Sekolah Kebangsaan Belukar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Belukar
Lokasi
 Malaysia Kampong Belukar, 18500, Machang,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099750112
Kod sekolahDBA2164
Faks6099750110
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Belukar atau nama ringkasnya SK Belukar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Belukar.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Belukar memiliki 285 pelajar lelaki dan 282 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 567 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Disalin semula dari Buku Profil Sekolah.,

Institut Aminudin Baki

Kementerian Pendidikan Malaysia

1994

Lebih kurang dalam tahun 1948, kesedaran telah timbul tentang peri mustahaknya pelajaran dan persekolahan di sekitar Mukim Ulu Sat, Machang, Kelantan. Maka dengan usaha Al-Marhum Tuan Haji Ahmad bin Ab Ghani (Imam Tua) Mukim Ulu Sat, Machang bermulalah sebuah bilik darjah yang boleh menampung lebih kurang 50 orang bercampur lelaki dan perempuan. Bilik darjah ini dibina di bawah rumahnya sendiri. Guru yang mengajar pada ketika itu ialah Encik Ibrahim dan Encik Mustapha bin Omar.

Gaji guru-guru pada masa itu adalah hasil pungutan satu ringgit seorang dari setiap orang murid dan kadang-kadang ada juga dengan bayaran zakat. Perkembangan persekolahan

bertambah pesat, bilik darjah yang dibina di bawah rumah itu tidak sesuai lagi, sebab sempit dan tidak cukup bagi menampung keramaian yang bertambah. Dengan usaha dan ikhtiar Tuan Imam dan guru-gurunya maka darjah itu dipindahkan pula ke sebuah rumah tempat stor padi dari peninggalan Jepun dahulu dengan keluasan lebih kurang 30 x 30. Stor padi itu telah diperbaiki dan diubah suai bagi membolehkan murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa.

Keramaian murid telah meningkat kepada lebih daripada 70 orang. Maka dengan ini seorang guru telah ditambah iaitu Encik Rosdi bin Hj Ismail. Di sini bilik-bilik darjah sudah merupai sebuah sekolah rakyat (Arab) yang diberi nama Nahdatul Wataniah. Pada masa itu sudah terbentuk sebuah jawatankuasa bagi mentadbirnya iaitu dilantik seorang bagi setiap kampung.

Ahli Jawatankuasa tersebut terdiri daripada:

Pengerusi        : Tuan Haji Ahmad bin Ab. Ghani

Setiausaha      : En. Ibrahim bin Awang

Bendahari       : Tuan Haji Mohd Noor bin Ismail

Ahli Jawatankuasa        :

  Tuan Haji Idris bin Kassim

                          Tuan Haji Muhammad bin Keling

                          Tuan Haji Ahamd bin Mahmod

                          Tuan Haji Yaakob bin Isa

                          En. Salleh bin Ali

Tugas ahli jawatankuasa ini selain daripada mencari wang untuk membayar gaji guru-guru, mereka juga berikhtiar untuk mendapatkan tempat dan bangunan yang sesuai untuk menampung keramaian murid yang semakin bertambah. Hasilnya mereka memperolehi sebuah tapak iaitu berhampiran dengan sebuah ‘Market Mingguan’ di sini. Kira-kira dalam tahun 1950 terbinalah sebuah bangunan sekolah yang diperbuat daripada kayu bulat dan beratapkan nipah (sagu). Ia dibina di atas sebidang tanah seluas 60 x 20’ persegi. Walaubagaimanapun bangunan ini hanya dapat digunakan selama 10 bulan sahaja kerana telah musnah dipukul rebut. Murid-murid terpaksa pula berpindah dan belajar di sebuah stor padi Jepun yang dahulu.

       Pihak jawatankuasa telah mengadakan rundingan dengan pihak Ketua Jajahan Machang untuk menyempurnakan sekolah ini dan dibawa pula kepada pihak berkuasa, supaya pelajaran anak-anak tempatan tidak ketinggalan, tetapi tiada keputusan dicapai. Akhirnya pihak jawatankuasa telah memperolehi satu tempat untuk dibuat tapak bangunan baru dengan jalan dipinjam daripada tuan-tuan tanah berikut :

Tuan Haji Mohd Noor bin Ismail

Encik Daud bin Saamah

Puan Khadijah binti Osman

Maka dalam tahun 1951 pihak ahli jawatankuasa telah bergotong royong mendirikan sebuah bangunan kayu berukuran 100 x 30’. Pihak ahli jawatankuasa telah bergotong royong membina kerusi meja murid.

Guru-guru pada masa itu ialah :

Encik Yaakub bin Awang (Guru Besar)

Encik Ab. Wahab bin Abdullah

Encik Ab. Hamid bin Ismail

Keramaian murid-murid pada masa itu ialah kira-kira 100 orang. Pada peringkat ini pembayaran gaji guru-guru pula menjadi masalah. Pihak ahli jawtankuasa terpaksa pula berunding dengan pihak yang berkenaan untuk menyerahkan sekolah ini kepada kerajaan. Pihak Pejabat Pelajaran hanya sanggup menerima sekolah dan murid-murid sahaja tetapi gurunya tidak. Pihak ahli jawatankuasa tidak bersetuju dengan cara ini.

