Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
Lokasi
Shah Alam, Petaling Perdana, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan,Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
MotoBerilmu, Beriman, Beramal, Berdakwah
Ditubuhkan30 Ogos 1982
Nombor sekolah+60355102505
Kod sekolahBFT8003[1]
Pengerusi PIBGYB Tuan Haji Mohamad Mahathir bin Mohamed Hanan
PengetuaTuan Haji Muhammad Noor bin Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan. Siti Ngokison binti Abd Hamid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Sabariah binti Muhammad
Penolong Kanan KokurikulumPuan Ruslizawati binti Mahmud
Faks+60355102506
Laman sesawang


Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah atau nama ringkasnya SAMTTAJ UNGGUL merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah SABK (SAM) yang terletak di Persiaran Bandar Raya ,Seksyen 11.

Pada 2018, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah memiliki seramai 856 orang murid. Ia mempunyai seramai 40+ orang guru.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) ialah sebuah sekolah agama menengah di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Dibina pada 30 Ogos 1982, idea untuk penubuhan SAMTTAJ pada asalnya dicetuskan oleh Datuk Haji Mokhtar Salleh, Penolong Pengarah di Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pembinaan SAMTTAJ melibatkan kawasan seluas 5.76 hektar dan menelan belanja sebanyak RM10,642,650. Sekolah ini mempunyai prasarana yang lengkap, menjadikannya sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah sains.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada November 1983, SAMTTAJ telah siap dibina dan seterusnya pada 2 Januari 1984, JAIS mentadbir sekolah itu. Kumpulan pertama diambil pada tahun 1984, dan terdiri daripada kira-kira 320 orang pelajar lelaki yang dipindahkan dari Sekolah Agama Menengah Hishamuddin (Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin) Kampung Jawa, Klang. Seramai 24 orang guru telah ditugaskan di sekolah ini. SAMTTAJ dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 19 Mac 1987. Pada tarikh ini jugalah, nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah digunakan, menggantikan nama asalnya, iaitu "Sekolah Agama Menengah Tinggi Shah Alam".

Sekitar tahun 1996 dan 1997, pihak JAIS ingin menubuhkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang pertama di bawah kelolaannya. Oleh itu, mereka berhasrat untuk mengambil alih bangunan SAMTTAJ untuk dijadikan pusat pengajian bagi Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR). Secara rasminya, KISDAR mengambil alih bangunan SAMTTAJ pada pertengahan tahun 1997. Kemudiannya, bangunan asrama puteri disewa oleh Institut Pendidikan Selangor (INPENS) selama empat bulan.

Pada tahun 1997, pelajar-pelajar SAMTTAJ ditempatkan di sekolah-sekolah lain di bawah JAIS. Bagi pelajar tingkatan empat dan lima, mereka ditempatkan di Sekolah Agama Menengah Bestari, manakala, pelajar tingkatan dua dan tiga diagihkan kepada dua buah sekolah JAIS yang lain. Pengambilan pelajar- pelajar baru tingkatan satu pula telah dibuka di Medan Harun. Pengambilan ini juga dibuka kepada pelajar perempuan.

Pada tahun 1997 sehingga 2000, guru-guru SAMTTAJ dipindahkan ke Medan Harun, Petaling Jaya untuk mengajar kira-kira 300 orang pelajar. Sepanjang tempoh itu, pihak sekolah dengan bantuan pihak atasan JAIS berusaha untuk mendapatkan kembali bangunan SAMTTAJ yang dahulu. Dengan berasetkan keputusan PMR yang cemerlang, maka bangunan SAMTTAJ telah bejaya ditawan kembali pada akhir tahun 2000. Kini, pelajar-pelajar Medan Harun telah berjaya dipindahkan ke SAMTTAJ sepenuhnya.

SAMTTAJ telah dijadikan sebuah sekolah berasrama dan pihak sekolah telah bersetuju untuk menggunakan nama SAMTTAJ bagi menggantikan nama SAM Medan Harun. Kini, SAMTTAJ mempunyai kira-kira 43 orang tenaga pengajar dan 856 orang pelajar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sejak ditubuhkan, SAMTTAJ telah berjaya mencapai beberapa kejayaan dalam akademik dan kokurikulum. Antaranya ialah kejayaan pasukan nasyid sekolah (Ijtihad) pada tahun 2008 yang mendapat johan dalam pertandingan MTQ dan KAMIL. Pada tahun 2003, SAMTTAJ telah mencipta sejarah apabila mencapai keputusan yang amat cemerlang dalam PMR. Seramai 40 orang telah berjaya memperoleh 9A. Namun, rekod sekolah tersebut telah berjaya dipecahkan pada tahun 2007 apabila seramai 41 orang calon P.M.R. SAMTTAJ berjaya mencapai 9A dalam peperiksaan PMR 2007.

