Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah MBB2038
Lokasi  Malaysia No 17 Jalan Parameswara75000, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah, Malaysia
Laman web Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir
Telefon 6062822896
Faks 6062813798


Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir atau nama ringkasnya SK Bandar Hilir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di No 17 Jalan Parameswara.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir memiliki 656 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 656 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009

Malacca Government Preparatory School itulah nama pertama yang diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir (SKBH) pada tahun 1908. Miss Isabella William & Clive William telah ditugaskan untuk menubuhkan darjah 1. Miss Isabella dilantik menjadi guru besar kepada 26 orang murid. Manakala, Miss Clive ditugaskan sebagai Penolong Kanan. Yuran sebanyak RM 1.00 dikenakan kepada semua murid. Namun, setahun kemudian, Mr. R.C. Dredge mengambil alih jawatan Miss Isabela yang meletak jawatan sebagai guru besar. Tahun 1915 pula memperlihatkan Mr. Richards menjadi guru besar. Pada tahun berikutnya, bilangan murid bertambah ke 105 orang. Pada 1920, murid-murid terpaksa dibahagikan kepada empat kelas memandangkan jumlah murid mencapai 123 orang. Pada 1922, bangunan Maktab Perguruan Melayu Melaka (MPMM) iaitu bangunan lama SKBH sekrang ini telah diserahkan kepada “Malacca Government Preparetory School “ kerana maktab tersebut telah dipindahkan di Tanjung Malim. Yuran sekolah pada 1923 dinaikan sebanyak RM 2.00 apabila murid mencecah 324 orang. Pada waktu ini nama sekolah ditukar kepada Bandar Hilir English School (BHES).Yuran sekali lagi dinaikkan sehingga RM 2.50 pada 1926. 1927, apabila Captain O.G. Williams menjadi Guru Besar, kelas khas untuk pelajar Melayu (Special Malay Class) ditubuhkan. Kebanyakan murid di seluruh negeri Melaka datang belajar di BHES. Dalam tahun ini juga pertukaran murid-murid dari BHES ke Tengkera Engliah School – untuk ke sekolah menengah semua murid BHES telah dihantar ke Sekolah Tinggi Melaka, Melaka.Apabila Mr. E.A.H. Ellis menjadi Guru Besar, pentadbiran sekolah lebih teratur dengan penggunaan rekod pendaftaran dan jadual kedatangan yang lengkap. Pada 1941, jawatan Guru Besar dipegang oleh P.F. Pereira (sebelum itu ia dipegang oleh En. E.W. Reeve). Pada 1951, 2 blok bangunan bawah yang mengandungi 6 buah bilik darjah telah dibina di hujung padang berdekatan Jalan Chan Koon Cheng. Satu blok mengandungi 5 buah bilik darjah telah dibina berdekatan bangunan asal. Bilangan murid adalah 608 orang. Pada 1960, akibat daripada peningkatan murid kepada 1671 orang dan kelas yang tidak mencukupi, sekolah terpaksa dibahagi kepada dua sesi (pagi & petang). Ia juga digelar BHES1 (sesi pagi) & BHE2 (sesi petang). Malah, Guru Besar juga berlainan untuk kedua-dua sesi. Bahasa penghantar yang selama ini dikuasai Bahasa Inggeris bertukar menjadi Bahasa Melayu pada 1970. Pada 1972, pembinaan 2 blok 1 tingkat yang mengandungi 14 bilik darjah lengkap beserta bilik Guru Besar, pejabat, tandas dan kantin. Sekarang bangunan sekolah ini mengandungi 7 blok yang didirikan dalam kawasan 2 ekar 3 rd 25 pole termasuk padang. Pada 1976, BHES ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Hilir (kini Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir).


Falsafah SKBH[sunting | sunting sumber]

  • Pendidikan di SKBH adalah satu proses untuk melahirkan murid-murid yang berpengetahuan, berkebolehan, berkemahiran, berketrampilan, berakhlak sebagai insan sempurna sepertimana yang dikehendaki keluarga, masyarakat, dan negara.
  • Untuk mencapai hasrat ini, warga SKBH semestinya bersikap dedikasi kepada kecemerlangan sekolah, memperbaiki hubungan dua hala, sentiasa hormat-menghormati, penuh komitmen, membuat perancangan bersama dan mengecap kecemerlangan melalui kerjasama


Visi SKBH[sunting | sunting sumber]

meningkatkan proses pendidikan di tahap yang terbaik dengan memantapkan amalan budaya kerja cemerlang.


Misi SKBH[sunting | sunting sumber]

Menumpukan usaha, tenaga, kemahiran dan ketrampilan dengan memberikan perkhidmatan dan pendidikan berkualiti supaya melahirkan semua murid menguasai 3M dan memupuk nilai-nilai murni ke arah membentuk insan yang sempurna dan berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


Matlamat SKBH[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan anak didik diberikan pendidikan yang bermutu dan terbaik, untuk melahirkan insan yang sempurna dan berwawasan berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Iklim dan budaya sekolah yang harmonis, muhibah dan adil, dapat mewujudkan budaya kerja dalam satu pasukan, bersemangat kekitaan serta memupuk sikap cintakan sekolah dan negara di kalangan warga sekolah.


Objektif SKBH[sunting | sunting sumber]

• Mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan maksimum Pusat Sumber Sekolah dan peranan panitia. • Mempertingkatkan disiplin agar anak didik mempunyai nilai-nilai murni dan akhlak mulia. • Mendapatkan kejayaan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum • Menanamkan nilai-nilai positif dan sikap bekerjasama, bertanggungjawab serta bertoleransi dalam semua bidang. • Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang sama dan bermutu.


Lambang Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana1.jpg

WARNA

    • Putih Melambangkan kebersihan, ketekunan, berilmu, kejayaan

dan keamanan yang disemaikan di sekolah yang tertulis di tapak putih itu

    • Biru Melambangkan perpaduan dan muhibbah di antara murd di sekolah ini
    • Merah Melambangkan keteguhan dan ketekunan


RUPABENTUK

Dalam bulatan di tengah-tengah dibahagikan pada empat petak

• Petak sebelah kiri atas mengandungi huruf BH dan petak sebelah kanan bawah mengandungi ES. Huruf ini disatukan menjadi BHES ( Bandar Hilir English School ) yang melambangkan sebuah sekolah yang tertua dalam negeri Melaka yang diasaskan dalam tahun 1908.

• Petak sebelah kanan atas gambar Kota A Farmosa melambangkan sejarah silam Negeri Melaka

• Petak kiri bawah melambangkan bunga bangsa

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir
No 17 Jalan Parameswara
75000, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 6062822896
Fax = 6062813798

Pautan luar[sunting | sunting sumber]