Sekolah Agama Menengah Rawang
![]() |
|
| Moto | Berilmu Beramal Bertaqwa |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1983 |
| Jenis | Sekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan |
| Pengetua | Pn. Siti Romziah Binti Madong |
| Kod sekolah | BFT7001 |
| Lokasi | |
| Nama singkatan | SAMER |
| Telefon | 03-60918934 |
| Faks | 03-60922028 |
Sekolah Agama Menengah Rawang atau nama ringkasnya SAM Rawang, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Batu 16 Jalan Ipoh. Pada asalnya, sekolah ini adalah merupakan sekolah berasrama yang diurustadbir oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum dijadikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada tahun 2006.[1]
Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Rawang memiliki 338 pelajar lelaki dan 424 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 762 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Sekolah ini telah ditubuhkan pada awalnya di Kampung Kenanga Batu 17, Rawang sebagai Sekolah Agama Menengah Ibnu Khaldun pada 1983. Pada ketika ini para pelajar ditumpangkan di bangunan Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun. Pada 1984, asrama bagi menempatkan pelajar putera dan puteri mula dibina. Manakala kelas perintis untuk pelajar tingkatan 4 dimulakan pada tahun 1987.
Pada bulan Oktober 1990, para pelajar telah dipindahkan ke Batu 16, Jalan Ipoh, Rawang dan diberi nama Sekolah Agama Menengah Rawang. Pada 1995 pula, upacara pecah tanah bagi projek pembinaan surau sekolah telah dilakukan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib yang merupakan Menteri Besar pada ketika itu.
Visi [sunting]
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi [sunting]
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Pencapaian [sunting]
Senarai Pengetua [sunting]
| Nama | Tahun Berkhidmat |
|---|---|
| En. Safuan bin Mohamed | 1984 - 1994 |
| Pn. Saadah binti Baharuddin | 1995 - 1997 |
| Pn. Zamilah Amin binti Ahmad Lutfi | 1998 |
| Pn. Fauziah binti Mohd Salleh | 1999 |
| En. Mohd Zaki bin Rajikin | 2000-2001 |
| En. Mohd Darail bin Omar | 2001-2005 |
| Pn. Siti Romziah Binti Madong | 2006-kini |
Alamat [sunting]
- Sekolah Agama Menengah Rawang
- Batu 16 Jalan Ipoh
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 360918934
- Fax = 360922028
