Sekolah Kebangsaan Balun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Balun
Lokasi
Kampong Balun, 35820, Slim River,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1925
Nombor sekolah6054527044
Kod sekolahABA0022
Faks6054527044


Sekolah Kebangsaan Balun atau nama ringkasnya SK Balun, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Balun.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Balun memiliki 85 pelajar lelaki dan 64 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 149 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Sekolah Kebangsaan Balun bermula pada tahun 1925, apabila Ketua Kampung Datuk Ibrahim bersama – sama anak buahnya telah mendirikan sebuah surau atau madrasah ( dikenali sebagai Madrasah Tinggi ) dan sebuah sekolah. Tapak untuk membina sekolah ini adalah tanah kepunyaan Datuk Ibrahim sendiri ( atas nama anak lelakinya Wah b. Ibrahim ) . Sekolah yang dibina itu telah mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran Perak pada tahun 1926 . Pada ketika kelas dimulakan , bilangan murid – muridnya ialah antara 30 – 40 orang sahaja dengan seorang guru kampung .

Pada tahun 1932 Datuk ketua kampung telah mencadangkan agar Sekolah Kampung Balun ini diserahkan kepada Kerajaan iaitu Pejabat Pelajaran Perak, Taiping. Pada 1 Oktober 1932 , pihak Jabatan Pelajaran telah menghantar seorang guru kerajaan sebagai Guru Besar. Beliau ialah Encik Abdul Aziz b. Ahmad lepasan MPSI Tanjung Malim . Memandangkan bilangan murid telah bertambah ramai , Kerajaan telah menghantar seorang guru penolong pada 25 Mac 1933.

Pada tahun 1934, Datuk Ibrahim telah menyerahkan tapak sekolah seluas 3 ekar 0 road 38 pole ini kepada pihak Pejabat Pelajaran Perak dan telah digezetkan mengikut gezet 3692 of 13.7.1934. Mukim Slim. Pada tahun 1939 seramai 5 orang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Balun ini. Seorang guru agama dihantar pada tahun 1942. Beliau ialah Ustaz Abu Shahid bin Yeop Shukor.Pada masa pemerintahan Jepun (1942 - 1945), sekolah ini juga telah dijadikan sebagai pusat latihan bahasa Jepun.

Pertama kalinya kelas darjah enam diadakan pada tahun 1955 dengan gurunya En. Buyung bin Kamat. Tetapi dengan arahan Pejabat Pelajaran Perak, kelas darjah enam itu telah dipindahkan ke Slim River bersama-sama dengan gurunya sekali. Walaupun begitu pada tahun 1966, kelas darjah enam itu dibuka semua dengan bilangan muridnya seramai 27 orang. Gurunya pula ialah En. Mohd. Dahalan bin Yaakob dan beliau menjadi guru besar Sekolah Kebangsaan Balun yang ke-10. Pelajaran bahasa inggeris telah mula diajar di sekolah ini pada tahun 1959 oleh gurunya En. Sarjit Singh Baidy.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Balun
Kampong Balun
35820, Slim River
Perak Darul Ridzuan,  Malaysia
Telefon = 6054527044
Fax = 6054527044

Pautan luar[sunting | sunting sumber]