Pada tahun 2009, rekod tersebut dipecahkan lagi apabila seramai 50 orang pelajar berjaya mencapai 9A dalam PMR. Pada tahun 2009, SAMTTAJ juga telah dinobatkan sebagai antara sekolah SABK yang terbaik bagi tahun 2009. Baru-baru ini, SAMTTAJ menjadi sekolah terbaik di Malaysia dan SAMTTAJ antara sekolah yang cemerlang dalam STAM 2016. Kini, SAMTTAJ semakin gah dengan kejayaan dalam pelbagai aspek seperti akademik dan kokurikulum. Pencapaian terbaik SAMTTAJ adalah apabila SAMTTAJ dinobatkan johan dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab di IIUM peringkat Kebangsaan serta johan dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Arab MIISMAM dan mendapat johan dalam pertandingan Singapore and Asian School Math Olympiad (SASMO) peringkat antarabangsa di Singapura.

Bukan itu sahaja, kejayaan SAMTTAJ juga tampak hebat dalam kokurikulum dibawah unit beruniform apabila telah diangkat menjadi johan Pertandingan Kawad Kaki KRS lelaki & perempuan peringkat negeri tahun 2016 dan melayakkan pasukan Kawad Kaki KRS lelaki dan perempuan SAMTTAJ mara ke peringkat kebangsaan dan berjaya mendapat tempat no.3. Pada tahun 2016, pasukan Forum Remaja SAMTTAJ berjaya ke peringkat kebangsaan dan mendapat no.3.Yang terbaru,SAMTTAJ berjaya menjadi JOHAN di dalam pertandingan MAHRAJAN DIKIR ARAB 2018 di peringkat kebangsaan.SAMTTAJ terus mengorak langkah pada tahun 2019 dengan telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam PETANDINGAN SENI MUZIK CEMPULING peringkat negeri. Pasukan KRS SAMTTAJ semakin menyinar setelah memenangi 3 petandingan kawad kaki pada tahun 2019 serta 2 orang pelajar mereka memperoleh pangkat pegawai waran 1 kebangsaan. Kini, SAMTTAJ terus gah dan berjaya dalam pelbagai aspek termasuk akademik dan kokurikulum sehingga ke persada dunia.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Bangunan-bangunan serta kemudahan yang terdapat di sekolah ini ialah:

  1. 3 buah bangunan sekolah
  2. 3 buah blok asrama
  3. 21 buah kelas
  4. 10 buah makmal sains
  5. 3 buah bengkel kemahiran hidup
  6. sebuah pusat sumber
  7. 3 buah bilik guru
  8. sebuah dewan besar
  9. sebuah dewan seminar
  10. 2 buah dewan makan
  11. sebuah kantin sekolah
  12. sebuah koperasi asrama
  13. 2 buah surau asrama
  14. 3 buah pondok pengawal
  15. sebuah gelanggang FUTSAL
  16. sebuah padang sekolah
  17. sebuah gelanggang bola tampar
  18. sebuah gelanggang bola jaring

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Sejak ditubuhkan, SAMTTAJ telah diterajui oleh beberapa orang pengetua iaitu:

  • 1983-1986: Ustaz Haji Mohd. Adanan B. Isman
  • 1989-1993: Ustaz Haji Mohd. Yunus B. Abdul Hamid
  • 1993-1996: Ustaz Haji Samsuddin B. Sidek
  • 1996-1997: Ustaz Haji Salbini B. Haji Ismail
  • 1997-1998: Ustaz Haji Muzir bin Haji Arshad
  • 1999-2004: Ustaz Ahmad Bustamam B. Haji Abdul Latiff
  • 2004-2007: Ustazah Hjh. Siti Mureseh Bt. Md. Yatim
  • 2008-2011: Puan Asmawati Bt. Ahmad Ishak
  • 2011-2014: Puan Ramlah Bt. Mahmood
  • 2014-2018: Tn. Hj. Hashim Fahmi b. Hj.Ahmad Shauki
  • 2018-2019 :Tuan Nurul Amali bin Hj. Mohd Shamsudin
  • 2019- 25 Mac 2023 : Tn. Hj. Hashim Fahmi b. Hj. Ahmad Shauki
  • 2023- kini: Tn. Hj. Muhammad Noor bin Ismail

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
Jalan Cahaya 11/7 ,Seksyen 11
Selangor,  Malaysia
Telefon = +60355102505
Fax = +60355102506

Rujukan[sunting | sunting sumber]