Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
Lokasi
Jalan Kota Raja, Klang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Motoخير العلم ما ينفع Sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang bermanfaat
Ditubuhkan1936
Nombor sekolah333713793
Kod sekolahBFT0001[1]
Pengerusi PIBGTn. Kamarul Hisham B. Yeop Hashim
PengetuaPn. Norafizah Bt. Ahmad
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Yusniza Bt. Mahamad Yusoff
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Nahariah Bt. Omar
Penolong Kanan KokurikulumEn. Abdullah B. Hasmam
Faks333732594
Laman sesawang

Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (Bahasa Arab: معهد السلطان حسام الدين الديني الإسلامي العالي ) (Bahasa Inggeris: Sultan Hisamuddin Islamic High School) atau nama ringkasnya SAMTSH @ SHIHS, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) yang terletak di Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Klang, Selangor. SAMTSH juga dikenali sebagai Sekolah Hisamuddin Klang dalam kalangan penduduk Klang memandangkan terdapat 2 buah sekolah agama di Klang yang menggunakan nama Sultan Hisamuddin Alam Shah iaitu SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih.

SAMTSH merupakan antara 7 daripada 23 buah Sekolah Agama Menengah di Selangor yang menawarkan aliran sains tulen. SAMTSH juga merupakan antara 3 daripada kesemua 23 Sekolah Agama Menengah (SAM) di Selangor yang diiktiraf sebagai 'Sekolah Kluster Kecemerlangan' selain daripada SAM Bestari dan SAM Hulu Langat.

Berdasarkan data Januari 2019, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin memiliki jumlah murid seramai 941 orang murid. Sebahagian daripada pelajar sekolah ini tinggal di asrama iaitu seramai hampir 600 orang. Ia mempunyai sejumlah 84 orang guru kesemuanya dengan pecahan 75 orang guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 9 orang guru kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ia telah ditubuhkan pada 1936 yang mana ia dibina khusus untuk pelajar lelaki. Kini, tapak asalnya didiami sebuah bangunan sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Klang. Pada 1941, sekolah ini dibuka terus semasa pendudukan Jepun di Persekutuan Tanah Melayu.

Terdapat penubuhan Madrasah Ahliah Uthmaniah yang mengkhususkan pelajar perempuan di rumah Allahyarham Hj. Othman pada 1946. Pada 1947, dengan budi-bicara Raja Nong, DYMM Sultan Hisamuddin mewakafkan istana baginda, Istana Jemaah (kini bangunan pentadbiran Kolej Islam Sultan Alam Shah) kepada pelajar Madrasah Ahliah Uthmaniah. Madrasah tersebut ditukarkan nama kepada Raudhah Sultan Hisamuddin Syariah yang mana Allahyarhamah Asmah binti Othman dilantik sebagai guru besar yang pertama di sekolah itu. Madrasah lelaki diberi nama Maahad Jamaah Islami Addini. Mereka menggunakan bangunan yang sama tetapi dibezakan dengan pentadbirannya.

Pada 1951, rombongan pelajar perempuan yang diketuai oleh Ketua Pejabat Agama Islam, Allahyarham Tuan Haji Fateh Akhir bertemu dengan DYMM Al-Marhum Sultan Selangor untuk menubuhkan Sekolah Menengah Arab yang berasingan. Pada 1956, semua pelajar lelaki Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke Masjid Diraja Sultan Suleiman kerana bangunannya dijadikan Kolej Islam Klang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Kemudian, ia dipindahkan ke Madrasah Faiizin untuk pelajar "ibtidaii" (peringkat rendah) dan ke surau Sungai Bertih untuk pelajar lelaki 1 Thanawi. Madrasah Raudzah Sultan Hisamuddin Syariah dipindahkan ke Kampung Jawa dan bertukar nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini.

Pada 1957, Madrasah Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke bangunan baru di Sungai Bertih dan bertukar nama kepada Maahad Hisamuddin. Menjelang 1973, Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin (L) dan (P) ditubuhkan di bangunan Maahad Jamaah Islamiah, Kampung Jawa. Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin (SAMRH) dipindahkan ke Sungai Bertih. Maahad Hisamuddin (L) di Sungai Bertih disatukan dengan Maahad Jamaah Islami Addini (P) dan ditukarkan nama kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ).

Pada 1977, SAMRH Sungai Bertih dan SAMTTAJ Kampung Jawa disatukan pentadbirannya dan dinamakan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di bangunan SAMTTAJ Kg. Jawa. Pada 1979, bangunan lama SAMRH (Sungai Bertih) yang lama digunakan semula untuk menampung kekurangan bilik darjah SAMTH Kampung Jawa. Pada 1982, bangunan baru SAMTH Kampung Jawa di Jalan Bukit Jati (kini bangunan Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa) mula digunakan. Pentadbiran SAMRH Sungai Bertih (Kini Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih) dan SAMTH Kampung Jawa dipisahkan.

Pada 1984, terdapat pengasingan pelajar lelaki dan perempuan di peringkat menengah tinggi. Pelajar lelaki ke SAMTTAJ Shah Alam manakala pelajar perempuan ke SAMTH Kampung Jawa. Pada 1987, kelas Tingkatan 4 Sains ditubuhkan. Pelajar lelaki juga diambil dari Sekolah Menengah Agama Jais yang lain hingga tahun 1991.

Pada Disember 1992, SAMTH menjadi Sekolah Agama Menengah Tinggi (P) sepenuhnya. Pada tahun 2000, SAMTH menerima semula kemasukan pelajar lelaki tingkatan 1 dan 4. Pada 28 Ogos 2001, berlaku perpindahan SAMTH dari bangunan lama (Kini bangunan Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa) di Jalan Bukit Jati, Kampung Jawa ke bangunan sekarang di Jalan Kota Raja, Kampung Jawa.

