Sekolah Kebangsaan Dato' Alaudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Dato' Alaudin Selinsing
Lokasi
Kampung Selinsing, 34400, Simpang Empat,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto"BERAMAL, BERILMU & BERTAQWA"
Nombor sekolah6058901711
Kod sekolahABA3031
Guru besarMohd Mokhtar Bin Mat Piah
GPK Pentadbiran dan AkademikRokiah Binti Mohd
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSaufi Bin Saedin
Penolong Kanan KokurikulumSahibul Azhar Bin Mohamad
Faks6058901711
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Dato' Alaudin Selinsing atau nama ringkasnya SK Dato' Alaudin Selinsing (SKDA), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Selinsing.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dato' Alaudin memiliki 246 pelajar lelaki dan 245 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 491 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dato’ Alaudin diasakan pada tahun 1884 oleh empat orang terkenal di Kampong Selinsing. Mereka adalah Dato’ Alaudin @ Laudin, Tok Kulob Sator, Tok Ngah Payang dan To Luie.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini didirikan berasingan iaitu sekolah lelaki dan sekolah perempuan. Sekolah lelaki telah didirikan di atas tanah Tok Luie, manakala sekolah perempuan pula didirikan di atas tanah Dato’ Alaudin. Pada ketika itu sekolah berkenaan hanya mempunyai seramai 20 orang murid sahaja. Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada dua orang guru iaitu Cikgu Mat dan Cikgu Aminah bt Abdullah. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.

Pada tahun 1910, kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah yang diperbuat dari kayu dan papan. Ini bertujuan untuk penambahbaikan sekolah yang sedia ada. Namun bangunan ini tidak kekal lama. Pada tahun 1915 kerajaan sekali lagi telah membina bangunan kekal untuk murid-murid lelaki dan perempuan. Walau bagaimana pun murid perempuan masih ditempatkan di tempat berasingan di sebuah rumah rehat kerajaan terpakai yang jaraknya kira-kira setengah batu dari sekolah pertama. Bilangan murid telah ketika itu meningkat kepada 50 orang yang terdiri daripada murid darjah satu hingga darjah enam.

Sekolah ini pernah dibuka pada zaman perintahan Jepun (1941-1945). Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah.

Namun setelah Kerajaan British memerintah semula Tanah Melayu pada 1945, sekolah ini telah dibuka seperti biasa. Manakala jumlah murid semakin ramai sehingga hampir mencecah 150 orang murid. Pada ketika ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu “pecah dan perintah ” serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular.

Pada tahun 1962 sekolah lelaki dirobohkan kerana pembinaan jalanraya. Sebuah bangunan sementara di atas tanah baki yang tertinggal akibat pembinaan jalanraya tersebut..

Pada tahun 1972, Sekolah Lelaki dan Sekolah Perempuan dicantumkan dan sebuah bangunan baru yang kekal didirikan di atas tapak yang baru iaitu di dalam kawasan bangunan Sekolah Perempuan. Bangunan tersebut mengandungi empat buah bilik darjah, setor, bilik guru dan pejabat serta tandas yang berasingan. Luas kawasan baru adalah 4 1/2 ekar (1.88 hektar).

Pada tahun 1973, sebuah bangunan lagi telah didirikan yang mengandungi 2 bilik darjah, pejabat, bilik guru dan sebuah kantin serta dataran kejat. Pada ketika ini, bilangan murid telah meningkat lebih 500 orang. Memandangkan keadaan bilik darjah yang tidak mencukupi akibat pertambahan murid, maka pihak masyarakat Kampong Selinsing, UMNO Cawangan Kampong Selinsing dan Persatuan IbuBapa dan Guru sekolah ini telah mendesak pihak kerajaan supaya membina lagi bangunan tambahan serta lain-lain kemudahan.

Mulai 1 Januari 1979, sekolah ini secara rasminya memakai nama “SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ALAUDIN SELINSING”. Nama ini dipilh bagi mengenang jasa pengasas Kampong Selinsing iaitu Dato’ Alaudin. Beliau dahulunya adalah seorang panglima terbilang di zaman pemerintahan Sultan Abdullah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dato' Alaudin Selinsing
34400, Simpang Empat Semanggol
Perak Darul Ridzuan,  Malaysia
Telefon = 6058901711
Fax = 6058901711

Pautan luar[sunting | sunting sumber]