Walau bagaimanapun dalam tahun 1959 sekolah ini terus diambil kerajaan dan dibina sebuah bangunan baru yang lain sebagaimana yang ada sekarang dengan keluasan 100 x 20 kaki panjang. Guru Besar pada masa itu ialah Tuan Haji Hussen bin Awang. Pertambahan murid amat pesat di mana pada peringkat awal sekolah ini diambil alih oleh kerajaan pada tahun 1959, bilangan murid hanya 120 orang dan dalam tahun 1973 keramaian murid telah bertambah menjadi 289 orang dengan 10 orang guru.

Keluasan tanah adalah masalah besar untuk membina bangunan baru di sini. Beberapa rundingan dan perkiraan telah dibuat. Atas usaha Guru Besar sekarang (Encik Mohd Zain bin Yusof), perundingan telah dibuat dengan beberapa tuan tanah. Mereka membuat pertukaran dengan tanah kerajaan. Ada juga di antara meraka menyerah (menderma) terus tanah mereka kepada sekolah. Tuan-tuan tanah yang terlibat :

Tuan Haji Mohd Noor bin Ismail

Encik Daud bin Sulaiman

Encik Saman bin Mat Din

Puan Wan Khatijah binti Osman

Apabila tanah tapak sekolah diperolehi seluas kira-kira 6 ekar 500 depa maka satu permohonan telah dibuat kepada pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sebuah bangunan baru. Dalam tahun 1975, Jabatan Pelajaran Kelantan telah memasukkan projek bangunan baru bagi sekolah ini ke dalam Rancangan Malaysia Ketiga untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran. (Surat Jabatan Pelajaran PPKn.2482/SJ-55(64) bertarikh 3 Jun 1975)

Walaubagaimanapun pembinaan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan peruntukan dan beberapa masalah telah timbul. Projek ini dimasukkan pula ke dalam peruntukan pinjaman Bank Dunia yang keempat (Surat Jabatan Pelajaran PPKn.2482/SJ-55(64) bertarikh 7 Mei 1977).

Akhirnya pada 22hb Jun 1980 proses pembinaan bagi bangunana baru yang berkeluasan 240 x 25 kaki itu pun bermula. Bangunan dua tingkat dengan peruntukan asalnya RM380,000.00 dijangka siap pada 20 September 1981 mengandungi 9 buah bilik darjah, sebuah pejabat, bilik guru, sebuah bilik TV dan sebuah bilik perpustakaan. Kemudahan-kemudahan lain ialah sebuah kantin., tempat perhimpunan murid serta pagar sekolah.

Pembinaan sekolah terhenti sehingga disambung semula pada bulan September 1982. Kerja-kerja yang gagal untuk disiapkan dibahagikan antara beberapa orang kontraktor. Sekolah telah diduduki sebelum ianya disiapkan. Sekolah siap dibina sepenuhnya pada bulan November 1983.

Untuk menampung pertambahan murid, sebuah bangunan telah dibina secara gotong royong telah dibina pada 21 Ogos 1986. Bangunan ini siap dibina pada 15 Disember 1986 denan peruntukan sebanyak RM50 000.00.

Nama Guru Besar sekolah dari mula diambil oleh kerajaan sehingga sekarang ialah :

1.  En. Yaakub bin Awang                

(1951(Sekolah Rakyat) – 24.04.1964)

2.  Tuan Haji yaakub bin Awang      

(25.04.1961– 31.12.1967)

3.  En. Othman bin Abdullah            

(01.01.1968 – 31.12.1969)

4.  En. Ismail bin Salleh                      

(01.01.1970 – 31.12.1972)

5.  Tuan Haji Mohd Zain bin Yusoff            

(01.01.1973 - 1989)

6.  En. Jalaluddin bin Ngah                      

(1989 -1990)

7.  En. Ismail bin Awang                            

(1990 - 1995)

8.  Puan Hajah Rakiah binti Ab. Rahman

(1995 - 1996)

9.  Haji Yusoff bin Mohamad                    

(1996 - 1997)

10.                    Yang Mulia Raja Sayuti bin Raja Salleh      

(1998 - 1999)

11.                    En. Che Awang bin Che Amat          

(2000 - 2002)

12.                    Puan Rohani binti Mustapha        

(2003 - 2004)

13.                    En. Zahari bin Mohamad                      

(2005 – 2011)

14.                      Puan Hajah Wan Zainon binti Wan Ibrahim (2011 – hingga kini)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Belukar
Kampong Belukar
18500, Machang
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099750112
Faks = 6099750110

Pautan luar[sunting | sunting sumber]