Pada 24 Disember 2005, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendaftarkan kesemua 23 buah sekolah agama menengah (SAM) di Negeri Selangor termasuk SAMTH, diserap ke KPM yang kemudiannya dikenali sebagai kolompok Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), KPM.

Pada tahun 2010 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan supaya nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin (SAMTH) ditukar kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH) justeru merasmikan nama baru ini. Penggunaan nama baru ini terus digunakan dalam semua urusan rasmi sekolah. Pada tahun 2015 SAMTSH diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan atau singkatannya SKK.

Pentadbir[sunting | sunting sumber]

Pengetua : Pn. Norafizah binti Ahmad

Penolong Kanan Pentadbiran : Pn. Yusniza Bt. Mahamad Yusoff

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Pn. Nahariah Bt. Omar

Penolong Kanan Kokurikulum : Tn. Abdullah bin Hamam

Penolong Kanan Tingkatan Enam : Pn. Siti Aishah Bt. Saad

Lencana rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana Rasmi SAMTSH
  • Bentuk 'U' : Melambangkan unggul dan universal.
  • Bulan Sabit : Melambangkan agama Islam yang syumul.
  • Pembahagian Hijau dan Putih : Menunjukkan keseimbangan dunia dan akhirat.
  • 5 Bucu Bintang : Melambangkan 5 rukun Islam yang menjadi tunggak kepada visi dan misi sekolah.
  • Warna Kuning Pada Bulan dan Bintang : Melambangkan kedaulatan raja sebagai ketua agama Islam.
  • Warna Putih : Melambangkan asas yang kukuh.

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

Misi - Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.

Visi - Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Moto[sunting | sunting sumber]

خير العلم ما ينفع

Sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang bermanfaat

Kebitaraan[sunting | sunting sumber]

Akademik - Sains.

Kokurikulum - Muzik dan Kesenian Islam.

1) Nasyid

2) Musammarah

3) Kaligrafi Khat

4) Kompang

5) Marhaban

Nama Singkatan[sunting | sunting sumber]

SAMTSH @ SAMTiSH

'SAMTSH SKK BB'
Huruf Maksud Huruf Maksud Huruf Maksud
S Sekolah S Sekolah B Bumi
A Agama K Kluster B Barokah
M Menengah K Kecemerlangan
T Tinggi
S Sultan
H Hisamuddin

Tonggak 20[sunting | sunting sumber]

Tonggak 20 ini diperkenalkan pada tahun 2020 bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Tonggak 20 ini akan dibaca oleh semua pelajar pada setiap kali perhimpunan mingguan yang akan diketuai oleh Ketua Umum Pelajar.

No Huruf Tonggak
1 S Syariat Kami Junjung
2 A Azam Kami Jitu
3 M Markah Kami Cemerlang
4 T Tindakan Kami Segera
-
5 S Subuh Kami Muwafiq
6 U Ukhuwah Kami Semai
7 L Lisan Kami Pelihara
8 T Tetamu Kami Sapa
9 A Akhlak Kami Jaga
10 N Nawaitu Kami Baik
-
11 H Harapan kami Benar
12 I Ibu Bapa Kami Hormat
13 S Santun Kami Terap
14 A Amanah Kami Laksana
15 M Masa Kami Jaga
16 U Usaha Kami Padu
17 D Disiplin Kami Patuh
18 D Dorm Kami Bersih
19 I Iltizam Kami Kuat
20 N Nasihat Kami Dengari

Slogan[sunting | sunting sumber]

'Bergandingan menuju Keunggulan'

Cogan kata[sunting | sunting sumber]

Hayya Bilkifah, هيا بالكفاح

Hayya Binnajah,هيا بالنجح

Hayya Bilfalah,هيا بالفلاح

Etos[sunting | sunting sumber]

  1. Bacaan doa sebelum dan selepas PdPc
  2. Bacaan Al Quran setiap pagi hari Selasa hingga Khamis
  3. Bacaan doa dhuha setiap hari
  4. Bacaan surah Yaasin setiap pagi hari jumaat
  5. Amalan 5 S
    • Salam
    • Selawat
    • Sopan
    • Senyum
    • Sapa

Peperiksaan awam[sunting | sunting sumber]

1) Pentaksiran Tingkatan tiga (PT3 Ad-Dini) - Tingkatan 3

2) Sijil Menengah Agama Dini (SMA Dini) - Tingkatan 4

3) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Tingkatan 5

4) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) - Tingkatan 6 STAM

5) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Tingkatan 6 STPM

Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP), Ketua Panitia (KP) dan Guru Mata Pelajaran (GMP)[sunting | sunting sumber]

Bidang Bahasa[sunting | sunting sumber]

Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) : Cik Sharena Bt. Mohd Basir

KP Bahasa Melayu (BM) : Pn. Nor Kamaliah Bt. Kastirun

GMP BM :

1) Pn. Siti Hamidah Bt. Mohd Lasim

2) Pn. Faudiah Bt. Ramli

3) Pn. Tuminah Bt. Mohd Noor

4) Pn. Norhasliza Bt. Abd Wahab

5) Pn. Siti Nadiyah Bt. Talderi

6) Cik Sharena Bt. Mohd Basir

KP Bahasa Inggeris (BI) : Pn. Suraini Bt. Ramdzan

GMP BI :

1) Pn. Nadzirah Bt. Fuaad

2) Pn. Shafina Azireen Bt. Mohd Razdi

3) Pn. Ainul Ilyani Bt. Abd Aziz

4) Pn. Salahah Bt. Ahmad

5) Pn. Mazwin Bt. Mohamed

6) Pn. Ruziah Bt. Md Sumairi

Bidang Sains & Matematik [sunting | sunting sumber]

Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) : Pn. Suhaini Bt. Ramli

KP Sains Teras (SN) : Pn. Norfaziana Bt. Junaini

GMP SN :

