Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah
Lokasi
Jln Kg Nelayan,
Sungai Besar
,
 Selangor


 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah03 - 3224 2564
Kod sekolahBFT6006[1]
PengetuaPn Hjh Norlin binti Yusuf
GPK Pentadbiran dan AkademikTn Hj Mohd Nizam B Idris
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Zuraida binti Fuad
Penolong Kanan KokurikulumTn `Aisbiran bin Omar
Faks03 - 3224 2564
https://samtajsb.blogspot.com/p/sejarah-sekolah.html


Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah atau nama ringkasnya SAM Tengku Ampuan Jemaah, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Jln Kg Nelayan.

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah memiliki 133 pelajar lelaki dan 335 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 468 orang. Ia mempunyai seramai 37 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1952 oleh beberapa orang pengasas utamanya yang terdiri daripada bekas pengetuanya yang pertama iaitu Al Marhum Tuan Haji Abdullah Mukri bin Haji Ahmad, bekas pengerusi Lembaga Tadbir dan ADUN Sungai Besar iaitu Al Marhum Tuan Haji Abu Samah bin Nordin, Al Marhum Raja Abdullah (bekas penghulu) dan Tuan Haji Mohd Nor bin Haji Abdullah (bekas ketua kampung Sungai Besar). Di awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai sebuah Sekolah Agama Rakyat dan terletak di Jalan Parit Satu Sungai Besar. Kejayaan penubuhan sekolah ini adalah hasil kutipan derma orang ramai sebanyak sepuluh sen yang diambil daripada setiap guni padi mereka.

Seterusnya, pada tahun 1957 sebuah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu telah didirikan di tapak yang sama dengan bantuan Kerajaan Persekutuan (Bantuan Rancangan Luar Bandar). Sekolah ini telah dirasmikan oleh Al Marhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada 2hb Januari 1962. Bermula dari saat itu sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai pengelolanya. Oleh kerana sambutan masyarakat terhadap pendidikan agama begitu menggalakkan dan sekolah di tapak yang lama tidak mampu menampung lagi bilangan pelajar yang semakin ramai dan tambahan pula bangunan sekolah juga telah beransur uzur maka Kerajaan Selangor telah bersetuju memperuntukkan wang sebanyak 1.4 juta bagi membina bangunan sekolah yang baru. Rentetan itu pada tahun 1986, Kerajaan Selangor telah membina bangunan yang baru di atas tanah kerajaan seluas 12.22 ekar yang terletak di Jalan Baru Kampung Nelayan Sungai Besar. Sekolah baru ini mempunyai tiga blok bangunan dua tingkat yang dilengkapi dengan kantin, perpustakaan, makmal sains, pejabat dan bilik solat. Sekolah ini mula digunakan pada Januari 1987 bersamaan 23 Jamadil Awal 1407 dan dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Sungai Besar (SAMSB).

Empat tahun selepas itu, pada 27hb Julai bersamaan 15 Muharram 1412 sekolah baru ini telah dirasmikan oleh Al Marhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Secara rasminya sekolah ini telah ditukar nama dari Sekolah Agama Menengah Sungai Besar kepada Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) bersempena nama nenda Sultan Selangor. Pengetua pada waktu itu ialah Ustaz Ismail bin Haji Abd. Gani dan pada hari ini sekolah ini diterajui oleh pengetua, Puan Jamaah binti Shahbuddin, Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Idris bin Marjunid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Khirul Anuar bin Lakimin dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Ustazah Asmah binti Abd. Rahman.

Masa hadapan[sunting | sunting sumber]

Kini seramai lebih kurang 451 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima sedang menimba ilmu pengetahuan di sekolah ini. Terdapat tiga jenis peperiksaan utama iaitu PT3 bagi tingkatan tiga, Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tingkatan empat dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tingkatan lima. Peratus kelulusan peperiksaan juga begitu menggalakkan untuk ketiga-tiga peperiksaan meskipun pelajar-pelajar yang masuk ke sekolah ini bukan pelajar pilihan yang mengutamakan kelulusan baik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai syarat kemasukkannya.

Tenaga pengajar sekolah ini pula seramai 46 orang yang terdiri daripada 13 orang guru lelaki dan 33 orang guru perempuan. Sebilangan besar di antara guru-guru ini berkelulusan ijazah dari dalam dan luar negara dan selebihnya berkelulusan maktab. Daripada jumlah besar tenaga pengajar tersebut 7 orang merupakan guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Kegiatan kokurikulum juga berjalan seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan pelajar yang berwibawa yang akan mewarisi kepimpinan Negara di masa akan datang sekaligus pelajar yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah/sosial.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah
Jln Kg Nelayan
Selangor, Malaysia
Telefon = 332242564
Fax = 332242564

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]