Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol
Moto Ilmu Memantapkan Iman
Jenis Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kerajaan
Pengetua Puan Hajah Zainun binti Abdullah
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Siti Nor binti Musa
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Md Baharuddin bin Mahani
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Mohd Faid bin Jimin
Kod sekolah NRA 6001
Lokasi Batu KikirJempol, Negeri SembilanNegeri Sembilan Darul Khusus,  Malaysia
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 - Tingkatan 5
Nama singkatan INTEJ, SBPIJ
Laman web http://www.sbpij.edu.my


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol ( INTEJ ) merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Sekolah ini terletak di pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sekolah ini terletak di sempadan antara daerah Jempol dengan Kuala Pilah. Bahau ialah bandar terdekat dengan sekolah ini. Sekolah ini merupakan antara sekolah menengah terbaik di Negeri Sembilan. Sekolah ini telah mendapat status sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Pada tanggal 18 September 2013, INTEJ telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol mula dibuka pada 7 Januari 2002. Pada peringkat awal, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol (SMKAJ) sebelum menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Jempol (SMAPJ). Kemudian, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) pada 3 Disember 2003.

Sekolah ini pada mulanya menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (SMKBK) selama hampir 7 bulan sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang. Sebelum kedatangan Puan Pengetua, Puan Rubiyah Harun pada 16 Mac 2002, tugas pengetua dipangku oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajjah Zabidah binti Haji Lasim. Bilangan guru pada ketika itu hanyalah seramai 16 orang dan seorang kakitangan sekolah. Bilangan pelajar tingkatan satu yang mendaftar adalah seramai 150 orang dan tingkatan empat seramai 29 orang.

Pada 8 Julai 2002, INTEJ telah berpindah ke bangunan rasmi sekolah yang terletak kira-kira 0.5 kilometer daripada SMKBK dengan keluasan kira-kira 48 ekar persegi dan dilengkapi kemudahan-kemudahan moden yang serba canggih bagi membolehkan para pelajar belajar dengan selesa dalam suasana kondusif.

Pada tahun 2003, bermula dari 8 Januari sehinggalah ke bulan Julai, seramai 188 pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu dan empat mendaftar secara berperingkat-peringkat di sekolah ini. Sehingga akhir Oktober, jumlah keseluruhan pelajar INTEJ adalah seramai 367 orang dan kakitangan akademik pula seramai 54 orang manakala kakitangan sekolah seramai 12 orang. Pada tahun 2003, dua aliran ditawarkan untuk pelajar tingkatan empat iaitu Sains Agama dan Sains Tulen.

Kini, bilangan pelajar di INTEJ telah bertambah sehingga lebih kurang 530 orang dan dibarisi seramai 58 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Bertepatan dengan nama Integrasi yang telah diberikan, sekolah ini juga telah memperkenalkan tiga aliran yang boleh dipilih oleh pelajar peringkat menengah atas iaitu aliran Sains Agama, Sains Tulen dan Sains Teknikal.

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.


Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.


Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Tersergam megah namamu di persada,
Menjadi lambang kebanggaan semua,
Kita cemerlang, gemilang dan terbilang,
Di mata dunia.

Harapan semua tak kami persia,
Berbakti demi nusa bangsa,
Tabah gagah mendukung cita-cita,
SBPIJ berjaya.

Di sini kami sematkan ikrar murni,
Sedia berkorban demi ibu pertiwi,
Semua cabaran rela diharungi,
Teguh berbakti.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Tahun Sebab Berhenti
1 Puan Hajah Rubiyah binti Haron 2002 - 2004 Menjadi pengetua di SBP Integrasi Kubang Pasu
2 Puan Hajah Rashidah binti Md Arif 2004 - 2007 Menjadi pengetua di Sekolah Seri Puteri
3 Puan Hajah Zainun binti Abdullah 2007 - kini


Sistem Rumah[sunting | sunting sumber]