1) Pn. Siti Noor Asyikin Bt. Ansor

2) Pn. Rubiah Bt. Mohamed Said

3) Pn. Idanurbani Bt. Ibrahim

4) Pn. Noor Khafizah Bt. Mahamad Annur

5) Pn. Suhaini Bt. Ramli

6) Cik Nor Fazlinda Bt. Fauzi

KP Matematik (M) : Pn. Wan Fazillah Bt. Wan Nik

GMP M :

1) Pn. Siti Zaharah Bt. Hashim

2) Pn. Ellea Bt. Ibrahim

3) Pn. Nur Azeanty Bt. Abdul Manan

4) Pn. Suhaili Bt. Ramli

5) Pn. Qaseh Qaisara Bt. Abdullah

6) Pn. Yusniza Bt. Mahamad Yusuf

7) Pn. Amira Bt. Ismail

KP Matematik Tambahan (MT) : Pn. Suhaili Bt. Ramli

GMP MT :

1) Pn. Nur Azeanty Bt. Abdul Manan

2) Pn. Amira Bt. Ismail

KP Biologi (BIO) : Pn. Idanurbani Bt. Hj Ibrahim

GMP BIO :

1) Pn. Siti Noor Asyikin Bt. Ansor

KP Fizik (FZ) : Pn. Suhaini Bt. Ramli

GMP FZ :

KP Kimia (KM) : Cik Nor Fazlinda Bt. Fauzi

GMP KM :

1) Pn. Noor Khafizah Bt. Mahamad Annur

Bidang Teknik & Vokasional[sunting | sunting sumber]

Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) : En. Mohd Fadzil B. Mohd Samangon

KP Reka Bentuk Teknologi (RBT) : En. Mohd Hayye B. Ismail

GMP RBT :

1) Pn. Norhamizah Bt. Shaari

2) Pn. Shafina Azireen Bt. Mohd Razdi

3) Pn. Nur Azeanty Bt. Abdul Manan

4) Cik Nor Fazlinda Bt. Fauzi

5) En. Nik Azuwan Faiz B. Nik Omar

KP Prinsip Akaun (PA) : Pn. Norhamizah Bt. Shaari

KP Ekonomi (EK) : Pn. Norlatifah Bt. Abd Jalil

GMP EK :

1) En. Mohd Fadzil B. Mohd Samangon

KP Perniagaan (PN) : Pn. Norlatifah Bt. Abd Jalil

GMP PN :

1) Pn. Norhamizah Bt. Shaari

Bidang Kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) : Pn. Faudiah Bt. Ramli

KP Geografi (GF) : Pn. Eda Nuraini Bt. Massailan

GMP GF :

1) Pn. Faudiah Bt. Ramli

2) Pn. Rohayu Bt. Rusli

KP Sejarah (SJ) : Pn. Sutina Bt. Yahya

GMP SJ :

1) Pn. Norlatifah Bt. Jalil

2) Cik Sharena Bt. Mohd Basir

3) Pn. Norhasliza Bt. Abd Wahab

4) Pn. Nazihah Najwa Bt. Othaman

KP Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) : Pn. Ruziah Bt. Md Sumairi

GMP PJK :

1) En. Mazlan B. Abd Manan

2) En. Mohd Faaiz B. Abdul Aziz

3) En. Mohd Najmi B. Mohd Khaly

4) Pn. Wan Fazillah Bt. Wan Nik

5) Pn. Nik Asiah Bt. Nik Husin

6) Pn. Jamilah Bt. Mohamed Subahan

KP Pendidikan Seni Visual (PSV) : Pn. Rubiah Bt. Mohamed Said

GMP PSV :

1) Pn. Salahah Bt. Ahmad

2) Cik Masyitah Bt. Amat Yedon

3) Pn. Hidayatul Najwa Bt. Sabaruddin

4) Pn. Siti Zaharah Bt. Hashim

5) Tn. Mashanizat B. Ngasri

Bidang Pengajian Islam[sunting | sunting sumber]

Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) : Pn. Jamilah Bt. Mohamed Subahan

KP Lughah Arabiah Muaasirrah (LAM) :

GMP LAM :

1) En. Al Hashir B. Mohd Rabeh

2) En. Mohammad Faaiz B. Abd Aziz

3) En. Nik Azuwan Faiz B. Nik Omar

4) Pn. Hidayatul Najwa Bt. Sabaruddin

5) Pn. Rahimah Bt. Mohd Zin

6) Pn. Norseha Bt. Mat Jam Jam

7) Pn. Fatin Aqilah Bt. Razman

8) Pn. Muzammilah Bt. Kassim

9) Pn. Siti Mastura Bt. Hassanuddin

10) Pn. Noor Zalikha Bt. Alimuddin

11) Pn. Nurul Intisar Bt. Berahim

12) Cik Masyitah Bt. Amat Yedon

KP Usul Dini (UD) : Pn. Nor Salina Bt. Othman

GMP UD :

1) Pn. Nur Nadrah Bt. Azami

2) Pn. Eda Nuraini Bt. Massailan

3) Pn. Hidayatul Najwa Bt. Sabaruddin

4) Pn. Fatin Aqilah Bt. Razman

5) En. Nik Azuwan Faiz B. Nik Omar

6) En. Mohd Najmi B. Mohd Khaly

7) Pn. Siti Mastura Bt. Hasanuddin

8) Pn. Rohayu Bt. Rusli

9) Pn. Nurul Intisar Bt. Berahim

10) En. Syairoth Rafizan B. Othman

KP Syariah Dini (SD) : Pn. Nik Asiah Bt. Nik Husin

GMP SD :

1) Pn. Norazah Bt. Mohd Yassin

2) Pn. Jamilah Bt. Mohamed Subahan

3) Pn. Erna Madina Bt. Mohd Shaher

4) Pn. Siti Nor Bt. Othman

5) Pn. Nur Nadrah Bt. Azami

6) Pn. Nor Khadijah Bt. Sahak

7) Pn. Nawal Natasha Bt. Ahmad

8) En. Al Hashir B. Mohd Rabeh

9) En. Mohd Najmi B. Mohd Khaly

KP Adab Balaghah (ADB) : En. Mohd Faaiz B. Abdul Aziz

KP Manahij Ulum Islamiah (MAN) : En. Al Hashir B. Mohd Rabeh

Guru-Guru Tingkatan 6[sunting | sunting sumber]

