Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah
Jenis Sekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BFT1002
Lokasi  Malaysia Sungai ManggisBANTING, Selangor, Malaysia
Telefon 60331872396
Faks 60331878675


Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah atau nama ringkasnya SAMT Tengku Ampuan Rahimah, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Sungai Manggis.

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah memiliki 443 pelajar lelaki dan 500 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 943 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR) ialah sebuah sekolah menengah agama di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Semasa ditubuhkan pada tahun 1980-an, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Rendah Sungai Manggis. Guru Besarnya yang pertama ialah Ustaz Amir Nasihon. Beliau banyak berusaha memajukan sekolah ini dengan niat yang tulus ikhlas demi memajukan anak-anak melayu mendalami ilmu agama dan akademik. Antara guru yang awal di sekolah ini ialah: Cikgu Buang Bin Sarpon, Cikgu Ramadzhan, Ustaz Salbini Ismail, Ustazah Suriani, Ustazah Zainah, Ustazah Juliah dan Cikgu Sulaiman Karli(sekarang Dato'), Cikgu Zaleha Tohid, Cikgu Masiah Alias.

Pakaian pelajar sekolah ini sewaktu 1980-an dahulu ialah Baju Putih berseluar Hitam, manakala 1983 ditukar kepada baju Warna Hijau dan seluar Hitam. Pakaian ini membezakan para pelajar sekolah agama dengan para pelajar aliran biasa.

Pada tahun 1983 sekumpulan pelajar sekolah ini menjadi antara kumpulan pertama belajar ke peringkat menengah tinggi di sekolah baru iaitu Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Seksyen 11 Shah Alam.

Sekarang sekolah ini mengalami perubahan yang ketara hasil daripada usaha dan doa guru-guru. Pengetua SAMTTAR kini ialah Tuan Haji Mohd Zaki Bin Rajikin yang amat prihatin akan perkembangan pelajaran murid-murid. Keputusan PMR tahun 2006 menunjukkan kenaikan yang amat membanggakan iaitu seramai 13 orang mendapat 9A. Pada tahun 2007, SAMTTAR telah menjadi anggota sekolah kementerian iaitu menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah
Sungai Manggis
Selangor, Malaysia
Telefon = 60331872396
Fax = 60331878675

Pautan luar[sunting | sunting sumber]