Sekolah Kebangsaan Ajil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ajil
Lokasi
Pekan Ajil,, Ajil, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoGURU CEMERLANG
MURID GEMILANG
SEKOLAH TERBILANG
Ditubuhkan2002
Nombor sekolah6096861154
Kod sekolahTBA5053[1]
Guru besarTUAN HAJI MOHD ZAKI BIN TAIB
GPK Pentadbiran dan AkademikK.D FOLONIAH @ NUR LIANNA BT. ABDULLAH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNORRA BINTI MOHD BASIR
Penolong Kanan KokurikulumROHANI BINTI MAT SALLEH
Faks6096861159
Laman sesawang
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude. Koordinat: 5°05′11″N 103°04′53″E / 5.086425°N 103.081498°E / 5.086425; 103.081498
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Ajil merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pekan Ajil , Ajil , Terengganu Darul Iman, Malaysia. Kedudukan sekolah ini agak strategik kerana ianya berhampiran dengan Pekan Ajil, Pejabat Pos, Balai Polis, Pos Imigresan, Loji Percetakan New Straits Times, Balai Hutan Ajil, Klinik, Kawasan Perindustrian Ajil dan Sekolah Menengah Ajil.


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ajil memiliki 183 pelajar lelaki dan 154 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 337 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ajil mula dibina pada tahun 2002, di bawah peruntukan “design and built” oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kawasan sekolah ini adalah seluas 4.682 hektar, dibina dengan menimbus kawasan berpaya yang dalam (dulu kawasan ini dikenali oleh penduduk kampung di sekitarnya sebagai Paya Besar). Oleh kerana projek sekolah ini dikategorikan sebagai ”Projek Sakit”, pembinaannya tergendala dan lambat disiapkan.

Pada 1 Mei 2007, dua orang guru dilantik sebagai perintis di sekolah ini iaitu :

i. En. Mohd Azam b. Puteh – sebagai Penolong Kanan 1 : Dari Sekolah Kebangsaan Seri Berang.
ii. En. Mohd Zubir b. Abdullah – sebagai Penolong Kanan Kokurikulum : dari Sekolah Kebangsaan Kuala Berang.

Kedua-dua guru ini dibantu oleh Cik Norasidah bt. Deraman selaku Pembantu Tadbir (N17) dan Puan Azuraidah bt. Ramli (N1) serta Pembantu Pengurusan Murid, Puan Rafidah bt. A. Aziz @ Musa (N17).

Pada 10 Jun 2007, sesi persekolahan penggal kedua bermula, Sekolah Kebangsaan Ajil mula menerima murid seramai 239 orang bagi Tahun 1 hingga Tahun 5. Ke semua murid-murid ini adalah dari Sekolah Kebangsaan Bukit Perah. Murid yang dihantar ke sekolah ini adalah merupakan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah dari persekitaran kampung seperti berikut :

i. Pekan Ajil
ii. Kampung Bukit Ara
iii. Kampung Tok Gebuk
iv. Kampung Merbau Pulas
v. Kampong Cerang Nibung
vi. Kampung Kolam

Guru Besar pertama sekolah ini ialah YM Syed Ahmad b. Syed Hassan yang mula bertugas di sekolah ini pada 1 Julai 2007. Pada 16 April 2008, beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pauh dan diganti dengan guru besar yang kedua iaitu Haji Mohd Zaki b. Taib dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ajil
Pekan Ajil , Ajil, Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096861154
Fax = 6096861159

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]