Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu
Ditubuhkan 4 Julai 2004 (10 tahun)
Jenis Sekolah integrasi, Sekolah kerajaan
Kod sekolah KRA4001
Lokasi  Malaysia Bandar Bukit Kayu Hitam06050, Bukit Kayu Hitam,, [Kedah Darul Aman, Malaysia
Telefon 6049222701
Faks 6049222707


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu atau nama ringkasnya SBPI Kubang Pasu, merupakan sebuah Sekolah integrasi yang terletak di Bandar Bukit Kayu Hitam.

Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu memiliki 238 pelajar lelaki dan 264 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 502 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (i-KUPs) adalah sekolah berasrama penuh yang ke-54 dan SBP Integrasi yang ke-12 di Malaysia. Sekolah ini berada dalam daerah Kubang Pasu di Bukit Kayu Hitam, Kedah terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand.

Selari dengan matlamat sekolah berasrama penuh, i-KUPs menawarkan sistem pendidikan yang terbaik dan berkualiti kepada para pelajarnya. Program-program pendidikan i-KUPs disusun rapi dengan menggabungkan aspek kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum secara bersepadu. Pada Februari 2011, i-KUPs telah dianugerahkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 2 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama asal sekolah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kubang Pasu sebelum ia dinaiktarafkan oleh KPM kepada SBPI Kubang Pasu.

SBPI Kubang Pasu menerima kemasukan pelajar kumpulan pertama seramai 73 orang pelajar tingkatan satu pada 4 Julai 2004 (10 tahun). Sehingga ke hari ini, bilangan pelajarnya semakin bertambah sehingga mencapai ke angka 600 orang di bawah bimbingan hampir 60 orang guru. Prasarana sekolah juga telah dilengkapkan dari semasa ke semasa untuk kegunaan dan keselesaan seluruh warga sekolah. Selain blok akademik dan blok pentadbiran, i-KUPs dilengkapi dengan dewan besar (Dewan al-Ghazali) yang mampu memuatkan seramai 1,000 orang pada satu-satu masa. Surau yang dikenali dengan nama "Musolla Jannatun Naim" pula boleh memuatkan seramai 800 orang pada satu-satu masa, dengan penginapan pelajar putera dan puteri yang mampu memuatkan seramai 800 orang penghuni. Asrama putera dikenali dengan nama "Asrama al-Syafii" manakala asrama puteri pula sebagai "Asrama Rabiatul Adawiyah". Mengambil nama para sahabat Nabi Muhammad s.a.w, para pelajar dibahagikan kepada empat rumah : Sayidina Abu Bakar (Merah),Sayidina Umar (Biru), Sayidina Othman (Hijau) dan Sayidina Ali (Kuning). Sistem rumah ini dipantau oleh guru-guru rumah yang turut menjadi mentor kepada kumpulan pelajar mengikut kamar masing-masing. i-KUPs juga dilengkapi dengan gelanggang bola keranjang, padang bola sepak, gelanggang sepak takraw, dataran (untuk permainan futsal)selain stesen kesihatan terbuka untuk riadah pelajar.

Pengetua pertama di sekolah ini ialah Puan Hajjah Rubiyah binti Haron. Beliau lebih dikenali sebagai 'ummi' oleh seluruh warga di bumi SBPIKP ini. Beliau banyak berjasa dalam pembangunan akademik, sahsiah, rohani, dan jasmani. Beliau bersara pada tanggal 31 Disember 2008. Jawatan Pengetua kini disandang oleh Encik Baharudin bin Osman. Beliau merupakan pengetua yang kedua menjejakkan kaki dan mentadbir sekolah ini. Beliau lebih mesra dipanggil sebagai 'ayahanda' oleh semua pelajar di sini.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu
Bandar Bukit Kayu Hitam
06050, Bukit Kayu Hitam
Kedah, Malaysia
Telefon = 6049222701
Fax = 6049222707


Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Moto

Cemerlang, gemilang, terbilang

Visi

SBPI Kubang Pasu menjana insan syumul menjelang 2015 ke arah menzahirkan pemimpin yang bertaraf dunia

Misi
  1. Merealisasikan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
  2. Membentuk sahsiah pelajar dengan sifat-sifat mahmudah.
  3. Mendidik pelajar mengamalkan kepimpinan cemerlang.
  4. Membudayakan sikap penyayang dan prihatin serta cinta akan sekolah dalam memperkasakan slogan 'SBPI KUBANG PASU BOLEH'.
  5. Melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang dapat memberi sumbangan terhadap agama, bangsa dan negara.
  6. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk semua warga sekolah.
  7. Membudayakan etika kerja yang cemerlang, berhemah, beriltizam dan amanah dalam suasana mesra dengan semua pihak.
Suluh kata
  • S  : Syukur
  • B  : Berketerampilan
  • P  : Positif
  • I  : Intelektual
  • K  : Kreatif
  • P  : Prihatin
Ikrar

"Bahawa dengan sesungguhnya kami, pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, berikrar dan berjanji akan menjayakan visi dan misi sekolah berpaksikan kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan, kepatuhan kepada guru-guru dan ibu bapa, penghayatan dan pengamalan sifat-sifat mahmudah serta nilai-nilai murni sejagat, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara"

Lagu sekolah

Lagu sekolah liriknya dicipta oleh Ariffin bin Salleh manakala lagu oleh Md. Nazri bin Ramli.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Tarikh Mula Dibina  : 13 Januari 2003

Keluasan  : 64 ekar

Kos  : RM 37 juta

Kontraktor Utama  : Bumita Sdn. Bhd.

  • 16 Mei 2004: Pn. Hjh. Rubiyah bt Haron dilantik sebagai Pengetua SBPI Kubang Pasu yang pertama.
  • Jun 2004: SBPI Kubang Pasu siap dibina dan Majlis Penyerahan Kunci diadakan di antara BUMITA Sdn. Bhd. kepada Ketua Sektor Pembangunan, JPN dan Pengetua.
  • 1 Jun 2004: Guru-guru perintis SBPI Kubang Pasu telah melapor diri pada tarikh tersebut iaitu Puan Rosmini bt. Abdullah, Puan Rosmawati bt Bokhari dan En. Mohd. Shahiruakmal b. Ahmad.
  • 4 Julai 2004: Sekolah ini mula beroperasi dengan pengambilan pertama seramai 73 orang iaitu pelajar tingkatan satu.
  • 18 Julai 2004: Lawatan Allahyarham Tan Sri Rafie bin Mahat, KPPM. Turut serta dalam lawatan ini ialah Dato' Hj. Dangiran b. Hj. Mustapa, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia dan Datuk Abdul Rahman b. Yop, Pengarah Pelajaran Kedah pada masa tersebut.
  • 30 Ogos 2004: Mendapat sijil Menduduki Bangunan yang telah diluluskan pada 12 November 2003. Projek di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]