Sekolah Kebangsaan Beruas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Beruas
Lokasi
Jalan Parit, 32700, Beruas,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoOTAK YANG BAIK DI TUBUH YANG SIHAT
Nombor sekolah6056740696
Kod sekolahABA1002
Faks6056740696
Map


Sekolah Kebangsaan Beruas atau nama ringkasnya SK Beruas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Parit.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Beruas memiliki 198 pelajar lelaki dan 176 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 374 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Beruas telah ditubuhkan pada tahun 1913. Pada masa itu,guru besarnya ialah En.Panjang Leman bin Kulub Umar.Semasa sekolah ini mula-mula dibuka murid-muridnya terdiri daripada murid lelaki sahaja iaitu seramai 60 orang.Pada tahun 1917, guru besarnya telah bertukar dan diganti pula oleh En. Ismail bin Abdullah. Pada masa itu bangunan sekolah hanya bangunan kosong yang tidak mempunyai bilik darjah. Lantainya diperbuat daripada kayu, dindinya daripada tepas dan beratapkan nipah.


Menjelang tahun 1918 bangunan-bangunan ini telah diperbesarkan untuk menampung keramaian murid. Pada tahun 1941, keadaan sekolah semakin sempit akibat pertambahan murid seramai 250 orang. Pada masa itu guru besarnya ialah En. Chik bin Jaafar.


Apabila pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942-43, tiada maklumat mengenai sekolah ini dicatitkan. Setelah tamat pendudukan Jepun sekitar tahun 1948, jumlah murid yang belajar meningkat kepada 330 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 8 orang. Oleh kerana bangunannya kecil dan sempit, maka orang kampung telah bergotong royong membina sebuah lagi sekolah cawangan.


Pada tahun 1950, jumlah murid meningkat menjadi 360 orang dan guru seramai 11 orang. Pada tahun ini juga, beberapa buah bangunan juga dibina.Pada tahun 1952, dengan bantuan kerajaan, sekolah ini mula dibekalkan dengan bekalan elektrik dan juga rumah-rumah guru. Pada tahun ini juga En. Alang Ibrahim b. Alang Abd Ghani telah menggantikan tempat En. Abd. Ghani bin Abd. Rahman.


Pada tahun 1953 jumlah murid telah berkurangan.Bagi kelas darjah 6 telah diadakan dua buah sekolah iaitu di Beruas dan Pengkalan Baru. Pada tahun ini juga, Special Malay Class telah diadakan di sekolah ini.


Menjelang tahun 1955, sekolah ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu;


i. Sekolah Beruas Lelaki
ii. Sekolah Beruas Perempuan.


Pada tahun 1956, tiada darjah vi di sekolah ini kerana kelas ini ditempatkan di SK Kampung Kota. Pada tahun1957, sekolah ini telah ditukarkan namanya kepada Sekolah Umum Beruas.Pada tahun 1959, sekolah ini ditukarkan namanya kepada SK Beruas. Murid juga telah meningkat kepada 440 orang.


Pada tanggal 13 Oktober 1963 merupakan tarikh bersejarah bagi Sek. keb. Beruas kerana bangunan batu 2 tingkat dan bangunan tandas telah dibina. Perasmian nya telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu YB Datuk Haji Abdul Hamid Khan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Beruas
Jalan Parit
32700, Beruas
Perak Darul Ridzuan,  Malaysia
Telefon = 6056740696
Fax = 6056740696

Pautan luar[sunting | sunting sumber]