Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Phooi Min

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Phooi Min
Lokasi
Teluk Ru & Beting Kepah, SG AIR TAWAR, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1940
Nombor sekolah332137387
Kod sekolahBBC6037
Guru besarEn Kow Poh Meng
GPK Pentadbiran dan AkademikCik Ng Pao Sent
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCik Ling Siew Hui
Penolong Kanan KokurikulumCik Chua Peng Peng
Faks332137387
Laman sesawang


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Phooi Min atau nama ringkasnya SJK (C) Phooi Min, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Teluk Ru & Beting Kepah.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Phooi Min memiliki 16 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 26 orang. Ia mempunyai seramai 4 orang guru.2009

Pada 2015, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Phooi Min memiliki 12 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 17 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2015

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Phooi Min adalah gabungan sekolah Yoke Min di Benting Kepah dan sekolah Phooi Teck di Teluk Ru.

Sekolah Yoke Min dan sekolah Phooi Teck telah ditubuhkan pada tahun 1940. Pada masa itu, sekolah Yoke Min hanya mempunyai 30 orang murid dan seorang guru manakala sekolah Phooi Teck mempunyai lebih kurang 40 orang murid dan seorang guru. Kedua-dua sekolah ini diuruskan sepenuhnya oleh PIBG tanpa bantuan daripada kerajaan.

Pada tahun 1967, kedua-dua buah sekolah ini telah memohon menjadi sekolah bantuan kerajaan daripada JPN tetapi tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan. Akan tetapi JPN telah mencadangkan kedua-dua buah sekolah ini bergabung.

Pada 2 hari bulan Februari, 1968, wakil kedua-dua buah sekolah ini telah mencapai kesehaluan dan menamakan sekolah gabungan ini sebagai SJK(C) Phooi Min. Mereka telah menempatkan bangunan baru ini di antara kawasan Benting Kepah dan Teluk Ru. Pada 2 hari bulan Januari, 1973, SJK(C) Phooi Min telah mendapat kelulusan daripada JPN sebagai sekolah bantuan kerajaan. Bangunan baru telah siap dibina pada tahun 1976 dan telah mula berfungsi pada tahun 1977.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Phooi Min
Teluk Ru & Beting Kepah
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-32137387
Fax = 03-32137387

Pautan luar[sunting | sunting sumber]