Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Song, 96850, Song,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah084-777263
Kod sekolahYCB7301
Faks084-777829


Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan atau nama ringkasnya SK Cardinal Vaughan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Song.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan memiliki 352 pelajar lelaki dan 286 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 638 orang. Ia mempunyai seramai 47 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan, Song (SK CVS) terletak di tebing Sungai Katibas dan bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Song. Sekolah Kebangsaan CVS mula dibina pada tahun 1956. Pengasas kepada pembinaan sekolah ini ketika itu ialah Reverend Father O’ Brain (Orang Belanda) dan Kaunselor Ling Chai Teh.

Tapak untuk membina sekolah ini adalah sumbangan percuma Kapitan Chua Hook Teck. SKCVS mula beroperasi pada tahun 1956. Cikgu Sigie ak Ngelambong merupakan guru perintis dan sekaligus sebagai guru besar ketika itu.

Pada hari pertama persekolahan, hanya 12 orang murid melapor diri. Bagaimanapun pada akhir tahun tersebut enrolmen bertambah menjadi 85 orang. Murid-murid yang menuntut di sekolah ini terdiri daripada anak-anak petani, buruh dan kakitangan kerajaan yang tinggal di persekitaran pekan Song dan 7 buah rumah panjang yang berdekatan. Murid-murid sekolah ini terdiri daripada bangsa Iban (majoriti), Melayu, Melanau, Kayan, Cina, Kenyah dan lain-lain.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Song
96850, Song
Sarawak, Malaysia
Telefon = 084-777475
Fax = 084-777475

Pautan luar[sunting | sunting sumber]