatan 6 Rendah dibuka pada tahun 1979, 1 kelas adalah baki dari sekolah menengah daerah Klang dan 1 kelas dari Sungai Bertih. JAIS telah memberi peluang kepada calon-calon SPM 1978 untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Agama (SPA) pada tahun 1979 jika lulus SPM walau pun tiada memiliki SMA atau Thanawi. Peperiksaan STP yang pertama pada 1980. Perubahan dan perkembangan ini memberi banyak faedah kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor amnya dan khusus kepada pelajar SAMH Sg. Bertih dan SAMHT Kg. Jawa. Pelajar SMK berpeluang menyambung pelajaran di tingkatan 6 untuk menduduki peperiksaan STP dan pelajar aliran 4 Thanawi dan SMA berpeluang mengambil SPM di Kg. Jawa. Maahad Hisamuddin Sungai Bertih dalam Era 1980an Mulai tahun 1986, pelajar Maahad Hisamuddin Sungai Bertih tidak perlu berpindah ke Hisamuddin Kg. Jawa untuk meneruskan pengajian di tingkatan 4 dan 5. Mereka menduduki peperiksaan SPM yang pertama pada 1987. Pada masa yang sama generasi aliran Arab telah menamatkan pengajian masing-masing. Oleh itu JAIS telah menyusun semula pakej mata pelajaran baru dengan mewajibkan pelajar menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA). 4 mata pelajaran Arab mula diwajibkan kepada pelajar tingkatan 1 pada tahun 1983, iaitu Ayat / Hadith, Feqah / Tauhid dan Tarikh Islam. 11 MAC 2007 Pembinaan blok baru 4 tingkat 25 MAC 2008 Majlis penyerahan blok baru. Ia menempatkan 6 bengkel KHB, 8 buah kelas & sebuah surau. Mulai tahun 2015, pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) bermula membabitkan pelajar-pelajar tingkatan 1.Pada tahun 2017, pelajar-pelajar tingkatan 3 telah menjawab peperiksaan PT3 bagi subjek KBD buat pertama kali.Seterusnya, bermula tahun 2018,peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) akan dilaksanakan mengikut sukatan KBD.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin
Jalan Tepi Sungai, Sungai Bertih
Selangor, Malaysia
Telefon = 0333724120
Fax = 0333742673

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://samhisamuddin.wordpress.com/