Seperi SBP lain, INTEJ juga menggunakan sistem rumah sukan. Antaranya ialah :

  • Tariq bin Ziyad (merah)
  • Hamzah bin Abdul Mutalib (hijau)
  • Usamah bin Zaid (kuning)
  • Khalid Al-Walid (biru)


Sistem Kelas[sunting | sunting sumber]

  • Abu Bakar as-Siddiq (AB) 2
  • Umar al-Khattab (UK) 2
  • Uthman Affan (UA) 2
  • Ali Abi Talib (AA) 1 3
  • Umar Abdul Aziz (UAZ) 1 3
  • Harun ar-Rashid (HR) 1 4

1Tidak wujud untuk kelas-kelas menengah rendah
2Aliran Sains Tulen Agama
3Aliran Sains Tulen
4Aliran Sains Teknikal


Tiga Pakej Aliran Menengah Atas[sunting | sunting sumber]

Aliran Sains Tulen Agama[sunting | sunting sumber]

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Matematik Tambahan
  5. Sejarah
  6. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  7. Pendidikan Syariah Islamiah
  8. Bahasa Arab
  9. Fizik
  10. Kimia
  11. Biologi

Aliran Sains Tulen[sunting | sunting sumber]

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Matematik Tambahan
  5. Sejarah
  6. Pendidikan Agama Islam
  7. Fizik
  8. Kimia
  9. Biologi
  10. Prinsip Perakaunan (pilihan)

Aliran Sains Teknikal[sunting | sunting sumber]

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Matematik Tambahan
  5. Sejarah
  6. Pendidikan Agama Islam
  7. Fizik
  8. Kimia
  9. Teknologi Kejuruteraan
  10. Lukisan Kejuruteraan


Asrama[sunting | sunting sumber]

Asrama putera atau lebih dikenali sebagai Aspura As-Syafie adalah kediaman pelajar lelaki di sekolah. Asrama puteri dikenali sebagai Aspuri Rabiatul Adawiah adalah kediaman bagi pelajar perempuan. Asrama ini mempunyai 20 buah dorm mengikut rumah sukan, dua bilik Majlis Tertinggi Pelajar, bilik warden, bilik bacaan, bilik rehat dan bilik air. Setiap rumah sukan mempunyai 5 buah dorm.

  • Aras 1 = Bilik Warden, Bilik Majlis Tertinggi Pelajar 1, Bilik Majlis Tertinggi Pelajar 2, Tariq 1, Tariq 2, Tariq 3, Tariq 4, Hamzah 1, Tariq 5 dan tiga buah bilik air.
  • Aras 2 = Bilik bacaan, bilik rehat, Usamah 1, Usamah 2, Hamzah 4, Hamzah 5, Hamzah 2, Hamzah 3 dan empat buah bilik air.
  • Aras 3 = Khalid 4, Khalid 5, Usamah 3, Usamah 4, Usamah 5, Khalid 1, Khalid 2, Khalid 3 dan empat buah bilik air.


Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia[sunting | sunting sumber]

Batch Tahun GPK Ranking SBP
0408 2008 2.2480 30
0509 2009 1.5526 13
0610 2010 1.5429 13
0711 2011 1.6416 24
0812 2012 1.9714 37


Kebitaraan Sekolah[sunting | sunting sumber]

INTEJ telah mendapat status Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Terdapat dua kebitaraan yang terdapat InteJ iaitu Fizik dan Catur. Banyak aktiviti kebitaraan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah untuk memperkasakan bidang tersebut.

Bagi Kebitaraan Fizik, antara aktiviti yang telah dianjurkan adalah :

  • Lawatan ke Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor
  • Lawatan pengantarabangsaan ke luar negara
  • Seminar Star Gazing
  • Bengkel Solar Car


Bagi Kebitaraan Catur, antara aktiviti yang telah dianjurkan adalah :

  • Bengkel Asas Catur
  • Pertandingan Catur jemputan kebangsaan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]