Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn
Ditubuhkan 1993
Jenis Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BBA4034
Lokasi  Malaysia Jalan Suasana,Bandar Tun Hussein OnnCHERAS, Selangor, Malaysia
Nama singkatan SKBTHO
Telefon 390763548
Faks 390804800


Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn atau nama ringkasnya SK Bandar Tun Hussein Onn, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Suasana,Bandar Tun Hussein Onn.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn memiliki 1100 pelajar lelaki dan 1061 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2161 orang. Ia mempunyai seramai 104 orang guru.2009

Isi kandungan

Sejarah[sunting]

Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn telah dibina pada tahun 1993 dan terletak di Cheras. Bilangan murid sehingga Januari 2008 ialah seramai lebih kurang 2200 orang. Murid-muridnya terdiri dari berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Bilangan guru pula seramai kira-kira 107 orang. Mempunyai dua sesi iaitu pagi dan petang.

Guru besar sekarang ialah Encik Abdull Razak Mustofah. Sekolah ini telah banyak mengungguli banyak dalam bidang yang disertainya seperti sukan, akademik dan ko-kurikulum terutama di kawasan Cheras. Tahun 2007 SKBTHO juga telah menjadi Johan Kuiz Kesihatan peringkat Kebangsaan.

Lagu sekolah[sunting]

Ilmu Amal Jasa,
Teras pegangan mulia,
Membentuk sahsiah diri,
Ke arah insan sejati.

Berazam berusaha,
Pendidik berdedikasi,
Semangat jitu di jiwa,
Berdisiplin berharmoni.

Terus maju dan cemerlang,
SK Bandar Tun Hussein Onn,
Terus unggul dan gemilang,
Abadi tetep dikenang.

Tabur bakti suci,
Mendidik putra dan putri,
Didikan yang berkualiti,
Membina warga bestari.


Alamat[sunting]

Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn
Jalan Suasana,Bandar Tun Hussein Onn
Selangor, Malaysia
Telefon = 390763548
Fax = 390804800

Pautan luar[sunting]