Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (SISME)
Moto "Cemerlang Berwawasan"
Ditubuhkan 1 Ogos 2003
Dirasmikan 2012
Jenis Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ; Sekolah berprestasi tinggi (SBT)
Pengetua Encik Karim bin Bayok [1]
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tuan Haji Sharif bin Ebok
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Ramli bin Abdullah
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Ismail bin Ahmad
Pengerusi PIBG Tuan Haji Abdul Haleem bin Abdul Wahab
Ketua Pelajar Muhammad Zaid bin Termizi
Kod sekolah MRA 1001
Lokasi SelandarJasin, Melaka, Malaysia
Kemasukan Pelajar 6++ pelajar
Nama singkatan SBPIS / SISME
Laman web Blog
Page Facebook
Telefon (+6)06-4462363
Faks (+6)06-4462959

"Disini Lahirnya Pemimpin"


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (dikenali sebagai SBPIS dan SISME) adalah merupakan satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan salah satu daripada dua buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Sekolah ini menawarkan aliran pengajian Sains Tulen, Sains Agama dan Sains Teknikal.

Penubuhannya adalah antara 66 sekolah berasrama penuh sedia ada di bawah pengurusan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat penubuhannya selaras dengan dasar SBP yang bertujuan melahirkan bakal pemimpin yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara Malaysia.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar atau lebih dikenali sebagai SISME (SBP Integrasi Selandar MElaka) yang terletak di daerah Jasin, Melaka merupakan salah sebuah dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2003 apabila 84 pelajar Tingkatan 1 generasi pertama telah mendaftarkan diri mereka di SISMe berdasarkan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan UPSR.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai:

  • Sebuah Blok Pentadbiran,
  • Lima Buah Blok Akademik,
  • Dewan Gemilang,
  • Villa Putera dan Villa Puteri,
  • Surau Al-Karim,
  • Dewan Santapan,
  • Kantin,
  • Kediaman Pengetua,
  • Kuaters Guru,
  • Gazebo Sistem Rumah SBP,
  • Astaka
  • Gelanggang Bola Keranjang,
  • Gelanggang Pelbagai Guna,
  • Gelanggang Badminton,
  • Gelanggang Tenis,
  • Padang Pentanque,
  • Padang Ragbi dan Bola Sepak,
  • Padang Memanah.

Selain itu, SISMe juga terletak di atas tapak seluas 21 hektar yang sangat sesuai sebagai sebuah institusi pendidikan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Jawatan
1. Encik Karim bin Bayok (2003) Pengetua
2. Tuan Haji Sharif bin Ebok (2003) Penolong Kanan Akademik
3. Encik Ramli bin Abdullah (2010) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Encik Ismail bin Ahmad (2011) Penolong Kanan Kokurikulum
5. Puan Norlian binti Salim (2010) GKMP Bahasa
6. Puan Kamsiah binti Sidin (2008) GKMP Sains & Matematik
7. En Shahrul Azha b Mohd Sharif (2012) GKMP Kemanusiaan
8. Tuan Haji Zulkifly bin Thahir (2007) GKMP Teknik & Vokasional. 9. En Ruzzalan bin Che Soh) GKMP Pendidikan Islam

Pengetua SBPIS yang pertama ialah En. Karim bin Bayok yang mula menjalankan khidmat beliau sejak tertubuhnya sekolah ini sehingga sekarang. Beliau dibantu oleh Tn. Hj Sharif bin Ebok yang merupakan Penolong Kanan 1 (Akademik) dan Tn. Hj.Baharudin b. Husin sebagai Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) tetapi beliau telah bertukar ke SMS Sains Rembau dan diganti oleh En. Ramli bin Abdullah manakala En. Husin bin Abd Rahman sebagai Penolong Kanan ( Kokurikulum) sebelum beliau kemudiannya diisytihar menjadi guru cemerlang dan tugasnya diganti oleh En. Kamaludin bin Niat.