Guru-Guru Tingkatan 6 STPM :[sunting | sunting sumber]

1) En. Mohd Hashim B. Long (Usuluddin)

2) En. Mohd Najib B. Najmuddin (Sejarah)

3) Pn. Nor Khairiah Bt. Hashim (Syariah)

4) Pn. Sapura Bt. Harun (MUET)

5) Pn. Ruswiza Asma'a Bt. Ramli (MUET)

6) Pn. Siti Nawar Bt. Abd Latiff (Pengajian Perniagaan)

7) Pn. Siti Syazana Bt. Mohd Zahib (MUET)

8) Cik Siti Rufiaah Bt. Maarof (Pengajian Am)

9) Pn. Hazilawati Bt. Saian (Pengajian Am)

10) Pn. Hazlinda Bt. Hashim (Bahasa Arab)

Guru-Guru Tingkatan 6 STAM :[sunting | sunting sumber]

1) En. Mohd Yusri B. Miskan (Tafsir Ulumuhu & Hadith Mustolah)

2) En. Mohd Nizam B. Jamaluddin (Tauhid Mantiq & Fiqh)

3) Pn. Siti Aishah Bt. Saad (Nahu Sorof & Insya' Mutolaah)

4) Pn. Nor Suriya Bt. Kamis (Arudh Qafiyah & Balaghah)

5) En. Mohammad Faaiz B. Abd Aziz (Adab Nusus)

6) Pn. Siti Nor Bt. Othman (Hifz Quran)

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

1) 2 Buah Bangunan Sekolah (4 tingkat)[sunting | sunting sumber]

Bangunan ini menempatkan kelas kelas tingkatan 1 – 5, pejabat, perpustakaan dan bilik-bilik lain. Bangunan blok A terletak bersebelahan dengan dataran sekolah. Bangunan blok B terletak bersebelahan dengan bangunan tingkatan enam.

2) Sebuah Bangunan Pra-Universiti (2 tingkat)[sunting | sunting sumber]

Bangunan ini menempatkan kelas kelas tingkatan enam. Bilik seminar juga terletak di sini. Bangunan ini terletak bersebelahan dengan bangunan blok B. Bangunan ini juga digunakan sebagai tempat prep bagi pelajar tingkatan 6 aspuri.

3) Sebuah Dewan (Dewan Al Bukhari)[sunting | sunting sumber]

Dewan ini merupakan tempat berlangsungnya acara rasmi dan acara tidak rasmi. Perhimpunan rasmi akan diadakan di dewan ini pada setiap pagi hari Isnin. Dewan ini mempunyai 2 gelanggang badminton. Dewan ini terletak bersebelahan dengan kantin dan mempunyai 2 buah tandas lelaki dan perempuan, sebuah pentas, sebuah bilik guru, sebuah stor peralatan, sebuah bilik penyimpanan bawah tanah dan sebuah bilik PA sistem. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem pendingin hawa bagi menjamin keselesaan pengguna dewan.

4) Sebuah Surau (Surau Al Khalili)[sunting | sunting sumber]

Surau ini mempunyai 2 tingkat dan sangat luas. Surau ini boleh Menampung kira kira 1000 orang jemaah pada satu masa. Surau ini merupakan tempat Bacaan Yasin dan solat hajat pada setiap pagi Jumaat. Selain itu, surau ini juga merupakan alternatif lain jika dataran dan dewan tidak boleh digunakan semasa perhimpunan hari Isnin. Di sini juga tempat pelajar asrama putera dan puteri menunaikan solat fardhu berjemaah dan tempat aktiviti keagamaan seperti tazkirah atau ceramah. Selain daripada ruang solat, surau ini mempunyai sebuah bilik guru, sebuah bilik pentadbiran, sebuah dewan seminar, sebuah bilik seminar, sebuah perpustakaan, sebuah bilik telekung, 3 buah pondok wakaf, 2 buah tandas lelaki dan perempuan dan 4 tempat wuduk lelaki dan perempuan. Surau ini telah dinaik taraf pada tahun 2014 hasil sumbangan PIBG dan pada tahun 2016 hasil kutipan wakaf daripada warga sekolah.

5) Sebuah Kantin[sunting | sunting sumber]

Kantin ini merupakan tempat utama pelajar ketika waktu rehat. Kantin ini terletak bersebelahan dewan dan garaj guru. Bilik makan guru dan galeri kokurikulum terletak di sini. Kantin ini telah dinaik taraf pada tahun 2009 atas sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan pada tahun 2016 kantin ini juga telah dinaik taraf atas sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi membina bilik makan guru yang lebih luas dan menggantikan bilik makan guru yang lama.

6) 4 Buah Bangunan Asrama Putera dan Puteri (4 tingkat)[sunting | sunting sumber]

Bangunan asrama terbahagi kepada dua iaitu 2 blok asrama putera (aspura) dan 2 blok asrama puteri (aspuri).

Asrama Putera (Asrama Umar Abdul Aziz)[sunting | sunting sumber]

Nama lain bagi Aspura ialah Asrama Umar Abdul Aziz. Aspura mempunyai 12 dorm dan 8 bilik prep. Setiap dorm boleh menempatkan sehingga 20 orang pelajar. Aspura juga mempunyai sebuah pejabat, sebuah bilik warden lelaki, sebuah bilik ICT, sebuah bilik seminar, sebuah bilik mengaji, sebuah bilik gerkan warden, sebuah bilik mesyuarat MPA, sebuah bilik kesihatan, sebuah koperasi asrama, sebuah bilik tetamu lelaki, sebuah bilik televisyen, sebuah bilik gerakan Majlis Pengawas Asrama (MPA) putera, sebuah bilik dobi dan sebuah bilik ping pong. Selain itu, terdapat 2 gelanggang sepak takraw atau badminton di antara blok A dan blok B asrama putera. Setiap aras mempunyai tandas, bilik mandi, bilik basuh dan bilik ampaian. Ampaian berbumbung terletak di belakang blok A aspura.

