Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Enggor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Enggor
Lokasi
 Malaysia Jalan Besar Enggor, 33600, Kuala Kangsar,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaanSekolah sesi pagi
Nombor sekolah6057578722
Kod sekolahABD4115
Pengerusi PIBGPuan Rosemary Jaganathan A/P Savarimuthu
PengetuaEncik Jayakumar
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Leena Christy
Penolong Kanan KokurikulumEncik Raymond Anthony
FaksTIADA


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Enggor atau nama ringkasnya SJK(T) Enggor, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Jalan Besar Enggor.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Enggor memiliki 21 pelajar lelaki dan 29 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 50 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru. 2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah diasaskan sebelum tercetusnya perang dunia yang kedua. Tetapi butir-butir sejarah dapat dicatatkan pada tahun 1947 sahaja. Pada mulanya sekolah ini didirikan di dalam sebuah ladang kira-kira tiga batu dari Pekan Karai dan dikenali dengan mana “Karai Estate Tamil School ”. Pada tahun 1950 nama sekolah ini ditukar dengan nama Eng Wah Estate Tamil School. Pada masa darurat iaitu pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke kawasan Pekan Karai. Kelas-kelasnya di tempatkan di rumah kerani ladang dan rumah guru juga ditempatkan di bangunan yang sama. Keadaan sekolah pada masa itu amat membimbangkan. Tidak mempunyai kemudahan asas seperti bilik darjah yang mencukupi. Pada tahun 1961, En.A.Sundaram telah ditukarkan ke sekolah ini sebagai Guru Besar. Keadaan sekolah ini yang serba kekurangan, beliau telah berhubung dengan Tuan Pengelola Sekolah-Sekolah India Perak, En.Kandavanan dan juga Tuan Penolong Pengelola. Dengan persetujuan mereka, satu jawatankuasa bangunan sekolah telah dibentuk dan diketuai oleh Encik K.S. Siatoo.

Mulai dari tahun 1962, ahli-ahli jawatankuasa bangunan sekolah telah menemui pihak Jabatan Pelajaran beberapakali untuk mendapatkan sebuah bangunan sekolah baru. Pada masa yang sama, pihak M.I.C kawasaaan Karai telah menemui YB.Tun V.T Sambanthan beberapa kali berkaitan dengan bangunan sekolah ini. Akhirnya, 26hb Februari 1964, YB Tun V.T Sambanthan telah menyumbangkan RM 6, 600.00 bagi pihak kerajaan kepada jawatankuasa bangunan sekolah. Akibat ketiadaan tanah (tapak), telah menyebabkan bangunan itu tidak dapat didirikan.

Berkaitan dengan bangunan sekolah ini, Datuk Mohd. Ali Zaini , Wakil Rakyat Kawasan Karai telah mendesak jawatankuasa sekolah untuk menemui Menteri Pelajaran, Y.B Mohd. Khir Johari. Pada 7hb. Mei, 1966, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Encik Chan Peng Yong, Encik K.S Siatoo, Guru Besar Encik A. Sundaram serta Datuk Mohd. Ali Zaini telah menemui Menteri Pelajaran dan Ketua Pegawai Pelajaran Perak, Datuk Idris Bin Babjee. Dalam pertemuan itu Datuk Mohd. Ali Zaini telah menerangkan mengenai kedudukan sekolah ini. Akhirnya Menteri Pelajaran telah berjanji akan memberi sebidang tanah untuk mendirikan sebuah sekolah baru.

Pihak jawatankuasa sekolah sekali lagi telah menemui Ketua Pegawai Pelajaran Perak dan mengadu mengenai keadaan sekolah serta bilik darjah yang tidak memuaskan. Beliau telah berjanji untuk berunding supaya murid-murid sekolah ini dipindahkan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sey Wah, Karai serta mengadakan kelas-kelas itu pada sebelah petang sehingga bangunan sekolah baru diperolehi. Semenjak itu murid-murid sekolah ini telah menumpang di sekolah Cina itu sejak 6hb. Mac, 1967 hingga akhir tahun 1969.

Pada akhir tahun 1969, sebuah bangunan sekolah baru telah siap dibina oleh Kerajaan dengan harga lebih kurang RM 24,000.00 atas sebidang tanah seluas satu ekar. Mulai dari 15hb. Januari 1970 murid-murid sekolah dari sekolah ini telah mula menggunakan bangunan yang baru ini.

Sejak dari tahun itu, sekolah ini telah terus berkembang dalam bidang pelajaran serta ko-kurikulum. Sekolah ini tidak mempunyai padang yang sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah. Permohonan untuk meratakan kawasan sekolah ini telahpun dikemukakan kepada pihak Jabatan Pelajaran dalam Jangkamasa Rancangan Malaysia Kedua dan Ketiga. Maka pada tahun 1980, Pihak Kementerian Perumahan dengan persetujuan daripada pihak sekolah , perkarangan sekolah pun diratakan. Kini sekolah ini mempunyai sebuah padang yang kecil di mana aktiviti-aktiviti sukan dijalankan.

Pada akhir tahun 1989, Encik A. Sundaram bersara dan digantikan oleh En. P. Krishnasamy mulai dari 10.01.1990. Pada masa En. P. Krishnasamy bertugas di sekolah ini telah mendapat bangunan baru yang mengandungi tiga bilik darjah, berharga RM 30,000.00. Pada pertengahan tahun 1994, 5 buah tandas yang serba moden telah didirikan untuk menggantikan tandas yang lama.

