Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Bertam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Bertam
Lokasi
 Malaysia Ladang Bukit Bertam, 71150, Linggi,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6066966325
Kod sekolahNBD3033
Faks6066966325


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Bertam atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Bukit Bertam, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Bukit Bertam.[1]

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Bertam memiliki 6 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 8 orang. Ia mempunyai seramai 5 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

          SJK(T) Ladang Bukit Bertam telah ditubuhkan pada tahun 1951 iaitu ketika pihak British memerintah Tanah Melayu. Anak para pekerja ladang merupakan pelajar sekolah ini pada masa itu. Bilangan murid adalah 47 orang sahaja dan mereka diasuh dan dibimbing oleh seorang guru pada waktu petang.

          Pentadbiran sekolah pada ketika itu dikendalikan oleh pihak ladang. Bangunan sekolah pada awalnya hanyalah sebuah bangunan yang dibina daripada kayu berukuran 34 kaki panjang dan 21 kaki lebar. Ianya merupakan sebuah bilik darjah yang memuatkan para murid daripada darjah 1 hingga darjah 6.(kelas cantum)

          Pada 14 Disember 1951, apabila sekolah ini baru ditubuhkan ianya telah dinamakan sebagai   BUKIT BERTAM ESTATE SCHOOL . Pada Mei 1966, sekolah ini telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan nama sekolah ini telah ditukarkan kepada, SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN(TAMIL) BUKIT BERTAM ESTATE.   

         Setelah 27 tahun, bangunan sekolah ini terpaksa dipindahkan kerana sebahagian ladang ini telah dijual oleh pihak ladang. Maka pada tahun 1978, sebuah bangunan baru telah dibina di atas sebidang tanah seluas 0.25 ekar. Sebahagian bangunan ini adalah konkrit manakala sebahagian pula merupakan kayu iaitu 2 buah bilik darjah yang memuatkan 30 orang murid sahaja. Pada tahun 1983, bangunan ini telah ditambah dengan sebuah pejabat yang berukuran 250 kaki persegi dan sebuah bilik air/tandas untuk guru serta murid.

         Pada tahun 1985, ladang ini dibeli oleh KOSAS. Sejak itu, keramaian murid berkurangan  dengan serius tahun demi tahun. Keramaian murid pada tahun 2002 -7 orang murid, 2003 - 4 orang murid , 2004 - 6 orang murid , 2005 dan 2006 – 6 orang murid , 2007 – 4 orang murid , 2008 -5 orang murid , 2009 – 3 orang murid. Oleh kerana tiada pendaftaran murid bagi awal persekolahan 2010, pelbagai usaha telah diambil oleh guru besar baru iaitu En. G.Mohan. Inisiatif guru besar dengan kerjasama PIBG mula membuahkan hasil di mana  12 orang murid didaftarkan bagi sesi 2010. Murid-murid ini dibawa dari Rembau. Pada tahun 2011, jumlah ini kekal.

         Namun, pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dilalui oleh pihak pentadbiran sekolah dalam usaha meninggikan endrolmen murid. Ekoran dari itu, pelbagai usaha telah dan sedang diambil untuk memindahkan sekolah ini ke sebuah tempat yang strategik supaya sekolah ini boleh beroperasi dan memberikan pendidikan kepada masyarakat kaum India di negara ini. Untuk tujuan ini usaha-usaha bagi menubuhkan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) telah dimulakan pada tahun 2011 bagi membantu proses pindah lokasi. Adalah menjadi harapan semoga usaha murni ini berjaya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Bertam
Ladang Bukit Bertam
71150, Linggi
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066966325
Faks = 6066966325

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]