Sekolah Kebangsaan Ayer Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ayer Merah
Center
Lokasi
Kampong Kuala Ayer Merah, 18500, Machang,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan (1951 -02-03) 3 Februari 1951 (umur 73)
Nombor sekolah6099750220
Kod sekolahDBA2162
Guru besarEn Mohamad Mat Jusoh
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Wan Zin Wan Mamat
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Hjh Rosnani Mustapha
Penolong Kanan KokurikulumPn Norelani Abdul Jamil
Faks6099750225
Map


Sekolah Kebangsaan Ayer Merah atau nama ringkasnya SK Ayer Merah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Kuala Ayer Merah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ayer Merah memiliki 199 pelajar lelaki dan 194 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 393 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya Sekolah Kebangsaan Ayer Merah dibuka sebagai sebuah sekolah melayu rakyat Kuala Ayer Merah Machang pada 3 Febuari 1951. Ia telah dibangunkan oleh orang-orang kampung dengan cara bergotong-royong. Pengasasnya En. Harun b. Junoh seorang dukun yang terkenal. Bangunan dibuat daripada kayu-kayu bulat, berdinding buluh beratap sagu dan berlantaikan tanah. Panjangnya 32x16 kaki persegi. Pada tahun 1957 nama sekolah diubah kepada 'Sekolah Umum Rakyat Kuala Ayer Merah' kemudian berubah menjadi 'Sekolah Kebangsaan Rakyat Ayer Merah'. Tahun 1959 bangunannya ditumpangkan di rumah Pengerusi PIBG En. Harun b Junoh untuk sementara waktu.

Dalam tahun 1960 sebuah bangunan tambahan didirikan berhampiran dengan bangunan tersedia, secara bergotong-royong oleh guru-guru Ahli Jawantankuasa Sekolah dan Ibu Bapa. Panjangnya lebih kurang 60'x32' kaki. Bahan-bahan terdiri daripada kayu pepis, dinding papan dan atap sagu.

Pada bulan April 1964, kerajaan membina sebuah bangunan berkeadaan separuh kekal. Panjangnya bangunan ini 180'x20' kaki dengan lantai yang bersimen, berdinding papan dan beratap ardex. Apabila pihak kerajaan mengambil alih jentera pentadbiran sekolah pada bulan Jun 1966, nama sekolah ditukarkan kepada 'Sekolah Kebangsaan Ayer Merah, Machang Kelantan'.

Awal tahun 1983, Sekolah Kebangsaan Ayer Merah menampakkan wajah yang baru tersegam indahnya bagaimana bangunan baru bertingkat dua yang boleh mulai digunakan. Walaupun begitu bangunan lama masih juga diperlukan.

Pada 25 Julai 1986 sekolah ini mendapat peruntukan sebanyak RM50000.00 dibawah projek 'Gotong-royong' oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina sebuah bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah dan pada 14 Oktober 1986 bangunan tersebut telah siap dibina dan digunakan.

Sekolah ini terus memberikan sokongan dan bakti dalam usaha memberi pendidikan yang secukupnya untuk kanak-kanak di kawasan Jalan Bukit Bakar.

Pada tahun 1988, sekolah ini telah dipilih menyertai pertandingan sekolah cantik dan pada tahun 1991 sekolah ini telah mendapat johan sekolah tercantik peringkat Negeri Kelantan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ayer Merah
Kampong Kuala Ayer Merah
18500, Machang
Kelantan,  Malaysia
Telefon = 6099750220
Fax = 6099750225

Pautan luar[sunting | sunting sumber]