Sekolah Kebangsaan Ara Rendang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Ara Rendang
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah PBA2001
Lokasi  Malaysia Kepala Batas13220, Kepala Batas,, Mutiara Timur, Malaysia
Telefon +604-5755229
Faks +604-5792786


Sekolah Kebangsaan Ara Rendang atau nama ringkasnya SK Ara Rendang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kepala Batas.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ara Rendang memiliki 505 pelajar lelaki dan 443 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 948 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1929, bermula sebagai sekolah rakyat. Bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah dibina di atas sebidang tanah berhampiran kawasan sawah. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Ishak bin Ahmad.

Enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1934, kawasan sekolah ini dapat diperluaskan sehingga kira-kira dua ekar setengah kerana beberapa orang penduduk kampung mendermakan tanah mereka untuk memajukan sekolah ini. Dengan demikian, dua buah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu dapat didirikan. Dengan jumlah enam buah bilik darjah, seramai kira-kira 140 orang murid dapat ditampung untuk belajar di sekolah ini.

Menjelang tahun 1962, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung kira-kira 220 orang murid.

Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ara Rendang
Kepala Batas
13220, Kepala Batas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = +604-5755229
Fax = +604-5792786

Pautan luar[sunting | sunting sumber]