Anugerah & pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 3 Kumpulan 2 Kementerian Pelajaran Malaysia 2012.
  • Calon Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 1, Kohort 2 & Kohort 3 Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2012.
  • Anugerah Sekolah Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka.
  • Anugerah Sekolah Terbaik SPM Negeri Melaka.
  • Anugerah Sekolah 5 Bintang SSQS.
  • Anugerah Lonjakkan Saujana PMR 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia (SBT)

Pencapaian akademik[sunting | sunting sumber]

Seramai 116 pelajar generasi pertama SISME telah menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2005 dan telah berjaya mendapat tempat kedua di negeri Melaka dengan gred purata 1.21 dan ini telah membanggakan SISME sebagai salah sebuah SBP yang masih berusia setahun jagung. SISME terus gemilang apabila 83 pelajar generasi kedua yang menduduki PMR pada tahun 2006 mendapat gred purata 1.22 manakala pada tahun 2007 seramai 88 pelajar PMR mendapat gred purata keseluruhan 1.26. Antara matapelajaran PMR yang cemerlang dengan gred purata 1.0 ialah Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup manakala matapelajaran Pendidikan Islam gred purata 1.05 dan sains gred purata 1.08.

Manakala bagi peperiksaan SPM, SISME terus memacu kecemerlangan apabila calon SPM pada tahun 2008 telah mencatat gred purata 2.07, yang melonjakkan SISME sebagai sekolah terbaik negeri Melaka. Setakat ini SBPI Selandar mencatatkan rekod terbaik Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 dengan gred purata 1.78 .Kejayaan yang begitu memberangsangkan ini telah menjadikan teknorat SBPI Selandar menjadi lebih bersemangat untuk bekerja keras dan terus menjulang nama SISME sejajar dengan visi SISME. “Menjadikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar antara 10 Sekolah Berasrama Penuh terbaik menjelang tahun 2015”

Pencapaian kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Kejayaan yang dikecapi bukan sahaja dari segi akademik, malah nama SBPI Selandar sering menjadi sebutan dalam bidang kokurikulum. Antara pencapaian yang membanggakan sekolah dalam sukan memanah yang telah Berjaya menjadi Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah MSSM negeri Melaka berturut-turut 2007, 2008 dan 2009. Malahan pasukan hoki SISME turut menjadi johan pada Kejohanan Liga Hoki SBP Zon yang berlangsung di Universiti Teknikal Melaka (UTeM, johan Kejohanan hoki HKSBP zon Selatan 2006. Terdapat banyak lagi kejayaan yang membanggakan telah dilakar oleh para pelajar SISME. Selain itu, beberapa orang pelajar SISME telah dipilih mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam beberapa jenis sukan . SBPI Selandar juga turut dikenali dengan kehandalan pasukan ragbinya iaitu SISME SCORPION, pasukan ini telah mencatat pelbagai kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pasukan ini telah menjadi pasukan ragbi terbaik negeri Melaka selama tiga tahun berturut-turut dan telah mendapat pengiktirafan sebagai kelab sukan paling menyerlah SISME sebanyak dua tahun dan menjadi atos sekolah yang baru. Pasukan Bola Keranjang SISME iaitu SISME FLYERS juga berjaya melakar kejayaan dalam banyak kejohanan terutamanya di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh zon Selatan (HKSBPZS). Pada HKSBP zon selatan kali ke-34 SBPI Selandar telah menjadi tuan rumah kepada kejohanan yang berprestij ini. kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan SISME FLYERS berjaya menduduki tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut. kejayaan diteruskan lagi dengan HKSBPZS ke-38 pasukan lelaki menduduki tempat kedua dan layak ke peringkat kebangsaan diikuti pada HKSBPZS ke-39 pasukan perempuan berjaya menempatkan diri di tempat ke-2 seterusnya layak ke peringkat kebangsaan di Perak.

Pencapaian antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Malahan pelajar SISME telah mengorak langkah di peringkat antarabangsa apabila mengikut program pertukaran pelajar Jenesys Programme yang dianjurkan oleh Japan International Cooperation (JICE) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009.Selain itu SISMEjuga telah menandatangani MOE bersama Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan ,Brunei dan beberapa sekolah lain di Indonesia, Singapura dan Thailand. Kejayaan demi kejayaan bakal dicipta oleh warga SISME demi merealisasikan impian sebagai salah sebuah SBP yang terbilang dari pelbagai aspek.

