Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
| Moto | Membentuk Generasi Pemimpin |
|---|---|
| Jenis | Sekolah integrasi, Sekolah kerajaan |
| Pengetua | Tuan Haji Awang Muhd Zaid B. Mat Zin |
| Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | Pn. Azizah bt. Mohd Adenan |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Jasmani b. Yusof |
| Penolong Kanan Kokurikulum | En. Izalludin B. Muhd Nor |
| Pengerusi PIBG | Prof Dr.Mohamed Fauzi bin Abd Rani |
| Kod sekolah | CRA4001 |
| Lokasi | |
| Telefon | 6095733994 |
| Faks | 6095736993 |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan merupakan sebuah Sekolah integrasi yang terletak di Bandar Indera Mahkota.
Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan memiliki 250 pelajar lelaki dan 270 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 520 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2012
Isi kandungan |
[sunting] Misi sekolah
Menjelang tahun 2013, SBP Integrasi Kuantan akan menjadi salah sebuah sekolah yang terbaik di Pahang dan Malaysia dalam semua bidang.
[sunting] Pentadbiran
- Pengetua : Tuan Haji Awang Muhd Zaid B. Mat Zin
- GPK Pentadbiran : Pn. Azizah bt. Mohd Adenan
- GPK Hal Ehwal Pelajar : En. Jasmani b. Yusof
- GPK Kokurikulum : En. Izalludin B. Muhd Nor
[sunting] Kelas
- Tingkatan 1 ,2 & 3 : Aktuari, Anatomi, Astronomi
- Tingkatan 4 & 5 sains tulen : Archimedes, Einstein
- Tingkatan 4 & 5 sains tulen agama : Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Ibnu Hazim
- Tingkatan 4 & 5 sains teknikal : Galileo (Al-Khawarizmi)
[sunting] Sejarah
SBP Integrasi Kuantan, atau nama ringkasnya INTEK telah dimulakan pembinaannya pada awal 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir 2002. Ianya mula beroperasi pada 04 Ogos 2003 dengan seramai 100 pelajar Tingkatan 1, manakala seramai 80 pelajar Tingkatan 4 telah mendaftarkan diri awal tahun 2004. Pada tahun 2005, batch pertama tadi telah mengambil peperiksaan SPM dan PMR pertama di INTEK.
[sunting] Kebitaraan
Bahasa Melayu PMR dan SPM
Kimia SPM
Ragbi
Golf
[sunting] Pentadbiran awal INTEK
Pengetua pertama INTEK ialah Encik Salleh bin Wan Daud A.M.N. Beliau berasal dari negeri Kelantan telah mentadbir INTEK dari Ogos 2003 hingga 2005.
Biodata beliau: Dilahirkan pada 25 November 1951 di Kota Bharu, Kelantan Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu (1-3), Special Malay School (4-6), Sekolah Menengah Kota Bahru, Maktab Sultan Ismail (Tingkatan 6). Beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Bahasa Melayu.
Pernah berkhidmat di :
Sekolah Menengah Seri Nerang, Besut Terengganu.
Sekolah Menengah Mahmud Mahyidin, Kota Bharu.
Sekolah Menengah Jengka 2 dan Jengka 8.
Sekolah Menengah Dato Bahaman Lanchang Pahang.
Mula berkhidmat di SBPI Kuantan(INTEK) pada 16 Jun 2003. Menjawat jawatan Pengarah Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu pada 22 Jun 2005.
[sunting] Apa itu SBPI? (What is Integration Boarding School?)
SBP adalah ringkasan yang digunakan di Malaysia merujuk kepada Sekolah Berasrama Penuh. SBP merupakan sekolah tanggungan penuh Kerajaan Malaysia dan semua pelajar yang dipilih khas hendaklah tinggal di asrama dengan kawalan warden bertugas diluar waktu rasmi sekolah.
SBPI pula mempunyai integrasi dari segi aliran yang boleh ditentukan oleh pihak Bahagian Sekolah Berasrama Penuh & Kluster Kecemerlangan, iaitu Aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Tulen Teknikal. Pelajar di menengah rendah pula wajib mengambil mata pelajaran Bahasa Arab.
[sunting] Mata Pelajaran Menengah Atas SBPI
1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Pendidikan Islam (kec. aliran agama)
4) Matematik
5) Sejarah
6) Matematik Tambahan
7) Fizik
8) Kimia
9) Biologi (kec. aliran teknikal)
10) Bahasa Arab Tinggi (aliran agama shj.)
11) Pend. Quran Sunnah (aliran agama shj.)
12) Pend. Syariah Islamiah (aliran agama shj.)
13) Lukisan Kejuruteraan (aliran teknikal shj.)
14) Teknologi Kejuteraan (aliran teknikal shj.)
[sunting] Mata Pelajaran Menengah Rendah
1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Bahasa Arab
4) Sains
5) Matematik
6) Sejarah
7) Geografi
8) Pendidikan Islam
9) Kem. Hidup (1 @ 2)
[sunting] Alamat
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
- Bandar Indera Mahkota
- 25200, Kuantan
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6095733994
- Fax = 6095736993