Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh adalah sekolah berasrama penuh integrasi yang diasaskan pada 1 Januari 2002. Sekolah ini dibuka dan diuruskan pentadbirannya buat kali pertama oleh En. Abdul Razak bin Alias. Pada mulanya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh. Kemudian, dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Temerloh.

Pada 1 Jun 2002, sekolah ini kemudiannya dinaik taraf kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi oleh Sektor SBP Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
Lencana SBPIT

Lencana Sekolah

Alamat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, 28010 Kerdau, Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Telefon 092847889
Faksimili -
Laman web http://www.sbpitem.net
Jenis Sekolah Sekolah Berasrama Penuh
Kod Sekolah CRA7001
Pengetua Puan Normah binti Ismail
PK Akademik Pn. Faridah bt Ahmad
PK HEM En. Razali b Ahmad
PK Kokurikulum Pn. Norashidah binti Che Hassan
Nama rujukan SBPIT

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

SBPI Temerloh

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh mula dibuka pada 1 Januari 2002. Pada awalnya,sekolah ni telah menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh sementara menunggu kompleks yang sebenar di Kerdau,Temerloh siap. Kompleks tersebut berkeluasan 32 ekar. Guru-guru yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus sekolah semasa memulakan sesi persekolahan 2002 adalah Abdul Razak bin Alias (menjalankan tugas pengetua sehingga 15 Mac 2002), Abdul Khalid bin Daud, Zakaria bin Khalid, Zaripin bin Ismail, Abdul Rafar bin Yahya, Ruzawati binti Ramly, Zaitun binti Hamzah, Norashidah binti Che Hassan, Norhayati binti Zakaria dan Norehan binti Hassan.

Kumpulan pertama pelajar ialah seramai 106 orang dengan 50 orang pelajar lelaki dan 56 orang pelajar perempuan.Kesemua pelajar tersebut dibahagikan kepada 3 buah kelas dan pada 16 Mac 2002, Puan Hajah Afiah binti Abd Razak telah menjadi pengetua pertama sekolah ini. Pada 4 Jun 2002, 12 orang guru, 4 orang staf sokongan dan 93 orang pelajar sekolah ini telah berpindah ke kompleks sebenar sekolah di Kerdau. Pengambilan kedua pelajar melibatkan 65 orang pelajar. Pada 1 Jun 2002, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh telah diambil alih oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seiring dengan itu, bilangan pelajar tingkatan satu telah bertambah kepada 153 orang dengan 75 lelaki dan 78 perempuan.Jumlah kelas telah bertambah kepada 5 kelas iaitu 1 Al-Bukhari, 1 Al-Muslim, 1 At-Tirmizi, 1 An-Nasai dan 1 Ibnu-Majah. Jumlah guru juga telah bertambah kepada 14 orang. Sehingga Oktober 2011, bilangan pelajar adalah seramai 529 orang pelajar.

Terkini, nama-nama kelas bagi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah diubah kepada Smart, Brilliant, Perfect, Intelligent dan Thinker, dan sekaligus membentuk singkatan nama sekolahnya iaitu SBPIT.

Surau SBPI Temerloh

Pada 30 April 2011, satu mesyuarat rasmi telah diadakan di SBPI Temerloh untuk membentuk Alumni rasmi SBPI Temerloh dengan gelaran AITEM (Alumni SBP Integrasi Temerloh). Pada 18 Oktober 2011, persatuan alumni ini telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nama rasmi Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (AITEM).

Sekolah ini juga telah dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di daerah Temerloh, Pahang, Malaysia. Secara khususnya, ia terletak di Mukim Kerdau, 15 kilometer dari bandar Temerloh, dan 42km daripada bandar Jerantut. Pekan yang terdekat ialah Pekan Kerdau, kira-kira 1.5 km dari SBPIT. Terletak di jalan Temerloh-Jerantut, sekolah ini dikelilingi oleh kehijauan alam sekitar seperti kebun getah dan sebagainya. Di bahagian belakang sekolah ini, terdapat sebuah paya. Sekolah ini dibina di atas kawasan berbukit yang menyebabkan kejadian banjir tidak pernah melibatkan sekolah ini.

Sekolah ini terletak di antara Kampung Ketam dan Pekan Kerdau.

Bagaimana ke SBPIT?[sunting | sunting sumber]

Dari Kuala Lumpur, ambil laluan ke Lebuhraya Pantai Timur, LPT dan keluar di exit Temerloh. Anda akan berada di simpang tiga dan ambil laluan ke kanan (Jerantut). Sebuah papantanda telah didirikan di simpang iti. Pandu terus untuk jarak lebih kurang 6.5 kilometer, dan selepas Kampung Ketam, anda akan mendapati sekolah di sebelah kanan anda.

Dari bandar lama Jerantut, bergerak ke bandar Inderapura menuju ke simpang tiga di hadapan Masjid Tengku Abdullah dan ambil jalan menuju ke Temerloh. Bergerak terus sejauh 42km dan sekolah ini terletak di sebelah kiri anda.

