Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Changkat, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Changkat
Lokasi
 Malaysia Kinding Ladang Changkat Kinding, 31250, Tanjung Rambutan,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6055336510
Kod sekolahABD2174
Faks6055336510


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Changkat Kinding atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Changkat Kinding, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Changkat Kinding Tanjong Rambutan..

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ladang  Changkat Kinding memang terkenal dengan penanaman getah dan teh dimana penduduk – penduduk tempatan mengharapkan sumber pendapatan daripadanya.Di sini , kebanyakan para isteri penoreh getah pun bekerja

untuk menambahkan sumber pendapatan bagi menampung  keluarganya .Pada tahun 1928,menurut kata salah seorang tua yang berasal dari ladang ini,salah seorang dari penduduk tempatan tersebut telah ditugaskan sebagai penjaga kanak-kanak apabila mereka ditinggalkan oleh ibu bapa yang  bekerja.

Dari situlah sejarah sekolah ini telah bermula.

Pada tahun 1930, pihak ladang telah membina sebuah bangunan yang berukuran 36’ x 30 ‘ yang telah  menampung  kira –kira 12 hingga 15 orang murid. Seorang penoreh getah dari ladang ini, iaitu En.Sanjeevy telah ditugaskan untuk mengajar murid –murid ini pada waktu petang. Manakala pada waktu malam pula bangunan ini di gunakan sebagai “Panggung Drama”.

Pada tahun 1932, seorang guru yang bernama En.Krishnasamy yang mempunyai  kelayakan darjah 4 telah dilantik menjadi seorang guru.

Beliau berkhidmat sehingga 8.2.1939. Pada masa itu seramai 31 orang murid belajar di sekolah ini.  Waktu persekolahan adalah dari pukul 7.30 hingga 10.30 pagi dan 12.00 tengahari hingga 3.00 petang. En.Krishnasamy telah diberhentikan kerja  kerana beliau tidak berkelulusan darjah V ,menurut Bil.(4)in.Ed.Pk.618/38 dan   Bil.(3)in.Ed.Pk.620/38.

Pada 3.3.1939 ,En.Suppiah telah dilantik sebagai menjadi guru bagi sekolah ini menurut Bil.(49) in.Ed.Pk.714/39. Gaji beliau adalah sebanyak RM 20.00 sebulan. Beliau berkhidmat sehingga 13.12.1941.

Pada tahun 1942  En.S.Samiappan yang berkelulusan darjah V dan VI dari Ladang Klabang ,Chemor dilantik menjadi guru menurut Bil.(2)in.Ed.Pk.115-2602.

Pada tahun 1943, En.K.Perumal telah dilantik menjadi sebagai guru. Pada masa itu, bilangan murid adalah sebanyak  25 sahaja. Beliau berkhidmat sehingga 10.8.1975 sebagai guru dan memegang jawatan sebagai Guru Besar. Tambahan pula, bilangan murid telah bertambah dan sebanyak empat orang

guru telah berkhidmat pada masa itu.

Pada Peperangan Dunia Kedua (Zaman Jepun) sekolah tidak dijalankan dengan sempurna dan dibuka semula pada 8.10.1945.

Pada 11.8.1975 En.P.Suppiah telah di lantik menjadi guru besar untuk mengambil alih tugasannya. Selain itu, permohonan untuk membina semula bangunan usang ini telah di bawa pada pihak atasan iaitu kerajaan dan pihak ladang. Pihak ladang pun tidak mengambil langkah yang konkrit .

Guru besar dan pihak ladang telah berusaha untuk mendapatkan kebenaran dari Pejabat Pelajaran untuk menggunakan bekas Sekolah Cina yang berukuran 52’ x 22’ untuk di jadikan Sekolah Tamil menurut Bil(3C) J.Pel.Pk.776/4 pada 8.8.1977.

Pada masa itu hanya dua orang guru sahaja yang bertugas termasuk guru Besar. Pada tahun 1985 terdapat kelas - kelas dari  darjah 1 hingga 6 dengan bilangan murid sebanyak 36 orang. Empat orang guru telah bertugas di sekolah ini termasuklah Guru Besar.

Bermula tahun 1985 sehinggalah ke tahun ini kemasukan murid telah terus menunjukkan peningkatan.

Disebabkan berlakunya perubahan di dalam pemilikan tanah yang kami duduki pada masa tersebut, kami telah disediakan dengan tanah yang lain yang terletak hampir 1500 meter dari bangunan lama.

Di bawah peruntukan kerajaan sebuah bangunan tambahan baru yang merangkumi tiga buah bilik darjah, tandas murid lelaki dan tandas murid perempuan dan sebuah tandas guru telah dibina.

Akhirnya pada 28 Mac 2011, kami telah masuk ke bangunan tersebut. Sebagai tambahan kepada bangunan tersebut tiga buah kabin telah disumbangkan oleh pemilik tanah yang lama.

Pada bulan September 2012, tiga buah bangunan tambahan telah dibina dengan menggunakan peruntukan yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen Tambun, Dato’ Seri Haji Husni Hanadzlah. Kini jumlah murid ialah seramai 43 orang dan 12 orang guru termasuk guru besar.

Bil Nama Tempoh Berkhidmat
1. En.Sanjeevy 1930 - 1934
2. En.Krishnasamy 1934 –1939
3. En.Suppiah 1939 - 1941
4. En.Samiappan 1941 - 1943
5. En.K.Perumal 1943 – 1975
6. En.S.Suppiah Ogos 75 – Feb 82
7. En.V.Ganeson Feb 82 – Jun 83
8. En.S.Veerasamy Jun 83
9. En.James Ratnam 16 Nov 1986 – 15 Mei 1989
10. En.S.Perumal Mei 1989 - 1993
11. Pn.Philomena 1993 – 1997
12. En.Sugumaran 1997
13. En.Therunamalai 1997 – 1999
14. Pn.S.Sagoondalay 2000 -31 Julai 2004
15. En.Karuppiah a/l Nadarajah 01.08.2004 -30.06.2005
16. Pn.Vaidavanida a/p Vengadasalam 18.07.2005 -23.08.2007
17. Pn. Bhairavi a/p Govindan Nair 24.08.2007 – 15.12.2014
18 Pn. Vasanthra Devi  a/p Balakrishan 26.12.2014

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

BUAT PERTAMA KALINYA SEORANG MURID SEKOLAH INI S.ATHAVAN TELAH MENDAPAT KEPUTUSAN 7A DALAM PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2010 

BERKAT KERJASAMA IBU BAPA DAN JUGA GURU-GURU SEKOLAH INI KECMERLANGAN INI TELAH DITERUSKAN SEHINGGA TAHUN 2012 DI MANA SEORANG MURID ADIK S.PRIYA DHARSHINI TELAH JUGA MENDAPAT 7 A DAN YANG PALING MEMUASKAN IALAH PENINGKATAN PERATUS KELULUSAN YANG SANGAT TINGGI. 


Alamat

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Changkat Kinding
31250, Tanjung Rambutan
Perak, Malaysia
Telefon = 6052560024
Fax = 6052560024

Pautan luar[sunting | sunting sumber]