Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh
Lokasi
Kampung Bukit Gemuroh,Jalan Sekayu,, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096881428
Kod sekolahTBA5011[1]
FaksTIADA
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Bukit Gemuroh,Jalan Sekayu , Kuala Berang , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh memiliki 93 pelajar lelaki dan 85 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 178 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh adalah sebuah sekolah yang terletak di tepi jalan pelancongan , iaitu jalan menuju ke Air Terjun Sekayu. Dibuka pada Tahun 1947. Bermula dengan bangunan kayu beratap nipah ( Sekolah Rakyat ). Bilangan pelajar ketika itu ialah 47 orang dan gurunya seramai 3 orang. Memandangkan pelajar sekolah ini bertambah ramai yang tediri daripada penduduk 3 buah kampung berdekatan, iaitu Kampung Bukit Gemuroh, Kampung Ipoh dan Kampung Kuala Menjing, maka dalam tahun 1950han , bangunan kayu separuh kekal telah dibina mengantikan bangunan sementara. ( JKR 534 ).

Pada tahun 1972 berlaku tambahan bangunan separuh kekal 3 bilik darjah (JKR 314) dan juga pembinaan kantin ( Bangunan Kayu JKR 533 ). Setelah lebih kurang 12 tahun , pada Tahun 1984 Bangunan Kekal 2 tingkat telah dibina ( JKR /HT 172 ) yang mengandungi 4 bilik darjah ,Pejabat ,bilik guru dan Pusat Sumber. Disebabkan berlaku perubahan sukatan yang memerlukan penggunaan bilik darjah khas , maka pada tahun 2000 telah dibina bangunan separuh kekal 2 bilik darjah dan juga Bangunan kelas Pra Sekolah. ( 2002 ).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh
Kampung Bukit Gemuroh,
Jalan Sekayu
Kuala Berang ,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Telefon = 6096881428
Fax = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]