Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Getah Taiping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Getah Taiping
Lokasi
Taiping Batu 14, Jalan Bruas, 34800, Trong,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
MotoBELAJAR TANPA KESILAPAN
Nombor sekolah6058577607
Kod sekolahABD6116
Pengerusi PIBGEN. P.JAYARAJAN
Guru besarEN. KRISHNAN A/L SUBRAMANIAM
Faks6058577607


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Getah Taiping (T.R.P) atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Getah Taiping, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Taiping Batu 14, Jalan Beruas,Trong, Perak.

Pada 2015, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Getah Taiping memiliki 31 pelajar lelaki dan 29 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 60 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru dan 2 staf sokongan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SJK(T) Ladang Getah Taiping,Trong mula  beroperasi pada tahun1931. Nama asalnya ialah SJK(T) Ladang TRP Trong sempena dengan nama  Taiping  Rubber Plantation.

Dari semasa ke semasa sekolah ini berkembang dari segi fizikal dan pertambahan murid yang  mendadak, membolehkan sekolah ini

mendapat peruntukan untuk membina satu blok tambahan.

Pada tahun 1966 sekolah ini telah mengadakan ‘Sukan Jubli Perak’ dan pada tahun 2003 pula ‘Sukan Jubli Emas’ telah diraikan.

Dalam perjalanan yang jauh ini,SJK(T) Ladang Getah Taiping telah memberi ruang dan peluang kepada beberapa orang bagi mengisi

jawatan Guru Besar dan seterusnya memimpin sekolah ini.

Sehingga kini, selepas 82 tahun,sekolah ini masih kekal dan berfungsi ke arah melahirkan beberapa

perancangan yang berasaskan konsep kerja secara

berpasukan untuk memperolehi kecemerlangan dalam bidang  kurikulum,ko kurikulum dan sahsiah.

Walaupun sekolah ini sekolah SKM,namun  terdapat beberapa kejayaan yang dapat dibanggakan,

di antaranya Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori SKM Peringkat Kebangsaan pada tahun 2008 dan Pencapaian Terbaik  Lompatan

Saujana Peringkat Negeri tahun 2010 serta Anugerah NKRA (Tawaran Baru Guru Besar) pada tahun 2010 dan juga 2011.

Pencapaian UPSR 2007-2014[sunting | sunting sumber]

Tahun

Subjek

2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
BM

(PEM)

93.8% 94.4% 46.2% 100% 100% 45.5% 82.3% 93.7%
BM

(PEN)

100% 94.4% 53.8% 100% 100% 81.8% 94.1% 81.2%
B.ING 93.8% 83.3% 53.8% 100% 93.3% 100% 100% 87.5%
MAT 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
SAINS 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 87.5%
BT

(PEM)

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 87.5%
BT

(PEN)

100% 100% 76.9% 100% 100% 100% 94.1% 93.7%
GPS 1.98 2.03 2.59 1.45 1.71 2.12 1.88 2.05

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Getah Taiping
Batu 14, Jalan Bruas
34800, Trong
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058577607
Fax = 6058577607

Pautan luar[sunting | sunting sumber]