Asrama Puteri (Asrama Rabiatul Adawiyah)[sunting | sunting sumber]

Nama lain bagi Aspuri ialah Asrama Rabiatul Adawiyah. Aspuri mempunyai lebih banyak dorm berbanding aspura iaitu 18 dorm dan 5 bilik prep disebabkan pelajar puteri lebih ramai berbanding putera. Setiap dorm boleh menempatkan sehingga 25 orang pelajar. Aspuri mempunyai sebuah bilik warden perempuan, sebuah bilik kolah mandi, sebuah bilik ICT, sebuah bilik tetamu perempuan, sebuah bilik televisyen, sebuah koperasi asrama, sebuah bilik kesihatan dan sebuah bilik dobi. Selain itu, terdapat 2 gelanggang badminton di antara blok C dan blok D asrama puteri. Setiap aras mempunyai tandas, bilik mandi, bilik basuh, dan bilik ampaian. Ampaian berbumbung terletak di belakang blok D aspuri.

7) 2 Buah Dewan Makan Aspura dan Aspuri[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua dewan makan ini terletak di antara Aspura dan Aspuri. Dewan makan ini merupakan tempat pelajar asrama menikmati sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. Dewan makan aspuri telah dinaik taraf pada tahun 2016 atas sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memuatkan lebih ramai pelajar aspuri dapat menggunakan dewan makan ini pada satu-satu masa.

8) Dataran Sekolah (Dataran Barokah)[sunting | sunting sumber]

Dataran sekolah digunakan sebagai tempat bacaan Al-Quran pada hari Selasa hingga Khamis. Dataran ini juga digunakan sebagai tempat letak kenderaan guru dan kenderaan pelajar. Perhimpunan akan diadakan di dataran sekiranya terdapat sebarang majlis yang menggunakan dewan.

9) Padang[sunting | sunting sumber]

Padang sekolah ini digunakan sebagai tempat acara sukan tahunan berlangsung. Selain itu, padang juga digunakan sebagai tempat beriadah pelajar asrama pada waktu petang. Di sini juga terletaknya sebuah gelanggang futsal, 2 buah gelanggang bola tampar dan sebuah gelanggang bola jaring. Garaj motosikal terletak bersebelahan dengan padang.

10) Sebuah Dewan Terbuka (Dewan Rabiatul Adawiyah)[sunting | sunting sumber]

Dewan ini siap dibina pada tahun 2016 dan terletak di antara blok C aspuri dan dewan makan aspuri. Dewan ini digunakan untuk majlis berskala kecil atau perjumpaan aktiviti kokurikulum. Dewan ini juga digunakan sebagai tempat perhimpunan pelajar aspuri.

11) Kemudahan Lain[sunting | sunting sumber]

1) 34 buah kelas

2) 4 buah makmal sains, kimia, fizik, biologi

3) sebuah perpustakaan

4) sebuah perpustakaan tingkatan enam

5) sebuah bengkel KHB

6) sebuah bengkel masakan

7) 2 buah bilik guru lelaki dan perempuan

8) sebuah bilik guru tingkatan enam

9) sebuah bilik operasi SPBT sekolah

10) sebuah bilik kesihatan sekolah

11) sebuah bilik ICT

12) 2 buah bilik ICT aspura dan aspuri

13) 2 buah koperasi sekolah

14) 2 buah koperasi aspura dan aspuri

15) 2 buah bilik warden lelaki dan perempuan

16) 2 buah bilik kesihatan aspura dan aspuri

17) sebuah bilik mesyuarat

18) sebuah bilik VVIP

19) sebuah bilik makan guru

20) sebuah galeri kokurikulum

21) sebuah pejabat sekolah

22) sebuah pejabat asrama

23) sebuah bilik peperiksaan

24) sebuah bilik gerakan kokurikulum

25) sebuah bilik guru kanan mata pelajaran

26) sebuah bilik kebitaraan bahasa arab

27) sebuah bilik disiplin

28) sebuah bilik PBS

29) sebuah bilik BADAR

30) 3 buah pondok pengawal

31) sebuah bilik kaunseling

32) sebuah bilik cetak

33) 2 buah bilik tetamu lelaki dan perempuan

34) sebuah gelanggang bola jaring

35) 4 buah gelenggang sepak takraw

36) 2 buah gelanggang bola tampar

37) 6 buah gelanggang badminton

38) sebuah gelanggang futsal

39) sebuah bilik pengakap kump. 50 Klang

40) sebuah stor sukan

41) sebuah bilik uniform

42) 2 buah bilik televisyen asrama putera dan puteri

43) 10 buah gazebo / pondok rehat

44) sebuah bilik jadual waktu

45) sebuah bilik fail dan dokumentasi

46) sebuah bilik bahan bantuan mengajar (BBM)

47) sebuah stor barangan

48) sebuah bilik MBMMBI

49) sebuah bilik arkib

50) sebuah bilik kebitaraan nasyid

51) sebuah bilik kebitaraan pendidikan Al Quran dan As Sunnah

52) sebuah bilik seminar

53) empat buah bilik persediaan makmal

54) garaj guru

55) garaj motosikal

56) sebuah podium asrama

57) kuarters guru dan kakitangan

58) sebuah bilik alat pandang dengar (APD)

