Sekolah Kebangsaan Abang Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Abang Amin
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Meradong, 96500, Bintangor,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6084693597
Kod sekolahYBE6301
Faks6084693597
Lokasi Sekolah Kebangsaan Abang Amin di Peta Google
Map


Sekolah Kebangsaan Abang Amin atau nama ringkasnya SK Abang Amin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Meradong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Abang Amin memiliki 203 pelajar lelaki dan 225 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 428 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Abang Amin dinamakan bersempena dengan seorang tokoh yang sangat berpengaruh di kawasan Binatang, Abang Amin Bin Abang Bujang telah ditugaskan oleh pemerintahan British menjadi ketua menjaga keamanan sekitar kawasan Binatang. Apabila beliau meninggal di Kampung Binatang, pada tahun 1935 penduduk Kampong mendirikan sekolah secara bergotong royong bersempena nama beliau, untuk mengenang jasa bakti beliau itu.

Pada mulanya, sekolah dibuat daripada atap daun nipah. Penduduk Kampong beramai-ramai bersekolah di situ. Ketika itu syarat kemasukan sekolah adalah bebas. Masa belajar diatur pada masa petang sahaja. Pada paginya murid-murid sekolah membantu ibubapa mereka menorah getah dan bertanam padi. Pelajaran yang diajar pula adalah jawi dan rumi. Guru pertama mengajar di sekolah tersbeut bernama Cikgu Abang Haji Abdul Wahab bin Abang Haji Bahak berasal dari Kuching.

Pada mula pembukaan sekolah, lebih kurang empat puluh orang murid telah mengikuti kelas kelas yang diadakan di tempat sementaranya, di Masjid Kampung. Selepas tiga bulan, mereka berpindah pula ke bangsal sekolah (bangunan sekolah terawal). Beberapa tahun kebelakangan, penduduk kampung semakin bertambah besar, begitulah juga dengan bilangan murid sekolah. Oleh sebab bangsal sekolah atap tidak dapat menampung jumlah murid yang terlalu ramai, maka bangsal sekolah atap itu terpaksa diperbesarkan lagi. Dalam tahun 1938, bangunan sekolah atap dipindahkan lagi ke tempat sekarang ini. [1]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Abang Amin
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Meradong
96500, Bintangor
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084693597
Fax = 6084693597

Pautan luar[sunting | sunting sumber]