Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching
Lokasi
Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Berdisiplin, Berusaha
Nombor sekolah082-421942
Kod sekolahYBB1203[1]
Guru besarPuan Sa'diah Binti Bakar
GPK Pentadbiran dan Akademik082-245831
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid082-245831
Penolong Kanan Kokurikulum082-245831
Faks082-231193


Sekolah Kebangsaan Batu Lintang atau nama ringkasnya SK Batu Lintang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan College, 93200 Kuching, Sarawak.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang memiliki 121 orang pelajar lelaki dan 140 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 261 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Pada tahun 2018 pula seramai 171 orang murid lelaki dan 130 orang murid perempuan menjadikan jumlah 301 orang murid.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SRK Batu Lintang sekarang letaknya di Jalan Kolej, kira-kira 1/4 km dari Jalan Batu Lintang, salah sebuah sekolah rendah yang menampung pelajaran sekolah bagi anak-anak pegawai kerajaan dan awam dalam lingkungan dua kilometer dari pusat bandar Kuching. Jiran sebelah utara sekolah itu ialah Sekolah Rendah Pendidikan Khas (cacat penglihatan), sementara ke selatannya ialah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Nama Sekolah ini berasal daripada nama kawasan letaknya bangunan sekolah ini sendiri iaitu Batu Lintang, di mana ia juga dikenali sebagai Batu Kenyang yang melintang Jalan. Sekolah ini telah dimulakan pada tahun 1960 dengan nama Batu Lintang Primary School, menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pada dasarnya, penubuhan sekolah ini ialah satu sambungan Maktab Perguruan Batu Lintang, di bawah Jabatan Pelajaran Sarawak. Guru Pelatih dan pensyarah menggunakan sekolah dan mempraktikkan teknik pengajaran. Bilangan bilik darjah yang terdapat pada masa itu hanya 6 buah bilik sahaja. Sekolah berkembang dengan pesat sejak penubuhan hinggalah difikir perlu menambah bilik darjah bagi menampung bilangan murid yang semakin ramai. Pada tahun 1966, sudah terdapat 11 bilik darjah. Disebabkan kawasan sekolah yang terhad, maka bilangan kelas tidak dapat ditambah walaupun perlu berbuat demikian. Hanya pada tahun 1982 hinggalah sekarang sekolah ini mempunyai 13 buah bilik darjah. Sekarang ini, sekolah ini melibatkan dua sesi persekolahan, iaitu sesi pagi dan sesi petang (sesi pagi 10 buah kelas yang diguna sama dan sesi petang 5 buah yang juga diguna sama). Dua sesi persekolah ini telah dimulakan pada sesi persekolah pada tahun 1993/1994 dengan 10 buah kelas pagi dan 4 buah kelas pada petangnya. Dua buah daripada kelas ini telah diubah suai menjadi Bilik Sumber dan Bilik Kemahiran Hidup.

Sebelum itu,dalam tahun 1968, sekolah berpindah bangunan baru yang mengandungi 12 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik Pejabat Am, sebuah bilik Guru, sebuah untuk Klinik Pergigian Sekolah, dua buah bilik stor, dua buah tandas Guru dan empat buah tandas murid. Sementara itu, bangunan lama telah digunakan oleh Kanak-kanak Pendidikan Khas Cacat Penglihatan yang ada sekarang ini.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah Cik Paula Lai. Memandangkan kepada perubahan semasa pada 1964, sekolah ini dialih tadbir oleh KMC iaitu Kuching Municipal Council. Serentak itu, bertukarlah nama sekolah Batu Lintang Council School. Pada waktu itu Guru Besarnya ialah Cik Tang Yaw Ngo. Dalam tahun 1973 apabila kerajaan mengambil alih sekolah-sekolah bantuan, maka sekolah ini bertukar nama sekali lagi kepada Sekolah Kerajaan Batu Lintang. Sejak itu, bertukarlah bahasa penghantar daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia. Guru Besar waktu itu ialah Encik Liaw Chin Sing.

Secara rasminya pada bulan April 2017, SK Pendidikan Khas (B) telah menyerahkan kembali bangunan tersebut dan berpindah ke Matang Jaya kuching. Justeru itu, pihak sekolah berusaha untuk mencari dana bagi mengindahkan kembali sekolah bekas tapak SK Pendidikan Khas. Bilik pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik surau, bilik guru besar, bilik penolong kanan juga berpindah ke bangunan ini kerana ruang bilik yang sempit.

Pada tahun 2018, buat pertama kalinya mempunyai kelas Program Pembelajaran Khas Integrasi (PPKI) untuk murid berkeperluan khas dan satu sesi persekolahan sahaja telah diluluskan. Pada tahun 2022 pula, seramai 364 murid telah mendaftar termasuk kelas perdana, kelas PPKI dan kelas Prasekolah. Staf akademik mempunyai seramai 30 orang dan staf bukan akademik adalah seramai 6 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Batu Lintang
Jalan Kolej,
93200 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Telefon Pejabat Am  : 082-421942
Telefon Bilik Guru Besar  : 082-244526
Telefon Bilik Penolong Kanan : 082-245831
Faks  : 082-231193
Emel Rasmi  : ybb1203@moe.edu.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]