Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Desa Cempaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Desa Cempaka
Lokasi
 Malaysia Desa Cempaka, Jalan Sepang, 71800, Nilai,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1945
Nombor sekolah6067996814
Kod sekolahNBD4076
Faks6067996814
Map


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Desa Cempaka atau nama ringkasnya SJK(T) Desa Cempaka, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Desa Cempaka, Jalan Sepang.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Desa Cempaka memiliki 58 pelajar lelaki dan 54 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 112 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Jindram, yang dahulunya terletak di Ladang Jindaram. Sekolah ini telah diasaskan oleh Syarikat Asiatic London. Pada awalnya sekolah ini dijalankan di sebuah pondok lama (rumah pekerja) dengan tenaga pengajar seramai dua orang. Sekolah ini ditadbirkan oleh Pengurus Ladang. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) pada awalnya terletak di tanah milik ladang Jindaram dan merupakan sekolah bantuan modal. Semasa penubuhannya, perbelanjaan ditanggung oleh pihak ladang ini. Oleh yang demikian, sebagai penghargaan nama Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Jindram dikurniakan kepada sekolah ini.

Pada tahun 1968, sekolah ditadbirkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Seorang Guru Besar dan dua orang guru diperuntukan bagi sekolah ini. Beliau merupakan Guru Besar pertama bagi sekolah ini. Sebelum itu sekolah ini ditadbirkan oleh pengurus lading syarikat London Asiatic Rubber & Produce Co Ltd. Beliau yang telah berusaha mendapatkan bangunan pertama bagi sekolah ini pada tahun 1977 dalam kawasan tanah seluas 1.2 ekar. Beliau juga mendapatkan bantuan bagi membina tandas, pagar, longkang dan juga padang permainan . Dibawah pentadbiran Guru Besar En A.Samipillai, sekolah ini mendapat bangunan baru (tiga bilik darjah) di atas tapak tanah ladang seluas 1.2 ekar. Bekalan air dan elektrik diberikan oleh pihak ladang. Pada tahun 1984 di bawah Guru Besar En E. Muthusamy, sekolah ini mendapat bantuan satu bilik darjah, pejabat dan tandas.

Pada tahun 2008 Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Jindram telah bertukar menjadi Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Desa Cempaka dan En.L.Sundraj telah menjadi Guru Besar di sekolah ini. Pada tahun 2011 Pn.Agnes Chelvi menyandang jawatan guru besar SJKT Desa Cempaka.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Desa Cempaka
Desa Cempaka, Jalan Sepang
71800, Nilai
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067996814
Fax = 6067996814

Pautan luar[sunting | sunting sumber]