Sekolah Kebangsaan Darau, Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Darau
Lokasi
Kampung Darau, Jerteh, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Suluh Hidup
Nombor sekolah6096972885
Kod sekolahTBA0048[1]
Faks6096976254
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Darau merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg.Darau , Jerteh , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Darau memiliki 207 pelajar lelaki dan 193 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 400 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Darau ditubuhkan pada 24 Oktober 1948 dengan menggunakan nama SEKOLAH MELAYU DARAU. Ia diasaskan oleh Haji Jusoh bin Senik dan Encik Awang Ngah bin Molor.Tapak asal bangunan sekolah terletak di hadapan Masjid Kampung Darau sekarang.

Luas bangunan asal hanyalah berukuran 40 kaki X 20 kaki yang berdindingkan kayu dan beratapkan rumbia. Ia dibangunkan secara gotong-royong oleh penduduk setempat dengan usaha Ketua Kampung iaitu Encik Wan Sulaiman bin Ibrahim.

Pentadbiran sekolah ini dikendalikan oleh penduduk kampung dengan bantuan dan kerjasama Ketua Kampung serta Penghulu Mukim Hulu Besut ketika itu iaitu Tuan Haji Mat Diah bin Yaakub.

Sesi persekolahan yang pertama bermula pada 28 Oktober 1948 dengan keramaian murid berjumlah 47 orang. Hanya seorang tenaga pengajar waktu itu iaitu Encik Mohd. Yasin bin Salleh, yang juga adalah Guru Besar pertama sekolah ini.

Dalam tahun 1954, sekolah ini ditutup buat sementara waktu. Namun, pada 3 Februari 1957, sekolah ini dibuka semula dan ditadbir oleh Kementerian Pelajaran. Bangunan asalnya telah disambung sepanjang 20 kaki lagi bagi keselesaan para pelajarnya yang kian bertambah.

Dengan jasa baik Menteri Besar Terengganu pada masa itu iaitu Y.A.B. Dato' Ibrahim Fikri, sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan yang dibina di sebuah kawasan baru, iaitu di tapak sebagaimana sekarang. Ia dibuka secara rasmi oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada 13 Mac 1964.

Sejajar dengan pertambahan jumlah pelajar, sebuah lagi bangunan tambahan dua tingkat telah dibina oleh Kementerian Pelajaran dan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Menteri Pelajaran waktu itu) pada2 November 1985. Bilangan pelajar ketika ialah 399 orang dengan 18 orang tenaga pengajar.

Kini, Sekolah Kebangsaan Darau terus berubah dengan mendapat sebuah lagi bangunan tambahan dua tingkat.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Darau
Kg.Darau , Jerteh , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096972885
Fax = 6096976254

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]