59) sebuah bilik mesyuarat MPA aspura dan aspuri

60) sebuah bilik gerakan Majlis Pengawas Asrama MPA aspura

61) 2 buah bilik dobi aspura dan aspuri

62) sebuah bilik seminar asrama

63) 12 buah dorm aspura

64) 18 buah dorm aspuri

65) 8 buah bilik prep aspura

66) 5 buah bilik prep aspuri

67) sebuah bilik mengaji asrama

68) sebuah perpustakaan asrama

69) tandas murid (lelaki/perempuan)

70) tandas guru (lelaki/perempuan)

71) sebuah tandas diraja

72) garaj guru tingkatan enam

73) garaj pengetua

74) sebuah bilik transformasi sains

75) sebuah bilik pengawas

76) sebuah padang petanque

77) sebuah bilik ping pong

78) sebuah bilik gerakan warden

79) sebuah galeri nasyid sekolah

80) sebuah bilik seminar surau

81) sebuah dewan seminar surau

82) sebuah bilik pentadbiran surau

82) sebuah bilik telekung surau

83) sebuah perpustakaan surau

84) 2 buah tandas surau

85) 4 buah tempat wuduk surau

86) 7 buah bilik basuh aspura

88) 6 buah bilik ampaian aspura

89) 7 buah bilik basuh aspuri

90) 6 buah bilik ampaian aspuri

91) 2 buah tempat ampaian berbumbung aspura dan aspuri

92) 2 buah kolah air aspura dan aspuri

93) 2 buah stor sukan aspura dan aspuri

Rumah sukan / firqah[sunting | sunting sumber]

Rumah sukan / firqah kebiasaannya digunakan semasa aktiviti kokurikulum seperti merentas desa, aktiviti sukan sekolah dan pertandingan kemahiran amal Islami (KAMIL) peringkat sekolah.

Rumah Sukan / Firqah Warna
Ibnu Sirrin Merah
Ibnu Abbas Biru
Ibnu Mas'ud Kuning
Ibnu Tufail Hijau
Ibnu Hayyan Jingga

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah terbilang,

Dan cemerlang,

Itu matlamat kami semua,

Belajar tuju masa depan,

Tekad bersemangat di jiwa.


Hayya bilkifah,

Hayya binnajah,

Hayya bilfalah hayatilah,

Bekerjasama jayakannya,

Lambang generasi hadapan.


S.A.M.T Sultan Hisamuddin,

Melangkah penuh kejayaan,

Insan yang muttaqin jadi pegangan,

Sahsiah terus ditingkatkan,


Maju terus maju sekolahku,

Genggam cita berazam kita,

Taat dan setia pada negara,

Itu janji kita,


S.A.M.T Sultan Hisamuddin,

Unggul lambang kita.

Pakaian rasmi[sunting | sunting sumber]

Lelaki[sunting | sunting sumber]

Berbaju kemeja putih lengan panjang dan berseluar putih manakala bagi pelajar tingkatan 6 STAM pula ialah berbaju kemeja hijau (berlainan warna dengan kemeja hijau Pengawas Pusat Sumber) dan berseluar slack hitam. Pelajar juga diwajibkan memakai songkok, tali leher sekolah, tali pinggang hitam dan berkasut hitam. Pada hari Jumaat, pelajar diwajibkan memakai baju melayu putih serta samping songket rasmi sekolah.baju biru untuk ahli koop

Perempuan[sunting | sunting sumber]

Berbaju kurung putih dan berkain hijau daun manakala bagi pelajar tingkatan 6 STAM pula ialah berbaju kurung hijau (berlainan warna dengan baju kurung hijau Pengawas Pusat Sumber) dan berkain hitam. Lengan baju kurung diwajibkan berkancing. Pelajar juga diwajibkan memakai tudung labuh bewarna putih melebihi paras pinggang dan berkasut hitam. Pelajar hanya dibenarkan memakai stongan berwarna putih jika mahu. Pada hari Jumaat, pelajar diwajibkan memakai baju kurung putih berkain songket rasmi sekolah.

Badan Kepimpinan Pelajar[sunting | sunting sumber]

Pengawas Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pengawas merupakan satu badan organisasi di bawah Unit Disiplin Sekolah. Pakaian Pengawas lelaki ialah baju kemeja kuning air lengan panjang dan berseluar sekolah hijau tua kemudian berbaju melayu putih dan bersamping kuning pada hari jumaat manakala pengawas perempuan berbaju kurung kuning air dan berkain hijau tua. Pengawas Sekolah terbahagi kepada beberapa biro iaitu :-

  • Biro Disiplin
  • Biro Perhimpunan
  • Biro Kehadiran
  • Biro Kebajikan
  • Biro SSDM ( Sistem Sahsiah Diri Murid )
  • Biro Cegah Jenayah

Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PPSS)[sunting | sunting sumber]

Pengawas Pusat Sumber atau Pustakawan merupakan satu badan organisasi di bawah Pusat Sumber Sekolah (PSS). Pakaian PPSS lelaki ialah baju kemeja hijau muda lengan panjang dan berseluar sekolah hijau tua manakala PPSS perempuan pula berbaju kurung hijau muda dan berkain hijau tua. PPS terbahagi kepada beberapa biro iaitu :-

  • Biro Perpustakaan dan Keceriaan
  • Biro Bilik Alat Pandang Dengar (APD)
  • Biro Bahan Bantuan Mengajar (BBM)
  • Biro Perpustakaan Surau
  • Biro Proses Buku
  • Biro Majalah dan Informasi
  • Biro Nilam
  • Biro Asrama
  • Biro Dewan dan Kantin

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)[sunting | sunting sumber]

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu badan organisasi di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK). Pakaian PRS lelaki ialah baju kemeja ungu dan berseluar slack hitam manakala pelajar perempuan berbaju kurung ungu dan berkain hitam. PRS terbahagi kepada beberapa exco iaitu :-

  • Exco Kewangan
  • Exco Darvih
  • Exco Publisiti
  • Exco Kebersihan dan Keceriaan
  • Exco Multimedia

