Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Batu 35

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Batu 35
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Serian, 94700, Serian,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6082874785
Kod sekolahYCC8204
Faks6082874785


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Batu 35 atau nama ringkasnya SJK Chung Hua Batu 35, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Serian.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Batu 35 memiliki 83 pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 158 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH YCC 8204 / AS 468 SJK CHUNG HUA BATU 35, SERIAN, SARAWAK 1. Gambar Sekolah


2. Lokasi Sekolah : Batu 35, Jalan Kuching/ Sri Aman, Sarawak

                                   Terletak  di  tepi  Jalan raya  utama, 57 kilometer dari Bandaraya Kuching

3. Sejarah Penubuhan Sekolah:

SJK Chung Hua Batu 35 ditubuhkan pada tahun 1938. Sekolah ini dinamakan “Sekolah Rendah Koi Nam” pada masa itu dengan murid seramai 40 orang. Kebanyakan murid terdiri daripada anak golongan petani. Pada tahun 1941, sekolah ini ditutup akibat daripada Peperangan Dunia Kedua, iaitu semasa pemerintahan Jepun di tanahair kita. Sekolah ini dijadikan bangunan pertahanan /penjara pada masa itu. Pada tahun 1946, iaitu apabila tentera Jepun telah dikalahkan, sekolah ini pun dibuka semula dan ditukar nama kepada Sekolah Chung Hua. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah pada masa itu ialah Encik Chai Qing Yaw dan Guru Besar ialah Encik Fong Kuan Ling. Pada tahun 1952, bangunan sekolah ini telah dinaiktaraf supaya menjadi sekolah yang dapat memenuhi keperluan penambahan murid. Pada tahun 1982, sebahagian daripada bangunan sekolah musnah akibat kebakaran. Pada tahun 1987, perancangan yang rapi telah dijalankan oleh Lembaga Pengurus Sekolah untuk membina bangunan baru. Bangunan konkrit baru telah siap dibina pada tahun 1988 dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud. Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang mempunyai bangunan konkrit di Daerah Serian. Bangunan baru ini mempunyai tiga tingkat termasuk bilik darjah, pejabat guru,bilik PSS dan sebagainya. Bangunan sekolah telah dicat semula pada tahun 2013. Penambahbaikan dari segi 3k, iaitu keselamatan, keceriaan dan kebersihan amat dititikberatkan. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah pada masa ini ialah Encik Lee Koi Sze. Beliau telah memegang jawatan ini semenjak tahun 1995.

4. Senarai Guru Besar: 1. 1938 – 1938 Encik Chai Nyuk San (Jan. - Jun) 2. 1938 – 1939 Encik Lee Zhu Yao (Mulai Jul. 1938) 3. 1940 – 1941 Encik Phang Ji Zhi 4. 1946 – 1951 Encik Fong Kuan Ling 5. 1951 – 1953 Encik Phang Ji Zhi 6. 1954 – 1959 Encik Chong Shaw Su 7. 1960 – 1967 Encik Yap Kuan Tong 8. 1968 – 1969 Encik Jee Shak Sen 9. 1970 – 1982 Encik Kiu Chao Foh 10.1983 – 1987 Encik Chai Kian Chun 11.1988 – 2004 Encik Chua Beng Yam 12.2005 – 2007 Puan Ng Chu Hiong 13.2007 – 2008 Puan Lee Fui Kim (Memangku) 14.2009 – 2011 Puan Choo Yong Chan 15.2012 – sekarang Encik Pui Jin Tung

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Batu 35
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Serian
94700, Serian
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082874785
Fax = 6082874785

Pautan luar[sunting | sunting sumber]