Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Cairo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Cairo
Lokasi
Jalan Besar, 71700, Mantin,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1926
Nombor sekolah6067587651
Kod sekolahNBD4077
Faks6067587651
Map


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Cairo atau nama ringkasnya SJK(T) Ldg Cairo, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Jalan Besar.[1]

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Cairo memiliki 111 pelajar lelaki dan 114 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 225 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

i. Mula beroperasi sejak tahun 1926 di Ladang Cairo, Nilai. (Kini, kawasan tersebut telah dimajukan sebagai kawasan Nilai 3) ii.Pengasas utama sekolah ini ialah S. Nagooran dan Soanyean. iii.Tajaan pihak ladang mengikut Ordinan Buruh 1912. iv. Diserap dalam Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 1956. v. Guru Besar - Guru Besar dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pertama  : Encik N. C. Varathan
Kedua  : Encik M. Chinnadurai
Ketiga  : Encik S. Sivalinggam,PJK
Keempat  : Encik P. Rangasamy, PJK
Kelima  : Encik M. Jacob
Keenam  : Encik Sanggaran
Ketujuh  : Encik V. Appunni,PJK (mulai 2010)

Kelapan.  :. Encik D.R. Kalimuthu (mulai Sep 2017) Kesembilan.:. Encik G. Mohan (mulai Julai 2022)

vi. Lokasi sekolah berpindah ke Mantin pada tahun 1999 kerana kawasan terdahulu dimajukan sebagai kawasan perindustrian.

Sejak penubuhan sekolah pada tahun 1926, SJKT Ladang Cairo telah melahirkan beberapa orang yang memberi sumbangan terhadap kemajuan negara. Tokoh masyarakat kelahiran sekolah ini termasuklah En. Subramaniam (Cairo Maniam) dan En. Ramanathan.

Sejak berpindah lokasi ke Mantin pada tahun 1999, produk sekolah ini terdiri daripada graduan-graduan, kumpulan tenaga mahir dan kumpulan vokasyonal. Ramai yang menjadi guru bertauliah dan pegawai sektor swasta yang turut menabur jasa terhadap kemajuan negara.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Cairo
Jalan Besar
71700, Mantin
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067587651
Faks = 6067587651

1. Sejarah Sekolah Negeri Sembilan sehingga 1972,1972, Persatuan Sejarah Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Arul Das Arumugam, 2011. Sejarah Sek. Jen. Keb. Tamil Tun Sambanthan, Pajam 1936 hingga 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]