Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Rajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Rajah
Lokasi
 Malaysia Ladang Bukit Rajah, Jalan Meru, KLANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0333446007
Kod sekolahBBD0062
Faks33446007
Laman sesawang


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Rajah atau nama ringkasnya SJK (T) Ladang Bukit Rajah, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Ladang Bukit Rajah, Jalan Meru.

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SJKT Ladang Bukit Rajah terletak di  Bandar Bukit Rajah daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1948 dengan 40 orang murid.

           Pada awalnya, sekolah ini mempunyai 1 Blok Rumah papan dengan keluasan 40x30 kaki persegi. Murid hanya belajar dari darjah 1 hingga 3 sahaja. Pada tahun 1954 murid dan guru di sekolah ini telah meningkat sebanyak 70 orang murid dan 3 orang guru.

           Pada 30 Mac 1957 sebuah bangunan yang mengandungi 3 bilik darjah telah dibina. Murid juga meningkat sebanyak 94 orang pada tahun itu. Murid mula belajar darjah 1 hingga 6 pada tahun 1960 dan bilangan murid mencecah sebanyak 117 orang. Pada tahun 1975 SJKT Sg Rasa telah digabungkan dengan sekolah ini. Pada tahun 1982, guru besar En.Samykannu PPN dengan usahanya sendiri telah mendapatkan RM7000 daripada kerajaan. Dengan wang itu sebuah bilik darjah, pejabat dan bilik guru

telah didirikan.

           Dengan megahnya murid dan guru melangkah ke bangunan baru menerusi projek Sime Darby pada tahun 2008. Pada tahun 2020, Pra sekolah KPM telah ditubuhkan dan mula dioperasi  mulai 02.01.2020. Pada tahun ini iaitu 2021 sekolah ini mempunyai 156 orang murid termasuk pra sekolah dan 12 orang guru. Guru Besar Pn.Mallika telah bersara pada 25 Julai 2021. Beliau telah digantikan oleh En.Vasu A/L Subramaniam pada 26 Julai 2021.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

SJK T LADANG BUKIT RAJAH
LOT 27 (OFF JALAN  HAJI SIRAT BATU BELAH)
JALAN SUMAZAU/KU5
BUKIT RAJAH 41050 KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 0333446007
FAX : 33446007
EMAIL : BBD0062@moe.edu.my

Facebook page : https://www.facebook.com/SJKT-Ladang-Bukit-Rajah-108495671533725/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]