En. P. Krishnasamy bersara pada bulan Januari 1995 dan beliau digantikan oleh En.N. Maniam sebagai Guru Besar semenjak bulan Mei 1995. Kelas-kelasnya ditempatkan di rumah kerani ladang. Rumah guru juga ditempatkan pada bangunan yang sama di bahagian atas. Mulai dari 15hb Januari 1970 murid-murid yang menumpang di Sekolah Cina tersebut telah mula menggunakan bangunan baru ini.Beliau berkhidmat sampai Ogos 1998. Beliau ditukarkakan ke Taiping dan digantikan oleh Pn. Sagoondalay.Pn. Sagoondalay telah berkhidmat di sekolah ini dari September 1998 hingga 1999. Dengan daya usaha beliau, sebuah bilik darjah diubahsuai sebagai bilik makmal. Beliau ditukarkan ke Kinta pada bulan September 1999 . Pn.K.Paruwadi telah ditugaskan di sekolah ini pada September 1999 hingga Ogos 2007. Beliau telah meninggal dunia pada Ogos 2007. Tempat beliau telah digantikan oleh Pn.S.Selvarani pada November 2007. Beliau sedang berkhidmat dengan penuh dedikasi dan telah berjaya membaikpulih tandas sekolah berserta bilik darjah sekolah.

Pada bulan Oktober 2013, Puan Selvarani telah ditukarkan ke SJK(T) Changkat Salak. En. Jaya Kumar a/l Sabapathy telah dilantik sebagai Guru Besar di sekolah ini. Beliau merupakan mantan Penyelia Sekolah Tamil Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak. Belia telah melakukan banyak perubahan dari segi prasarana sekolah, Pengurusan Sekolah dan juga Akademik sekolah. Beberapa kemudahan asas untuk murid-murid telah dinaik taraf. Laluan bumbung untuk murid-murid telah dibina untuk kemudahan murid-murid dan warga sekolah terutama pada musim hujan. Bilik BOSS telah diwujudkan untuk Pengurusan SPBT. Bilik Komputer telah dibaikpulih dengan kemudahan internet. Ruang pejabat sekolah telah diubahsuai dan dinaik taraf sehingga dapat mewujudkan Bilik Gerakan untuk kemudahan mesyuarat dan aktiviti pengurusan sekolah.

Dalam aktiviti KoKurikulum juga telah mengalami perubahan di bawa pentadbiran En Jaya Kumar. Di mana beliau telah berusaha mendapatkan dana dari orang perseorangan dan pemimpin masyarakat untuk baik pulih dan naik taraf padang sekolah. Kini pada tahaun 2015 dan 2016 sekolah telah mengadakan sukan tahunan di padang baharu. Satu Astana kecil juga telah dibina di tepi padang untuk kemudahan sukan dan permainan.

Pada tahun 2015, SJK(T) Enggor telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Keceriaan Sempena Bulan Kemerdekaan peringkat Negeri Perak. Sekolah telah dianugrahkan Sijil Peghargaan dan wang tunai RM1000.00. hadiah tersebut telah disampaikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizuddin Shah, Sultan Perak.

Tahun 2010[sunting | sunting sumber]

Berbagai-bagai perubahan telah dilakukan di sekolah ini pada tahun tersebut. Badan pengurusan PIBG yang baru telah dilantik pada tahun tersebut. AJK-AJK yang baru dan berdedikasi telah dilantik. Ini telah mendorong setiap hari kebesaran di sekolah tersebut disambut dengan kerjasama Pengerusi & AJK Tertinggi PIBG. Guru-guru juga sangat puas dengan badan pengurusan PIBG yang baru itu. Mereka umpama mendapat tenaga dan sokongan yang baru untuk melakukan tugasan mereka. Pengerusi & AJK Tertinggi PIBG juga bangga dengan sikap guru sekolah tersebut yang sedia menggembleng tenaga dengan mereka dalam apa jua situasi sahaja. Itu juga merupakan tahun pertama Majlis Penyampaian Hadiah di sekolah tersebut disambut dengan meriah. Majlis itu dimulakan dengan perasmian Tetamu Kehormat Encik P.Yehgambaram,Pengerusi PIBG SMK Seri Puteri,Ipoh. Beliau juga merupakan Presiden bagi Perak Tamil Foundation.

Tahun 2011[sunting | sunting sumber]

Pada tahun tersebut terdapat sebanyak 30 orang pelajar di sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Seorang pelajar telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Lompat Tinggi bawah 12 tahun
peringkat daerah Kuala Kangsar pada tahun 2009.
  • Berjaya meningkatkan keputusan UPSR dengan peratus yang agak tinggi pada tahun 2009.
  • Dua pelajar telah berjaya mendapat 6A dalam UPSR pada tahun 2011. Guru-guru sekolah berasa
amat gembira dan bangga kerana ia merupakan tahun pertama 2 murid mencapai keputusan sebegini
selepas beberapa tahun.

Senarai Nama Guru Pada Tahun 2016[sunting | sunting sumber]

1. En. Jaya Kumar a/l Sabapathy:
2. Puan Leena Christy Anthornisamy:
3. Puan M.Sumathi Muniandi:
4. Puan Nanthini Subramaniam
5. Encik Rajan Palaniappan:
6. Puan Tavasselini Seger:
7. Puan Chang Chooi Ghim:
8. Puan Kanageswary Seger:
9. Puan Kumutha Malar Chandran:
10.Puan Letchmi Devi Mallaiah
11.Puan Pushpa Latha Nanchappa Kavender:
12. Puan Kharani

--Khas:Sumbangan/Lynlin 06:58, 24 Ogos 2012 (UTC)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Enggor
Jalan Besar Enggor
33600, Kuala Kangsar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057578722
Fax = 6057578722

Pada Tahun 2013[sunting | sunting sumber]

Pada tahun ini, pengetua sekolah Puan Selvarani telah digantikan dengan Encik Jayakumar pada bulan November.