Dari bandar Temerloh, ambil jalan menuju ke Mentakab. Dalam perjalanan, terdapat simpang empat menuju ke Jerantut dan Mentakab. Di simpang itu, ambil jalan ke kanan dan bergerak sejauh 15km melalui jalan Temerloh-Jerantut. Sekolah berada di sebelah kanan anda.

Selain itu, sekolah ini juga boleh diakses melalui perkhidmatan awam seperti bas dan teksi. Perkhidmatan bas Transnasional Jerantut-Temerloh atau Temerloh-Jerantut akan melalui hadapan sekolah ini.

Melalui kereta api KTMB, pengguna boleh berhenti di Stesen Kuala Krau, atau Mentakab; dan kemudiannya menggunakan bas atau teksi terus ke sekolah.

Staf[sunting | sunting sumber]

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Mei 2010-kini : Pn. Normah binti Ismail

Penolong Kanan[sunting | sunting sumber]

  • PK Akademik: Pn. Faridah bt Ahmad
  • PK Hal Ehwal Murid: En. Razali bin Ahmad
  • PK Kokurikulum: Pn. Norashidah Che Hassan

Guru Kanan[sunting | sunting sumber]

  • Guru Kanan Matapelajaran Bahasa: Puan Norehan binti Hassan
  • Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan: Puan Ruzawati binti Ramly
  • Guru Kanan Matapelajaran Teknik & Vokasional: Puan Ira Irniyati binti Ibrahim
  • Guru Kanan Matapelajaran Sains & Matematik: Puan Norhayati binti Zakaria
  • Guru Kanan Matapelajaran Pengajian Islam: En Abdul Khalid Bin Daud

P&P (Pembelajaran dan Pengajaran)[sunting | sunting sumber]

Waktu[sunting | sunting sumber]

Sesi P&P di sekolah ini dijalankan pada setiap hari persekolahan. Pada hari Isnin hingga Khamis, pada pukul 6.50 pagi setiap hari, para pelajar akan bergerak ke sekolah.Perhimpunan pagi diadakan setiap hari persekolahan pada pukul 7.05 pagi.Sesi P&P dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Pelajar akan diberi masa rehat dari pukul 10.25 pagi hingga 10.45 pagi bagi pelajar menengah bawah [Tingkatan 1,2 dan 3] manakala bagi pelajar menengah atas [Tingkatan 4 dan 5] akan rehat dari pukul 10.45 pagi hingga 11.05 pagi.Waktu rehat untuk makan tengah hari dan solat Zohor pula ialah pada pukul 2.50 petang. Manakala pada hari Jumaat, sesi persekolahan tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Kelas[sunting | sunting sumber]

  • Tingkatan 1, 2,dan 3
  1. Smart
  2. Brilliant
  3. Perfect
  • Tingkatan 4 dan 5
  1. Smart(sains agama)
  2. Brilliant(sains agama)
  3. Perfect(sains tulen)
  4. Intelligent(sains tulen)
  5. Thinker(sains teknikal)

[sunting | sunting sumber]

Lencana SBPIT
  • Kuning : Lambang keperibadian mulia
  • "I I I" : 'Iqra
  • Buku : Sikap suka membaca
  • Bulat : Kelahiran pemimpin masa depan di SBPI Temerloh


Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berhemah tinggi pekerti terpuji
Bentuk peribadi nilai yang murni
Sopan santun dalam berbicara
Menjunjung tinggi cita-cita negara

Ilmu penyuluh hidup yang sempurna
Membaca jadikan amalan kita
Teras iman budi yang luhur
SBPI Temerloh Darul Makmur

Mari bersama kita berusaha
Bina insan cemerlang
Beramal bakti sentiasa
Menggapai hasrat murni negara merdeka

Berilmu cipta kejayaan
Keimanan benteng kejahilan
Beramal jadi kewajipan
Penampilan dijaga
Berdedikasi dan jati diri
Melahirkan insan bestari
Lahirkan insan bestari

Ikrar Pelajar[sunting | sunting sumber]

Bahawasanya kami, pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, berikrar dan berjanji, kepada ibu bapa kami, pengetua, guru-guru, rakan-rakan dan diri saya, dengan iltizam dan sepenuh tenaga, saya akan:

  • Mematuhi tuntutan agama dan meningkatkan keimanan
  • Mendokong cita-cita dan memartabatkan ilmu menjadi insan cemerlang
  • Membentuk sahsiah terpuji
  • Menghayati dan mematuhi peraturan dan disiplin sekolah
  • Melibatkan secara aktif dalam kokurikulum
  • Memenuhi harapan sekolah, ibu bapa dan negara ke arah kecemerlangan yang berterusan

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pembelajaran[sunting | sunting sumber]

  • Komputer , projektor LCD, layar putih, pembesar suara bagi kelas tingkatan satu hingga tingkatan lima
  • Makmal komputer
  • Pusat Akses Internet
  • Internet tanpa-wayar merangkumi bangunan sekolah
  • Bilik-bilik khas
  • Makmal-makmal

Sukan[sunting | sunting sumber]

  • Gelanggang Badminton
  • Gelanggang Squash
  • Gelanggang Takraw
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Gelanggang Bola Tampar
  • Padang bola sepak

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]