Sekolah Kebangsaan Apal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Apal
Lokasi
Kampung Apal, Jerteh, Terengganu Darul Iman
 Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096942146
Kod sekolahTBA0026[1]
Faks6096942146
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Apal merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Apal , Jerteh , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Apal memiliki 205 pelajar lelaki dan 197 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 402 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Apal merupakan antara sebuah sekolah terawal ditubuhkan di Daerah Besut. Ia telah ditubuhkan memandangkan keperluan pendidikan secara formal pada masa itu bagi penduduk kampung sekitar kawasan Apal seperti Kampung Gong Lilit, Gerong, Apal Muda, Apal Tua, Batang Gergaji dan sebahagian Kampung Gong Nangka.

Bangunan asal sekolah telah didirikan di atas tanah yang didermakan oleh Haji Said yang merupakan seorang hartawan di Kampung Apal. Bangunan sekolah ini dibina dari tiang kayu macang dan tembesu dengan cara gotong royong. Bangunan sekolah yang didirikan panjangnya 80 kaki dan 20 kaki lebar.(Asalnya 60 kaki panjang ditambah kemudian menjadi 80 kaki.) Sehingga tahun 1951, jumlah muridnya ialah seramai 80 orang.

Upacara perasmian pembukaan telah diadakan pada 3 Mac 1951 oleh Dato Haji Ali bin Long selaku Nazir Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Apal
Kampung Apal , Jerteh , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096942146
Fax = 6096942146

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]