Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak
Koordinat: 3°34′U 103°23′T / 3.567°U 103.383°T
| Moto | Beyond Success |
|---|---|
| Ditubuhkan | 4 Ogos 2003 |
| Jenis | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan |
| Pengetua | Tuan Haji Azhari bin Tauhid |
| Kod sekolah | CRA5001 |
| Lokasi | |
| Telefon | 6094101010 |
| Faks | 6094101030 |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (Inggeris: Tun Abdul Razak Integrated Boarding School, Singkatan: InSTAR) merupakan salah sebuah dari 54 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Sekolah ini terletak di Pulau Serai, Pekan, Pahang. Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak memiliki 197 pelajar lelaki dan 228 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 425 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.(Petikan rujukan diperlukan)
Keluasan tapak sekolah ini ialah 38 ekar yang terletak dalam kawasan DUN Peramu Jaya, Parlimen Pekan, kira-kira 15km dari bandar Pekan dan 35km dari bandar Kuantan.
Moto sekolah ini ialah Beyond Success dan visi sekolah ialah Pendidikan Sepanjang Hayat.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
InSTAR telah dibuka pada 4 Ogos 2003 dengan nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan (SBPIP) hanya dihuni oleh para pelajar Tingkatan Satu yang diambil dari sekolah-sekolah sekitar Pahang yang berkelayakan. Pengambilan para pelajar Tingkatan Empat pertama dimulakan pada tahun 2004.
Pada 23 Mei 2010, nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan telah ditukar secara rasmi kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak dengan nama singkatan InSTAR (Intergrated Boarding School of Tun Abdul Razak). Sejak itu InSTAR terus berkembang dan kini telah mencapai muatan maksimum dengan enrolmen 560 orang pelajar, 62 orang guru dan 20 orang kakitangan sokongan.
[sunting] Sistem akademik
Seperti Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Integrasi di Malaysia yang lain, InSTAR mewajibkan para pelajar menengah rendah mengambil sembilan (9) mata pelajaran bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) termasuk subjek Bahasa Arab Komunikasi. Bagi para pelajar menengah tinggi, mereka ditawarkan untuk meneruskan pembelajaran dalam salah satu aliran yang ditawarkan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu:
1. Sains Tulen menawarkan 9 subjek untuk SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Pendidikan Agama Islam.
2. Sains Tulen Agama menawarkan 11 subjek untuk SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Quran dan Sunnah Pendidikan Syariah Islamiyah.
3. Sains Teknikal menawarkan 10 subjek untuk SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan Teknik Kejuruteraan.
Bahasa antarabangsa yang diperkenalkan di sekolah ini ialah Bahasa Arab, Bahasa Perancis dan Bahasa Mandarin. Sekolah ini juga terlibat dalam program BCCC iaitu salah satu dari program pengantarabangsaan sekolah.
[sunting] Senarai pengetua
Sejak beroperasi pada 4 Ogos 2003, InSTAR telah diterajui oleh tiga orang pengetua seperti berikut:
| Bil | Nama | Tahun Khidmat |
|---|---|---|
| 1 | Tuan Haji Abas bin Abdul Rahman, AMP | 2003-2006 |
| 2 | Tuan Haji Mokhtar bin Abdullah, AMP, AMN, PKC | 2006-2008 |
| 3 | Tuan Haji Azhari bin Tauhid, SMP | 2008-2011 |
| 4 | Puan Lailatun Zalaliah bt Hussain | 1hb Okt 2011- |
Tuan Haji Azhari bin Tauhid telah menerajui InSTAR sejak 16 April 2008. Dalam Rancangan Jangka Panjang 2010-2015, Visi sekolah ini telah diubah kepada "Menjadi Sekolah Berkesan Yang Bertaraf Dunia" yang disesuaikan dengan Visi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan iaitu "Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia". Salah satu agenda terhadap pencapaian visi ini ialah pengemblengan seluruh tenaga ke arah pencapaian taraf "Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)". Enam annex yang ditetapkan dalam SBT cuba dicapai melalui program-program dalam rancangan jangka panjang tersebut yang diperhalusi dalam rancangan jangka pendek tahunan. Slogan 2011 "We come, We win, We lead" direalisasikan dalam pelbagai kejayaan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dalam pelbagai bidang terutamanya inovasi sains. Pada 1 Okt 2011, Tuan Haji Azhari telah ditukarkan ke SEMSAS dan kini InSTAR diterajui oleh Pn. Lailatun Zalaliah bt Hussain.
[sunting] Pencapaian
- 16 Februari 2011: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan InSTAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).[1]
- 12 September 2011: Menerima Anugerah Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
[sunting] Lagu sekolah
Lagu sekolah InSTAR masih lagi menggunakan lagu lama SBPIP.(Petikan rujukan diperlukan)
SBPI... Pekan berwawasan
Bersama azam jalin keilmuan
Di sini kami berjuang berusaha
Tekun penuh cekal waspada
We strive for excellence to be successful
Discipline, commited is our ethics
It visualizes the true colour of us
To respect our teachers
Visinya pendidikan sepanjang hayat
Demi agama, bangsa dan negara
Rohani yang kuat bersama ik'tikad
Kejayaan semua
( Arabic version)
We survive and struggle for the great
With the challenge the success's ours
Begin with the... spirit of excellence
Aim towards the great nation
Bersatu... berganding bahu
Generasi gemilang
Begin with the... spirit of excellence
Aim towards the great nation
Mari kita... terus mara
Usaha jaya
BEYOND SUCCESS
[sunting] Ikrar pelajar
We, the students of Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak,
pledge to,
Strive for excellence,
Be well-disciplined,
Always respect teachers,
Cleanliness is our way of life,
Well-mannered we will always be,
Pursue knowledge,
Live life harmoniously.
[sunting] Logo
-
SBPIP new.jpg
|Logo lama SBPIP (2007-2010)
[sunting] Alamat
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak
- Pulau Serai
- 26600, Pekan
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6094101010
- Fax = 6094101030