Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam
Lokasi
Kampung Sungai Apong, Sungai Air Tawar, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh
MotoIlmu, Iman, Istiqamah
DitubuhkanTahun 2002/1423H
Nombor sekolah0332138348
Kod sekolahBRA6001[1]
Pengerusi PIBGAhmad Syukri bin Abdul Ghani
PengetuaPuan Faridah binti Husin
SloganIntesaber, Together We Strike, Empowering Excellence
GPK Pentadbiran dan AkademikTuan Haji Idris Bin Napiah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Kamal Bin Mamat
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohamad Khairuddin Bin Jajuli
Faks0332138346
Laman sesawang


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (Jawi: سكوله براسراما ڤنوه اينتڬراسي سابق برنم) atau nama ringkasnya SBPI Sabak Bernam dan lebih dikenali sebagai INTESABER merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terletak di Kampung Sungai Apong.

Pada 2016, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam memiliki 218 pelajar lelaki dan 225 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 443 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2016

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam terletak kira-kira 27 kilometer dari pekan Sungai Besar dalam daerah Sabak Bernam. Kawasan sekolah ini seluas 40 ekar iaitu 32 ekar kawasan berpagar dan seluas lapan ekar tidak berpagar. Sekolah ini mula dibina pada bulan Julai tahun 2000 dan siap dibina pada bulan Julai 2002 dengan kos sebanyak RM 36 juta.

Sekolah ini mula beroperasi pada 8 Julai 2002 dengan pengambilan pelajar pertama iaitu pelajar tingkatan satu seramai 76 orang. Pada ketika itu jumlah gurunya seramai 15 orang. Puan Hajah Nahyah binti Atok adalah pengetua pertama sekolah ini. Encik Jaafar bin Rajuli sebagai Penolong Kanan, manakala Ustaz Ahmadi bin Abas menyandang jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Pada peringkat awal, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sabak Bernam. Oleh itu, pengambilan pelajar sulung sekolah ini dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS / JAPIM). Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada anak-anak negeri Selangor. Kemudian, pengurusan sekolah ini diambil alih oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selaras dengan perubahan pengurusan, sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Sabak Bernam (SEMERBAK) dan kemudiannya bertukar kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (SBPI Sabak Bernam). Pengambilan pelajar seterusnya terbuka kepada negeri-negeri lain seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Pahang.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam menawarkan dua aliran mata pelajaran. Aliran tersebut ialah aliran Sains Tulen Agama dan Sains Tulen. Manakala Sains Teknikal tidak ditawarkan bermula tahun 2016. Pengambilan pertama pelajar tingkatan empat pada tahun 2003 menawarkan dua aliran sahaja iaitu aliran Sains Agama (1 kelas) dan aliran Sains Tulen (2 kelas). Sehingga bulan Oktober 2003, sekolah ini mempunyai pelajar seramai 316 orang iaitu 115 orang pelajar tingkatan satu, 122 orang pelajar tingkatan dua dan 79 orang pelajar tingkatan empat. Latar belakang ibubapa, penjaga pelajar di sekolah ini terdiri dari pelbagai status ekonomi, sama ada bekerja sendiri, sektor swasta dan kakitangan awam. Kini Intesaber berkembang dengan pesat. Tenaga pengajarnya terdiri daripada 57 orang guru, 15 orang staf sokongan dan 544 orang pelajar.

Infrastruktur Sekolah[sunting | sunting sumber]

Susun atur bangunan-bangunan di sekolah ini terbahagi kepada empat zon utama iaitu zon pentadbiran, zon akademik, zon kediaman dan zon rekreasi serta gelanggang permainan.

Zon pentadbiran mengandungi satu blok bangunan tiga tingkat dan sebuah dewan besar yang bernama Dewan Ibnu Khaldun. Zon akademik terdiri daripada dua blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 36 bilik darjah, dua dewan peperiksaan (Dewan Ibnu Rusyd dan Dewan Ibnu Sina), enam unit makmal, tiga unit bengkel, sebuah kantin dan sebuah surau (Surau As-Syakirin).

Zon kediaman mengandungi dua blok asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan (Villa D' Putera dan Villa D' Puteri), sebuah kiosk, 16 unit kuarters untuk guru dan kakitangan sekolah, empat unit rumah untuk pentadbir sekolah, satu blok dewan makan lelaki dan perempuan (Cafe D' Ria) dan taman permainan.

Zon rekreasi dan gelanggang permainan mengandungi sebuah padang bola sepak, sebuah pavilion (Astaka Gemilang), sebuah padang hoki, gelanggang bola jaring, sepak takraw dan bola tampar serta dua buah gelanggang bola keranjang, dua buah pondok kawalan keselamatan, sebuah garaj bas, kereta dan motosikal. Kini sekolah ini juga mempunyai sebuah tapak perkhemahan yang boleh memuatkan lebih 300 peserta dalam satu masa.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

PEWARIS BUDAYA ILMU.

SBPI Sabak Bernam,
Pewaris budaya ilmu,
Ilmu, Iman, Istiqamah,
Teras juang warganya..

SBPI Sabak Bernam,
Mutiara di lautan maju,
Menjunjung hasrat mulia,
Terbilang di dunia

Kamilah warganya,
Berikrar, bersetia,
Berusaha menggapai jaya,

Kamilah warganya,
Berusaha dan berbakti,
Untuk ibu pertiwi

SBPI Sabak Bernam,
Mutiara di lautan maju,
Menjunjung hasrat mulia,
Cemerlang di dunia
Gemilang di dunia
Terbilang di dunia

Lirik: Tuan Haji Rizuan Bin Atan (Guru Cemerlang BM Gred Khas JUSA C)

Pengetua SBPI Sabak Bernam[sunting | sunting sumber]

1. Puan Hajah Nahyah Binti Atok
2. Encik Halim Bin Mansor
3. Tuan Haji Shaharudin Bin Haji Mydin
4. Encik Abdul Malek bin Haron
5. Puan Hajah Azizah Binti Mohd Adenan
6. Puan Faridah binti Husin

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam
45100 Sungai Air Tawar
Selangor, Malaysia
Telefon : 0332138348
Fax : 0332138346

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]