Lokasi sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar telah dibina di satu kawasan di Batang Melaka. Kedudukan sekolah ini yang terletak di sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan begitu sesuai dan kondusif dari segi peranannya sebagai salah sebuah SBP. Sekolah ini terletak kira-kira 8.4 kilometer dari pekan Gemencheh dan 10 kilometer dari pekan Selandar. Bangunan-bangunan sekolah terletak di kawasan tanah seluas 21 ekar, dikelilingi ladang sawit.

* Panduan ke lokasi boleh diperoleh melalui carian di Google Maps dengan kata kunci 'Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar'.

Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar Gemilang menjelang 2015

[sunting | sunting sumber]

Misi

Ke arah merealisasikan visi, kami warga SBPI Selandar akan:

Mewujudkan pengurusan yang sistematik, berkualiti serta melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum berteraskan Sains, Teknologi dan ICT di samping membina insan berketrampilan dalam memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa, Negara dan seterusnya melahirkan pelajar yang cergas serta aktif dalam kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

.

[sunting | sunting sumber]

Lencana SBPIS.png

Makna Logo

  • Buku Yang Bertingkat Terbuka: Kesepaduan aliran yang ditawarkan dalam konsep integrasi. Buku merupakan sumber ilmu perlu diletakkan ditempat sewajarnya untuk kebahagian dunia dan akhirat
  • Dua Buah Buku Menegak: Budaya membaca dan sikap sentiasa ingin mencari ilmu
  • Bulat (Bergerigi): Aliran teknikal yang ditawarkan penting untuk pembangunan negara
  • Bentuk U: Bikar merupakan peralatan asas bagi matapelajaran sains yang melambangkan visi sekolah bagi melahirkan pelajar cemerlang dalam prospek kerjaya dan tempat di IPT.

Maksud Warna

  • Biru – Bekerjasama, perpaduan, harmoni dan penyayang
  • Hijau – Keislaman dan cintakan alam semulajadi
  • Kuning – Kejayaan dan kecemerlangan
  • Putih – Kesucian, kebersihan dan keimanan
  • Hitam – Keteguhan dan ketegasan

Pencipta Logo

  • Pengetua Cemerlang SBPI Selandar: En. Karim bin Bayok

Ikrar Pelajar[sunting | sunting sumber]

Bahawasanya Kami
Pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar
Menjunjung Tinggi dan Mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukunegara
Cemerlang dan Berwawasan
Menjadi Cogan Perjuangan Hidup
Nama Baik Sekolah, Guru-guru dan Ibu Bapa, Nusa Bangsa
Sentiasa Dipupuk dan Dipelihara
Suruhan dan Larangan Agama
Tersemat di Sanubari
Yakin Kepada Kebolehan Diri Sendiri
Kami Juga Berjanji
Akan Menjadi Insan Yang Berguna
Pada Agama, Bangsa dan Negara.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Di bumi bertuah ini

SBPI Selandar

Cemerlang dan Berwawasan

Melahirkan insan gemilang

Berakhlak, Berilmu, Berbakti

Pada Ibu Pertiwi

Mendukung Wawasan Negara

Pembela Warisan Bangsa

Maju terus maju SBPI Selandar

Maju ke hadapan Cemerlang berwawasan

Lagu : Tn. Hj Sharif b. Ebok

Lirik : Kumpulan Guru SBP Selandar 2003

Moto[sunting | sunting sumber]

• Cemerlang

· Cemerlang membawa erti kepada kecemerlangan pelajar dari segi akademik, sahsiah diri, disiplin dan kokurikulum, dalam menyokong Falsafah Pendidikan Negara.

· Berpandu kepada Matlamat Sekolah Berasrama Penuh, cemerlang membawa kepada kecekapan dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah terutama dalam memastikan kualiti kerja berterusan.

· Ini seterusnya dapat melahirkan suatu kumpulan kerja yang berdedikasi, komited dan juga mampu memberikan khidmat cemerlang dari masa ke semasa.


• Berwawasan

· Berwawasan membawa erti kepada hala tuju sekolah kearah Wawasan 2020 untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan bercita – cita tinggi dalam merealisasi impian dan wawasan negara.

· Ia juga membawa makna kepada semua warga SBPIS dalam menentukan hala tuju sekolah ke arah sekolah cemerlang. Ini berpatutan dengan kehendak masyarakat semasa dalam melihat perkembangan sekolah sebagai pusat sumber ilmu pengetahuan dan juga melahirkan pelajar berwawasan.

