Sekolah Islam Adni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Alamat[sunting | sunting sumber]


Tel: 603 4252 5810

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Islam Adni ini dibuka untuk darjah 1 di dalam tahun 1997 dengan murid hanya 12 orang, beroperasi disebuah rumah kedai di Taman Melawati. Dengan izin Allah ia berkembang tahun demi tahun sehingga mencapai 620 murid dan beroperasi disebuah Bangunan yang dibeli oleh seorang bapa kepada pelajar Adni dan disewakan kepada sekolah dengan terma yang tidak membebankan.


Falsafah[sunting | sunting sumber]

Anak-anak adalah anugerah dan amanah Allah. Setiap anak berhak mendapat pendidikan yang terbaik. Proses pendidikan atau pertarbiyahan memerlukan usaha yang berterusan dan komitmen yang amat tinggi dari ibu bapa, pendidik dan masyarakat.

Apa Itu Pendidikan Dalam Islam?[sunting | sunting sumber]

"Memperlengkapkan individu dengan ciri-ciri seorang yang beriman iaitu

  • yang memahami agamanya
  • berakhlak Islam
  • seluruh amalannya berteraskan ubudiyah iaitu pengabdian kepada Allah
  • matlamatnya – untuk kejayaan dunia dan akhirat
  • jalannya – syariat Allah iaitu mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganya."


Kunci Utama Pendidikan di Adni=[sunting | sunting sumber]

  • Sistem pendidikan yang berteraskan tauhid bersumberkan Al Quran, sunnah dan ijma' ulamak muktabar.
  • Persediaan murid dari segi mental, keilmuan, roh dan kejiwaannya untuk mengenal penciptanya serta mempunyai ketahanan fizikal.
  • Penerapan nilai-nilai Islam secara praktikal.
  • Di asuh amalannya oleh para pendidik yang komited dengan Islam adalah kunci utama kejayaan pendidikan.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Mengembangkan potensi murid dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani sesuai dengan perkembangan umur murid di Tadika, Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.
  • Memahami dan mengamalkan nilai-nilai murni melalui penghayatan konsep iman, akhlaq, tatabudi dan perilaku berteraskan Islam
  • Memupuk daya usaha untuk mencapai kecemerlangan akademik dalam mata pelajaran KBSR & KBSM
  • Menyedari dan mengamalkan sifat-sifat kepimpinan dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dan berusaha mengislahkan keadaan sekelilingnya sesuai dengan peringkat umur murid


Kemudahan Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Bangunan sekolah 4 tingkat yang serba lengkap dengan segala kemudahan.

Tingkat Bawah[sunting | sunting sumber]

  • 20 bilik darjah, Makmal Matematik, Lobi pelajar, Pejabat

Tingkat Satu[sunting | sunting sumber]

  • Dewan Makan, Mussola, Makmal Sains, Makmal Kemahiran Hidup, Makmal Komputer, Perpustakaan dan Bilik Audio Visual, Apartment Kelab Ibu.

Tingkat Dua[sunting | sunting sumber]

  • Dewan Perhimpunan dan Ruang untuk Tambahan Kelas
  • Suasana bilik darjah yang selesa dan berhawa dingin bagi mewujudkan pembelajaran yang lebih kondusif.
  • Sistem kelas terapung 'floating class' dijalankan untuk mempelbagaikan suasana pembelajaran.
  • Bilik komputer yang serba lengkap dengan nisbah dua pelajar satu komputer.
  • Mussolah yang luas dan berhawa dingin.
  • Dewan makan yang luas dan bersih serta lengkap dengan kerusi dan meja makan.
  • Padang yang luas untuk aktiviti riadhah.
  • Pusat sumber, Perpustakaan dan Bilik Audio-Visual yang luas.
  • Makmal Sains, Makmal Bahasa, Makmal Matematik untuk meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaan.
  • "Locker" individu untuk setiap pelajar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]