Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (F)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (F)
Lokasi
Kampong Bukit Rokan Utara, 73200, Gemencheh,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064511446
Kod sekolahNBA5050
Faks6064511446
Map


Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (F) atau nama ringkasnya SK Bukit Rokan Utara (F), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Bukit Rokan Utara.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (F) memiliki 116 pelajar lelaki dan 104 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 220 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

sekolah ini ditubuhkan pada 16.05.1971. Sekolah ini didirikan atas daya usaha FELDA (pada masa itu di panggil LKTP), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Pihak FELDA berusaha menubuhkan sekolah ini bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. Pada asalnya anak-anak peneroka di sini bersekolah di kampung masing-masing. Lantaran itu adalah menjadi tanggungjawab pihak FELDA menyediakan sekolah bagi menyambung persekolahan anak-anak ini agar tidak ketinggalan. Sekolah yang berhampiran adalah Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan iaitu kira-kira 10KM daripada Felda ini. Ketika itu belum ada lagi terdapat sebarang kemudahan pengangkutan di sini.

Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara ini ialah Encik Mohamad June yang berasal dari Air Pak Abas, Melaka. Guru-guru biasa yang mengajar ketika sekolah ini dibuka antaranya ialah Cikgu Shuib, Cikgu Ramli Osman dan Cikgu Shidah. Mereka inilah merupakan guru-guru generasi pertama di sekolah ini yang mendidik anak-anak Felda Bukit Rokan Utara ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

LATAR BELAKANG

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

DEFINISI[sunting | sunting sumber]

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

TUJUAN[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

PELAKSANAAN[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-

  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (F)
Kampong Bukit Rokan Utara
73200, Gemencheh
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6064511446
Fax = 6064511446

Pautan luar[sunting | sunting sumber]