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)[sunting | sunting sumber]

Badan Dakwah dan Rohani merupakan satu badan organisasi di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM). BADAR ditubuhkan bagi membuat aktiviti bercirikan Islam. Antara tugas ahli BADAR ialah mengetuai bacaan Al-Quran pada setiap hari Selasa hingga Khamis, membaca doa Dhuha setiap hari dan membaca doa sebelum pulang dari sekolah setiap hari mengikut jadual yang telah ditetapkan. BADAR terbahagi kepada beberapa lajnah iaitu :-

  • Lajnah Dakwah dan Tarbiah
  • Lajnah Al Quran
  • Lajnah Usrah
  • Lajnah Multimedia
  • Lajnah Ekonomi

Quartermaster (QM)[sunting | sunting sumber]

Quartermaster merupakan satu badan organisasi di bawah Unit Kokurikulum. QM ditubuhkan bagi membantu guru-guru semasa aktiviti kokurikulum berlangsung seperti hari sukan sekolah dan aktiviti merentas desa.

Majlis Pengawas Asrama (MPA)[sunting | sunting sumber]

Majlis Pengawas Asrama merupakan satu badan organisasi di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bahagian pengurusan asrama. MPA ditubuhkan bagi menjaga para pelajar yang tinggal di asrama SAMTSH. MPA terbahagi kepada beberapa exco iaitu:-

  • Exco Disiplin dan Tatacara (DnT)
  • Exco Dakwah dan Penghayatan Islam (DPI)
  • Exco Kebersihan dan Keceriaan (KbKc)
  • Exco Nutrisi dan Residensi (NutRes)
  • Exco Pendidikan dan Informasi (PnI)
  • Exco Dobi dan Sukan (DoSu)
  • Exco Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan (3K)
  • Exco Perhubungan dan Harta Benda Awam (HBA)
  • Exco Fotografi dan Dokumentasi (FotoDoku)

Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam (PPTE)[sunting | sunting sumber]

Nama asal organisasi ini ialah Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM) sebelum ditukar kepada Majlis Perwakilan Pra Universiti (MPPU) pada tahun 2011 dan ditukar sekali lagi kepada Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam Pada (PPTE) Tahun 2016. PPTE merupakan semua pelajar tingkatan 6 STPM atas, 6 STPM bawah dan 6 STAM. Pakaian ahli PPTE lelaki ialah baju kemeja (tiada warna dikhususkan) dan seluar slack hitam manakala pakaian ahli PPTE perempuan pula ialah baju kurung (tiada warna dikhususkan) dan bertudung labuh warna bersesuaian dengan pakaian. PPTE terbahagi kepada beberapa exco iaitu :-

  • Exco Disiplin
  • Exco Dakwah
  • Exco Kebudayaan
  • Exco Multimedia
  • Exco Keceriaan

Organisasi lain[sunting | sunting sumber]

  • Sidang Redaksi SAMTSH
  • Pengawas SPBT
  • Pengawas Surau
  • Pengawas ICT
  • Ahli Lembaga Koperasi Sekolah

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Bil. Pengetua Tahun Mula Berkhidmat Tahun Akhir Berkhidmat
1 Hjh. Asmah Bt. Hj. Othman 1936 1974
2 Hj. Ramli B. Saad 1975 1976
3 Hj. Paidi B. Keromo 1977 1985
4 Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid 1985 1986
5 Hj. Mohd Adanan B. Isman 1986 1989
6 Hj. Paidi B. Keromo 1990 1992
7 Hjh. Siti Mureseh Bt. Hj. Md. Yatim 1992 1993
8 Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid 1993 1998
9 Hj. Ismail B. Hj. Abdul Ghani 1998 2001
10 Hjh. Fauziah Bt. Mohd Salleh 2002 2003
11 Hj. Sianid B. Mokim 2003 2005
12 Hjh. Khairiah Bt. Sujud 2006 2013
13 Hj. Mohd Zainul Arifien B. Mohd Jaid 2013 2016
14 Hjh. Nadzarah Bt. Mahmud 2016 2018
15 Hj. Hashim Fahmi B. Ahmad Shauki
2018 2019
16 Mashanizat B. Ngasri 2019 2022
17 Norafizah Bt. Ahmad 2022 Kini

Kelas[sunting | sunting sumber]

Nama-nama kelas diambil berdasarkan nama-nama syurga.

Menengah Rendah[sunting | sunting sumber]

Tingkatan 1 - 3: 5 kelas setiap tingkatan

1) Jannah Al Firdaus (JF)

2) Jannah Al Naim (JN)

3) Jannah Al Ma'wa (JM)

4) Jannah Al Adnin (JA)

5) Jannah Al Khuldi (JK)

Subjek yang ditawarkan :

1) Bahasa Melayu (BM)

2) Bahasa Inggeris (BI)

3) Matematik (MM)

4) Sains (SN)

5) Sejarah (SJ)

6) Geografi (GF)

7) Reka Bentuk Teknologi (RBT)

8) Lughah Arabiah Muasirrah (LAM)

9) Usul Dini (UD)

10) Syariah Dini (SD)

Menengah Tinggi[sunting | sunting sumber]

Tingkatan 4 - 5 : 6 kelas setiap tingkatan

Subjek wajib :

1) Bahasa Melayu (BM)

2) Bahasa Inggeris (BI)

3) Matematik (MM)

4) Sejarah (SJ)

5) Lughah Arabiah Muasirrah (LAM)

6) Usul Dini (UD)

7) Syariah Dini (SD)

Subjek elektif :

1) Biologi (BIO)

2) Fizik (FZ)

3) Kimia (KM)

4) Matematik Tambahan (MT)

5) Prinsip Akaun (PA)

6) Sains (SN)

7) Ekonomi (Ek)

8) Perniagaan (PN)

9) Adab Balaghah (ADB)

10) Manahij Ulum Islamiah (MAN)

