Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Han Ming

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Han Ming
Lokasi
 Malaysia Jalan Masjid, Batu 14, Puchong, PUCHONG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah380611641
Kod sekolahBBC8404
Faks380608640


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Han Ming atau nama ringkasnya SJK (C) Han Ming, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Jalan Masjid, Batu 14, Puchong.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Han Ming memiliki 1996 pelajar lelaki dan 1828 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3824 orang. Ia mempunyai seramai 131 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SJK (C) Han Ming ditubuhkan pada tahun 1921. Sekolah ini telah melangkau usia selama 96 tahun. SJK (C) Han Ming terletak di Batu 14, Puchong. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan.

Pada awalnya, bangunan sekolah hanya berbumbung atap dan berdinding papan sahaja. Beberapa tahun kemudian, jumlah penduduk kian bertambah. Dengan bantuan Nazir, SJK (C) Han Ming berdaftar secara rasmi. Jabatan Pendidikan telah meluluskan sebanyak 2 ekar tanah sebagai tapak pembinaan sekolah.

Pada tahun 1951, dengan bantuan Lembaga Pengurus Sekolah Han Ming, bilangan bilik darjah telah bertambah daripada 4 buah kepada 7 buah bilik darjah, manakala bilangan murid turut bertambah.

Pada 5 September 1973, Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah ditubuhkan di bawah arahan Jabatan Pendidikan. Pada tahun 1978, Jabatan Pendidikan memberi peruntukan sebanyak RM 1 550 000 untuk mendirikan sebuah blok bangunan dua tingkat. Jabatan Negeri Selangor pula memperuntukkan sejumlah RM 5 ribu untuk membina gelanggang bola keranjang.

Pada tahun 1988, bilangan murid telah meningkat secara mendadak hingga mencecah empat ratus orang. Susulannya, SJK (C) Han Ming berjaya dinaik taraf menjadi sekolah Gred B.

Pada tahun 90-an, penempatan penduduk di kawasan Puchong telah meningkat. Oleh itu, bilangan kemasukan murid turut bertambah sejajar dengan kepadatan penduduk di sekitar sekolah.

Pada tahun 1991, sempena ulang tahun sekolah yang ke-70, Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Murid Tua telah menerbitkan senaskhah majalah yang memuatkan sejarah penubuhan SJK (C) Han Ming. Memandangkan sumbangan yang diterima masih tidak mencukupi untuk pembinaan dewan sekolah disebabkan faktor kemelesetan ekonomi, pelbagai aktiviti untuk menambahkan jumlah kutipan telah dilaksanakan. Antaranya, Jualan Amal oleh peniaga-peniaga yang sudi menyumbangkan hasil jualan kepada pihak sekolah.

Pada tahun 1998, Nan Yang Siang Pao yang bekerjasama dengan Carlsberg telah menganjurkan Konsert Amal dan hasil kutipannya amat memberangsangkan. Setahun kemudian, Power Hitz juga turut menganjurkan Konsert Amal bagi menambahkan dana yang diperlukan. Akhirnya, sumbangan yang diterima daripada individu yang bermurah hati telah berjaya menampung baki dana yang diperlukan. Justeru, perbelanjaan bagi membina dewan SJK (C) Han Ming telah mencukupi dan pembinaan telah terlaksana dengan jayanya.

Pada tahun 2001, Persatuan Bekas Murid Tua telah menganjurkan Konsert Amal bagi mengumpulkan dana untuk membina tembok batu yang lebih selamat di sekeliling sekolah. Pihak sekolah pula bertanggungjawab mengupah pekerja untuk mengawal keselamatan sekolah, di samping pemasangan CCTV yang lebih menjamin keselamatan harta benda dan warga sekolah.

Di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-7, sekolah telah layak untuk menerima peruntukan bagi pembinaan satu blok bangunan tiga tingkat.

Seterusnya, bilangan murid semakin meningkat dan perkembangan ini telah menaikkan taraf sekolah kepada sekolah gred A.

Syarikat Pemaju Talam telah bermurah hati membina satu blok bangunan setingkat sebagai sumbangan kepada sekolah.

Selanjutnya, hasil gigih Dato Seri Ong Kar Ting, telah berjaya mengenengahkan dua syarikat gergasi di Malaysia iaitu IOI Group dan SP Setia untuk menanggung perbelanjaan sebuah blok bangunan tiga tingkat.

Pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM 20 ribu untuk menampung pembinaan pondok menunggu bas bagi kegunaan murid-murid.

Kini, pihak sekolah sedang bekerja keras untuk mengumpulkan dana bagi menampung perbelanjaan pembinaan sebuah blok bangunan 4 tingkat yang baru dan masih dalam proses pembinaan.

Tujuan dibina[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Han Ming telah dibina pada tahun 1921 untuk menyediakan tempat yang selamat kepada pelajar yang sedang belajar. Selain itu, sekolah juga dibina untuk menyediakan tempat yang besar supaya guru dapat memberikan pengajaran kepada bilangan murid yang banyak dalam satu tempat. Selanjutnya, salah satu tujuannya adalah untuk memberikan pendidikan kepada pelajar di dalam tempat yang selesa supaya pelajar dapat mencapai pretasi akademik dalam Penilaian Kemahiran Berasaskan akademik dalam Penilaian Kemahiran Berasaskan Sekolah

(PKBS) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

SJK (C) Han Ming juga digunakan untuk membangun dan memupuk kemahiran sosial, bakat, kepimpinan, tanggungjawab dan sikap kewarganegaraan. Di samping itu, sekolah juga digunakan untuk membangunkan potensi murid yang menyeluruh dalam aspek domain intelek, rohani, jasmani and emosi sejajar dengan kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain daripada memberikan pendidikan, SJK (C) Han Ming juga dapat digunakan untuk menyediakan banyak kemudahan untuk memastikan murid menjalankan pembelajaran dengan lancar.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Han Ming
Jalan Masjid, Batu 14, Puchong
Selangor, Malaysia
Telefon = 380611641
Faks = 380608640

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]