Sekolah Kebangsaan Chukai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Chukai
Lokasi
Jalan Penghiburan, Kemaman, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098591529
Kod sekolahTBA2001[1]
Faks6098594984
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Chukai merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Penghiburan , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Chukai memiliki 524 pelajar lelaki dan 478 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1002 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009

Pada tahun 2019,murid lelaki seramai 453 orang dan murid perempuan seramai 410 orang serta murid prasekolah seramai 50 orang, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 913 orang.

Mempunyai 74 orang guru dan 10 orang anggota kumpulan sokongan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Chukai
Jalan Penghiburan , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098591529
Fax = 6098594984
Email = tba2001@moe.edu.my

Sekolah Kebangsaan Chukai terletak di Chukai,Kemaman, Terengganu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kedudukan

SK Chukai mula dibuka pada tahun 1916 di pinggir sungai Kemaman sebelah timur Warf Kastam Kemaman dengan murid berjumlah 9 orang. Setelah beroperasi selama sebulan sekolah ini runtuh ke dalam sungai Kemaman.

Sekolah ini kemudian terpaksa berpindah beberapa kali. Mula-mula ke Jalan Abdul Rahman berhampiran dengan kubur Masjid Jamek Chukai kemudian di tapak Rumah Hakim Kemaman berhampiran dengan Dewan Bandaran Kemaman. Selepas itu tapaknya berubah lagi ke bangunan di Jalan Sulaimani berdekatan dengan stesen minyak Shell.

Pada tahun 1923 sekolah ini berpindah lagi di tapak bangunan rumah guru SJKC Chukai di Jalan Jakar sehingga tahun 1925 dan pada tahun 1926 ke bangunan dalam kawasan Hospital Kemaman.

Bangunan SK Chukai yang ketika itu dikenali sebagai Sekolah Melayu Chukai dibina pada tahun 1937 menggunakan bahan atap nipah berdindingkan pelupuh dan berlantaikan papan berukuran 120’x 26’.

Bangunan tambahan mula dibina mengikut pertambahan murid. Pada tahun 1948 bangunan kedua dibina dengan keluasan 50’x24’ kemudian diikuti dengan bangunan ketiga (1957) dan keempat (1960). Kedua-dua bangunan ini berukuran 60’x22’. Bangunan kelima pula didirikan pada tahun 1969 dengan keluasan 100’x26’.

Bangunan khas untuk murid-murid perempuan yang dibina pada tahun 1948 telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 27 Jun 1948. Semenjak itu sekolah berpecah menjadi Sekolah Melayu Laki-laki Chukai dan Sekolah Melayu Perempuan Chukai.

Selepas Perang Dunia Kedua, Sekolah Melayu Laki-laki Chukai telah dipecahkan menjadi Sekolah Kebangsaan Laki-Laki Chukai (menampung Darjah 1 – 5) dan Sekolah Kebangsaan Chukai Bandar (menampung murid Darjah 6 dan Darjah 7). Sekolah Kebangsaan Chukai Bandar beroperasi di bangunan Pejabat Daerah Kemaman lama iaitu tapak Dewan Bandaran Kemaman sekarang. Namun kedua-dua sekolah lelaki ini disatukan semula pada 18 Oktober 1959.

Apabila Sekolah Kebangsaan Pusat dibuka pada tahun 1965, semua murid Darjah 4, 5 dan 6 dari SK Chukai (L) dan SK Chukai (P) dipindahkan manakala pada 1 April 1966 SK Chukai (L) dan SK Chukai (P) dicantumkan dan ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Chukai.

Untuk memberi keselesaan kepada warga sekolah ini, bangunan baru (batu) berharga RM268,000.00 telah dibina pada tahun 1976 dan telah dirasmikan oleh Y.A.B.Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada 27 April 1979. Pada tahun 1992 sebuah bangunan tiga tingkat dan kantin didirikan dan pada tahun 2003 pula dua buah bangunan empat tingkat telah dibina untuk menyediakan ruang pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik-bilik khas dan bilik-bilik darjah. Semenjak itu SK Chukai dapat beroperasi sebagai sekolah satu sesi dengan jumlah murid kira-kira 1100 orang manakala guru dan kakitangan seramai 68 orang tidak termasuk kakitangan swasta seramai 9 orang.

Pada tahun 2019, SK Chukai masih beroperasi sebagai sekolah satu sesi dengan jumlah murid kira-kira 913 orang manakala guru seramai 74 orang dan anggota kumpulan sokongan seramai 10 orang tidak termasuk kakitangan swasta seramai 5 orang.

Pengasas dan Guru Besar

Pengasas sekolah ini ialah Yang Berbahagia Datuk Nara Diraja dengan Guru Besar pertamanya ialah Encik Sidek bin Kassim. Perlantikan rasmi Guru Besar sekolah ini bermula pada tahun 1925 seperti senarai berikut:

Tahun Perkhidmatan Nama
1925–1937 En. Muhammad bin Ismail
1937–1938 En. C.W. Abu Bakar bin Chik
1938–1940 En. Mohd Akil bin Atan
1940–1945 En. Muda bin Abdul Rahman
1945–1946 En. Muhammad bin Ismail ‘B'
1946–1952 En. Wan Abdullah bin Mahmud
1952–1954 En. Mohammad bin Hassan
1954–1958 En. Abdul Razak bin Akil
1958–1959 En. C.W. Hussain bin Nik
1959–1960 En. Abdul Razak bin Akil
1960–1964 En. C.W. Ibrahim bin Chik
1965–1969 En. Johari bin Othman
1970–1971 En. Abdul Halim bin Hassan
1972–1982 En. Mohd Nor bin Abdul Rahman
1982–1985 En. Ahmad bin Khamsah
1986–1990 Tuan Haji Khalid bin Taib
1990–2003 En. Halimi bin Kasim
2003–2011 Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda
2011–sekarang En. Ahmad Kamal bin Ismail

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Baktimu tetap dikenang
Kaulah maruah kami
Akan tetap kami pertahankan
Mencapai wawasan anak bangsa

SKC Chukai SKC
Pelajaran suluh hidup
Itulah cogankata kami
Akan kami sanjungi

Terima kasih SKC
Kaulah pelita kami
Kau menjanjikan harapan kami
Kepada nusa bangsa dan negara

Lagu Sekolah Versi Baru - 2006

LAGU SEKOLAH

Sekolahku Tercinta SK Chukai

SK Chukai Sekolahku
Melangkah Maju Terus Maju
Kecemerlangan Warga Dipacu
Matlamat Wawasan Yang Jitu

Teknologi Terkini
Asas Inspirasi
Demi Masa Hadapan

Multimedia, ICT
Bestari
Menuju Wawasan

Akhlak Yang Mulia
Dipelihara
Maruah Bangsa Dijaga

Membina Tekad
Dan Azam Sentiasa
Sekolah Ku Tercinta

SK Chukai Terbilang

Alamat Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Chukai
Jalan Penghiburan
24000 Kemaman
Terengganu
No Telefon 09-8591529
No Fax 09-8594984
Email: tba2001@moe.edu.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]