Sekolah Kebangsaan Behor Empiang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Behor Empiang
Lokasi
Jalan Abi Tok Hashim, 01000, Kangar,, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Cerna Minda
Nombor sekolah6049772136
Kod sekolahRBA0088
Guru besarPn.Norma binti ishak
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Norsanita binti md haris
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Azharin Bin Ariffin
Penolong Kanan KokurikulumEn. Zamri Bin Abu Hassan
Faks6049772136
Map


Sekolah Kebangsaan Behor Empiang atau nama ringkasnya SK Behor Empiang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Abi Tok Hashim, Perlis, Malaysia. Pada 2009, SK Behor Empiang memiliki 173 pelajar lelaki dan 165 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 338 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru

Sejarah[sunting | sunting sumber]


SEJARAH SK BEHOR EMPIANG

Sekolah Kebangsaan Behor Empiang mula dibina pada tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada tahun 2001 dengan kos melebihi RM 7 juta.

Sekolah ini dinamakan sempena nama sebatang pokok iaitu “pokok empiang” yang pada masa dahulu terdapat di persekitaran kampung Behor Empiang yang sekaligus juga menjadi mercu nama kampung dan sekolah ini.

Persekolahan pertama bermula dan dibuka pada awal tahun 2002 dengan bilangan murid seramai 230 orang dan 16 orang tenaga pengajar yang menjadi rintis kegemilangan sekolah ini. Terdapat sebanyak 24 buah bilik yang mampu menampung seramai 600 hingga 1000 orang pelajar. Namun begitu kerana terdapat beberapa sekolah yang berhampiran seperti Sekolah Rendah Islam 1 dan SK Putra menjadikan bilangan pelajar sekolah ini tidak seperti yang diharapkan.

Latar belakang murid terdiri daripada pelbagai demografi dan sosio ekonomi. Ibu bapa yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, golongan profesional, pekerja swasta, pekerja persendirian dan petani yang tinggal di persekitaran atau yang berhampiran. Kini sekolah ini telah mencapai usia 19 tahun sejak ia dibina. Banyak kejayaan yang telah dicapai sama ada dalam bidang akademik, ko akademik, dan kokurikulum.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]


Alamat Sekolah

- Sekolah Kebangsaan Behor Empiang Jalan Abi Tok Hashim 01000, Kangar, Perlis, Malaysia

Lain - Lain
- No.Telefon = 6049772136
- Fax = 6049772136

Pautan luar[sunting | sunting sumber]