· Wawasan sekolah bermatlamat utama kepada melahirkan generasi pelajar yang berpendidikan sempurna, berakhlak dan bersahsiah diri tinggi dan juga aktif dalam kokurikulum selari dengan pencapaian akademik. Justeru itu, moto wawasan menepati hala tuju sekolah seterusnya memastikan perjalanan pendidikan sekolah berterusan.

Badan Pengawas[sunting | sunting sumber]

Tahun Ketua Pengawas (KP) & Timbalan Ketua Pengawas (TKP) Penolong Ketua Pengawas 1 (Sekolah) (L/P) Penolong Ketua Pengawas 2 (Asrama) (L/P)
2003-2004
2004-2005 Muhammad Zulhilmi bin Rosali (KP) Mohd Tariq bin Taufekh
2005-2006
2006-2007 Ziad Firdaus bin Zaid

Ellya Nabila binti A Jalil

Muhammad Syazwan bin Abdullah
2007-2008 Wan Muhammad Najib bin Daud Muhammad Shafiq bin Aziz
2008-2009
2009-2010
2010-2011 Muhammad Hazwan bin Abdul Haleem (KP)

Ain Syuhadah (PKP)

Muhd Aqmal Masud (L)

Saidatul Nur Aisyatun Sakinah (P)

Syafiq Ai'mullah bin Sabarudin (L)

Anis Najwa Nazari (P)

2011-2012 Haziq Asyaraf (KP)

Nur Syahirah binti Borhan (PKP)

Syabirin bin Abdul Wahab (L)

Wan Nur Attieyyah binti Wan Kamarulzaman (P)

2012-2013 Muhammad Zaid bin Mohd Termizi (KP)

Fazidatul Nadhirah binti Aziz (PKP)

Mohamad Syahmi bin Mohd Sakri (L)

Ainul Zakirah binti Abdul Rahim (P)

Ahmad Afnan bin Mustafa (L)

Aisyatul Athirah binti Mustami (P)

Sistem Rumah[sunting | sunting sumber]

• Ketua Rumah (KR) & Penolong Ketua Rumah (PKR)

Tahun Telekom (Biru) Modenas (Kuning) Petronas (Hijau) Proton (Merah)
2003-2004
2004-2005
2005-2006
2006-2007
2007-2008 Hamizan bin Othman (KR)

Nur Farhanah binti Jafri (PKR)

`Aizad bin Jahari (KR)

Siti Shazwani binti Azmi (PKR)

Muhammad Hanafi bin Roslan (KR) Muhammad Shafiq bin Aziz (KR)

Siti Shahirah binti Ghanisma (PKR)

2008-2009
2009-2010
2010-2011 Hafuza Harith (KR)

Ainatul Mardhiah (PKR)

Nazmi Yahaya (KR)

Nor Sahidah (PKR)

Ameerul Ashraf (KR)

Anis Farahin (PKR)

Fahmi Omar (KR)

Aireen Zuriani (PKR)

2011-2012 Habibi Mustakeng (KR)

Aida Najwa (PKR)

Muhd Zadi (KR)

Siti Syurieyati (PKR)

Muhd Hazammuddin (KR)

Nur Ain (PKR)

Muhd Aslam (KR)

Maizatul (PKR)

2012-2013 Ahmad Ariq Amer bin Rozaili (KR)

Siti Hajar binti Salleh (PKR)

Ahmad Syimir Azri bin Mohd Zarali (KR)

Nurul Iman binti Abu (PKR)

Muhammad Fahmi bin Mayati (KR)

Nor Shafika binti Jasni (PKR)

Afnan bin Amiruddin (KR)

Nuur Izzati Fitri binti Nordin (PKR)

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Alamat Surat Menyurat :

SBPI Selandar
Batang Melaka,
77500 Selandar,
Melaka.

No. Telefon / Faksimili :

  • No. Telefon : (+6)06-4462363
  • No. Faksimili :(+6)06-4462959

Informasi ICT :

Facebook Light Logo.jpg
SBPIS mempunyai satu akaun lokasi di laman Facebook


Panorama sekolah[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]