Aliran Kelas BM BI SJ M LAM UD SD FZ KM BIO MT PA SN EKO PN ADB MAN JUMLAH
Sains Tulen Dini Jannatul Firdaus (JF) / / / / / / / / / / / 11
Jannatul Naim (JN) / / / / / / / / / / / 11
Sastera Perakaunan Dini Jannatul Ma'wa (JM) / / / / / / / / / / / 11
Sastera Perniagaan Dini Jannatul Adnin (JA) / / / / / / / / / 9
Jannatul Khuldi (JK) / / / / / / / / / 9
Dini Tulen Jannatul Darussalam (JD) / / / / / / / / / / / 11

Pra-Universiti[sunting | sunting sumber]

Tingkatan 6 STAM: 2 kelas

1) 6 STAM 1

2) 6 STAM 2

Tingkatan 6 STPM bawah: 2 kelas

1) 6B STPM 1 (Aliran Agama)

2) 6B STPM 2 (Aliran Kemanusiaan)

Tingkatan 6 STPM atas: 2 kelas

1) 6A STPM 1 (Aliran Agama)

2) 6A STPM 2 (Aliran Kemanusiaan)

Majalah rasmi[sunting | sunting sumber]

Majalah rasmi SAMTSH ialah Al Munir. Al Munir akan diterbitkan setiap tahun sejak dahulu lagi. Al Munir disunting oleh ahli sidang redaksi SAMTSH sebelum diterbitkan. Al Munir juga merupakan album gambar kelas dan aktiviti sepanjang tahun di SAMTSH. Pelajar lepasan SPM akan mendapat majalah ini pada hari keputusan SPM diumumkan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1) Seramai 80 orang pelajar SAMTSH mendapat mumtaz atau cemerlang dalam peperiksan Sijil Menengah Agama (SMA) pada tahun 2014 dan SAMTSH melahirkan seorang pelajar terbaik Sijil Menengah Agama (SMA) di Selangor iaitu Ahmad Fareez Abdul Wahab dengan pencapaian mumtaz 99.2%.

2) SAMTSH banyak memenangi acara Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat zon 2 seperti nasyid, musammarah, khat dan lain-lain pada tahun 2014 dan mendapat naib johan keseluruhan (Johan MITST Klang).

3) SAMTSH banyak mewakili zon ke acara KAMIL peringkat negeri dan memenangi banyak acara KAMIL pada tahun 2014.

4) SAMTSH menghantar kumpulan nasyid Soul Al Ghamidi (SAG) untuk mewakili Selangor dalam acara Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISSMAM) peringkat kebangsaan di Terengganu tahun 2014 dan memperoleh naib johan dalam acara tersebut.

5) SAMTSH diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan fasa 9 pada tahun 2015.

6) SAMTSH banyak memenangi acara KAMIL peringkat zon barat pada tahun 2015 dan mendapat naib johan keseluruhan (Johan MITST Alam Impian).

7) SAMTSH banyak mewakili zon ke acara KAMIL peringkat negeri dan memenangi banyak acara KAMIL pada tahun 2015.

8) SAMTSH sekali lagi menghantar kumpulan nasyid SAG untuk mewakili Selangor dalam acara MIISSMAM peringkat kebangsaan di Selangor pada tahun 2015 dan memperoleh johan dalam acara tersebut.

9) SAMTSH banyak memenangi acara dalam Karnival Pendidikan Al Quran dan Kesenian Islam (PAQIS) sekolah sekolah kluster peringkat kebangsaan anjuran SAMTSH pada tahun 2015.

10) Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga tahun 2015 mencatatkan seramai 5 orang pelajar mendapat 11A dan 10 orang Pelajar mendapat 10A.

11) Keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama tahun 2015 mencatatkan seramai 64 orang mendapat mumtaz.

12) Seorang pelajar SAMTSH, dinobatkan sebagai calon terbaik STAM 2015 peringkat negeri Selangor.

13) SAMTSH banyak memenangi acara KAMIL peringkat zon barat 2016 dan mendapat naib johan keseluruhan (Johan MITST Alam Impian).

14) SAMTSH mengekalkan kedudukan sekolah kedua terbaik SPM daerah Klang selepas Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

15) Keputusan Peperiksaan SMA 2016 mencatatkan sejarah apabila keputusan 100% Lulus iaitu tiada seorang calon SMA 2016 memperoleh keputusan Rasib iaitu Gagal.

16) Keputusan SMA 2017 meningkat iaitu GPS dari 1.89 yang ditarget oleh sekolah sebagai ETR kepada 1.85 dengan jumlah calon yang mendapat Mumtaz seramai 65 orang dan keputusan SMA 2017 tetap 100% Lulus

17) Keputusan STAM 2017 meningkat dimana SAMTSH merangkul sekolah kedua terbaik STAM keseluruhan di Malaysia dan melahirkan 2 pelajar Mumtaz Sofi iaitu semua subjek cemerlang.

18) Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2018 meningkat dengan gred purata sekolah (GPS) 3.09 sejak keputusan SPM 2015 dengan hampir kesemua subjek SPM memeproleh peningkatan dalam gred purata mata pelajaran (GPMP).

19) Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) menunjukkan trend peningkatan setiap tahun dengan keputusan terbaru peperiksaan SMA 2019 dengan gred purata sekolah (GPS) 1.71 dan mendapat ranking ke-4 diantara SABK di Selangor.

20) Keputusan SPM 2019 mencatatkan gred purata sekolah (GPS) yang tertinggi dalam tempoh 6 tahun iaitu 2.88 dan mendapat ranking ke-19 di antara SABK di Malaysia.

21) Keputusan STPM 2019 mencatatkan gred purata sekolah (GPS) yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun iaitu 3.10 dan mendapat ranking ke-9 diantara SABK di Malaysia.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
Jalan Kota Raja, 41000, Klang, Selangor, Malaysia
Telefon = 333713793
Faks = 333732594

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]