Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching
Lokasi
Jalan 1/1, Bandar Rinching, SEMENYIH, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah387247725
Kod sekolahBBA4052
Guru besarAzril Sham Bin Mohamed
Faks387246712


Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching atau nama ringkasnya SK Bandar Rinching, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan 1/1, Seksyen 1 Bandar Rinching.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching memiliki 924 pelajar lelaki dan 838 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1762 orang. Ia mempunyai seramai 110 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, dibuka secara rasmi pada 1 Januari 2003. Pada awal pembukaan ia hanya menempatkan murid tahun 1 hingga 4 sahaja dengan bilangan guru seramai 26 orang, bilangan murid 500 orang dan dibantu oleh seorang kakitangan sokongan, pada waktu itu sekolah ditadbir oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum iaitu Puan Hajah Hamsiah binti Mohamad, sebelum kedatangan Guru Besar iaitu Encik Md Tumiran bin Sapuan pada 1 April 2003. Pada tahun 2004,kemasukan murid tahun 5 telah dibuka. Pada tahun 2005, kemasukan murid tahun 6 juga telah dibuka. Pada tahun 2005 juga sekolah ini telah mencatat sejarah dengan kejayaan 22 orang muridnya yang telah berjaya mendapat keputusan 5A bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Pada tahun 2006,21 orang muridnya telah berjaya mendapat 5A bagi UPSR.Pada tahun 2016, sebanyak 5 orang telah mendapat 6A bagi UPSR.

Kedudukan sekolah yang strategik terletak antara Bandar Kajang dan Seremban dan kepesatan pembangunan kawasan sekitar menyebabkan sekolah ini menjadi tumpuan penduduk setempat. Murid sekolah ini datang dari sekitar Bandar Rinching yang sebelum ini pergi ke Sekolah Kebangsaan Semenyih.

Sehingga 2007 SKBR mempunyai dua sessi persekolahan dengan bilangan tenaga pengajar seramai 79 orang dan 1446 orang murid termasuk 36 orang murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelaran. Pentadbiran sekolah turut dibantu oleh 4 orang kakitangan sokongan. Kemudahan prasarana yang terdapat di sekolah ini merangkumi 30 Bilik Darjah, 2 Makmal Sains, 2 Bilik ICT, Perpustakaan, Bilik Bimbingan Dan Kaunseling, Bilik Rawatan, Bilik SPBP, Bilik Pemulihan, Bilik J-QAF, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Mesyuarat, Bilik Guru, Ruang Pentadbiran, 2 Bilik Persalinan, Surau, Kantin, dan pelbagai kemudahan lain.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching
Jalan 1/1, Bandar Rinching,
43500
Selangor,  Malaysia
Telefon = 387247725
Fax = 387246712

Pautan luar[sunting | sunting sumber]