Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit
Alamat
SK Darat Batu Rakit 21020 Kuala Nerus Terengganu
Batu Rakit
Kuala Nerus
Batu Rakit,, 21020, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKecemerlangan Hari Esok Bermula Pada Hari Ini.
Ditubuhkan1 Januari 1985
Autoriti pendidikanPPD Kuala Nerus
Nombor sekolah6096694177
Kod sekolahTBA7001
Faks6096694177
Laman sesawang

Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu Rakit, , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

SK Darat Batu Rakit ini mula dibuka pada 1hb Januari 1985 (Selasa), ianya terdiri daripada dua(2) bangunan termasuk kantin, dan keluasan tapak Kawasan sekolah adalah seluas 9 ekar persegi (7.2 hektar).Bilangan guru diawal penubuhan sekolah adalah seramai 8 orang termasuk Guru Besar, Pekerja Am seramai 2 orang dan murid-murid 170 orang.Dengan pertambahan bilangan murid yang semakin meningkat,pihak sekolah mendapat peruntukan bangunan tambahan melalui projek kilat sekarang blok B dan dengan usaha AJK PIBG sekolah telah dapat satu lagi peruntukan daripada YAB Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad, Menteri Besar Terenggaanu untuk pembinaan surau dengan peruntukan sebanyak RM25,000.00 dan pada akhir tahun pula,pihak sekolah mendapat peruntukan bangunan tambahan untuk pembinaan kelas prasekolah.Kelas prasekolah SK Darat Batu Rakit telah beroperasi pada tahun 1992 dengan bilangan murid seramai 28 orang murid-murid dari kawasa kampung darat batu rakit dan sekitarnya.Pihak sekolah juga telah menerima bangunan tambahan (Kabin) akibat pertambahan murid-murid disamping pembinaan makmal komputer di laksanakan demi pembelajaran anak-anak dalam bidang teknologi dan maklumat.Dengan kejayaaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang di sekolah,pada tahun 2018,SK Darat Batu Rakit telah terpilih dalam Program Sekolah Transformasi (TS25) Kohort 4.0.Melalui program ini SK Darat Batu Rakit telah terkenal dalam Projek Sukan Hoki Lelaki dan Perempuan diperingkat daerah dan negeri.Dalam perkembangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) pihak sekolah telah mengalami pelbagai perubahan dalam pengurusan kepimpinan dan pengurusan sekolah sewaktu terjadi penularan wabak pandemic covid-19 yang telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di rumah secara BDR (Belajar Dari Rumah) selama 2 tahun mulai 2020 hingga 2021.Kini proses pembelajaran secara bersemuka telah dilaksanakan dan murid-murid Kembali bersekolah secara normal dan banyak lakaran kejayaan mulai diraih oleh murid-murid terutama dalam kebitaraan ragbi sentuh dan bola baling serta pesta pantun sekolah rendah.Bilangan guru yang sekarang adalah 21 dan staf seramai 3 orang disamping dibantu oleh 4 pekerja kebersihan dan 4 pengawal keselamatan swasta.2009

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit
Batu Rakit, , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096694177
Fax = 6096694177

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]