Sekolah Kebangsaan Agama Sarikei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Agama Sarikei
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sarikei, 96100, Sarikei,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah agama, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6084655920
Kod sekolahYCA6101
Faks6084651710


Sekolah Kebangsaan Agama Sarikei atau nama ringkasnya SK Agama Sarikei, merupakan sebuah Sekolah agama yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sarikei.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Agama Sarikei memiliki 226 pelajar lelaki dan 230 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 456 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak Sarikei, ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Pada ketika itu SK Agama tidak mempunyai bangunan sendiri. Namun demikian, masalah bangunan bukanlah satu penghalang kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menubuhkan Sekolah Kebangsaan Agama di Bahagian Sarikei.

Justeru itu, seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak telah dihantar ke Sarikei untuk meninjau dan mencari bangunan sementara. Pada permulaannya pilihan pertama ialah bangunan LAKISRI ( di atas Premis Sugar Bun ) . Memandangkan ketidaksuaian sekolah beroperasi di atas premis makanan , maka pegawai tersebut telah meninjau bangunan lain di sekitar Sarikei. Akhirnya Bangunan MAKSAK Bahagian Sarikei telah dipilih kerana kesesuaiannya untuk dijadikan sekolah sementara.

Maka sesi persekolahan SK Agama MIS Sarikei pun mula beroperasi pada 1 Disember 1992 di Bangunan MAKSAK Bahagian Sarikei dengan En. Ali Bin Bujang sebagai Guru Besar pertamanya.

Pada awal penubuhannya, tenaga pengajar adalah seramai enam orang iaitu 4 orang guru dari Jabatan Pendidikan dan dipertanggungjawabkan untuk mengajar matapelajarasn teras manakala 2 orang guru dari Jabatan Agama Islam Sarawak pula bertanggungjawab mengajar mata pelajaran Bahasa Arab.

Pengambilan awal pelajar adalah seramai 50 orang iaitu 25 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perampuan. Kemasukan pelajar tersebut adalah setelah lulus menduduki Ujian Kemasukan Ke Tahun satu Sekolah Agama yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Pendidikan Bahagian dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

Memandangkan Bangunan MAKSAK tidak dapat menampung bilangan pelajar yang bertambah setiap tahun, maka Jabatan Agama Islam Sarawak dangan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak telah membina sebuah sekolah bangunan sementara di tapak sebenar iaitu di Lot 1150 Kampung Seberang, Jalan Rentap, Sarikei. Sesi persekolahan di tapak sebenar pun bermula pada 10 Mac 1997.

Setelah sekian lama menanti, bangunan tetap yang baru telah siap dibina pada 1 Ogos 2002. Bangunan tetap ini telah digunakan sepenuhnya mulai 2 Ogos 2002 hingga sekarang.

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

1.Ali bin Bujang ( 14.11.1992 hingga 20.07.1993 )

2.Awangku Ibrahim bin Awang Hussien ( 21.07.1993 hingga 09.07.1995 )

3.Maria binti Razali ( 10.07.1995 hingga 20.04.1997 )

4.Nasir bim Masani ( 21.04.1997 hingga 30.12.1997 )

5.Abdul Raziz bim Muraee ( 31.12.1997 hingga 24.11.1998 )

6.Husfa binti Jamaluddin ( 25.11.1998 hingga 02.11.2001 )

7.Mahdi bin Ain ( 03.11.2001 hingga 04.11.2002 )

8.Aziz bin Bawi ( 05.11.2002 hingga 16.07.2007 )

9.Mahdi bin Ain ( 01.09.2007 hingga 24.11.2017 )

10.Jamaluddin bin Sahari ( 2018 hingga sekarang )

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Agama Sarikei
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sarikei
96100, Sarikei
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084655920
Fax = 6084651710

Pautan luar[sunting | sunting sumber]